Friday, December 24, 2010

Dar Al Hajar

24 Disember 2010

8A 1B PMR atirah, dapat mesej..tahniah ye =)

Pagi hari ini, kami ke darul Hajar sendiri ditemani pemandu bas Jami’ah Ulum. Sebelum tiba di Darul Hajar, kami singgah di sebuah kawasan seakan pergunungan yang dinamakan Wadi Zahr ( kalau tak silapla, lupa dah namanya). Kawasannya berbatu dan agak berbahaya. Sempat juga kami bergambar di situ. Seterusnya, Alhamdulillah, kami tiba di sebuah tempat bersejarah di Yaman. Darul Hajaar merupakan tempat istana lama raja Yaman pada zaman dahulu. Unik dan amat mengkagumkan saya. Saya dan rakan2 menjelajah ke setiap pelusuk dan ruang di dalam gua yang dikatakan istana itu. Gua tersebut dijadikan istana sultan pada zaman dahulu. Pelbagai ruang terdapat di dalamnya seperti ruang tamu, ruang tidur, juga peti ais. Jangan silap faham pula. Peti aisnya berbentuk seperti ruang yang terselindung. Dan dibelakangnya terdapat lubang2 untuk udara masuk. Ia dijadikan sebagai tempat menggantung daging. Dan banyak lagi la yang saya dapat lihat di dalam gua bersejarah tersebut seperti telaga, kubur mayat, tempat menyimpan barang2 dan tempat untuk perubatan. Canggih kan?? Namun, sekarang ia hanya meninggalkan sejarah. Tinggi juga la kami menjelajah gua tersebut namun tak sampai ke puncak sebabnya semua dah letih nak mendaki. Haha. Okay, sambung lain kali pula ye.

Wednesday, December 22, 2010

First time masak kat yaman

22 Disember 2010

(Rabu)

Memasak. Hihi.. hari ini saya memasak tomyam putih. Takla jadi sangat sebab bahan-bahannya tak cukup macam lengkuas dan serai. Tapi bolehla buat makan. =)

Cuaca sejuk lain macam hari ini. Tak rasa lagi seperti hari ini sejak sampai hampir seminggu yang lalu.

Telefon abah kat Malaysia tapi tak dapat. Hanya missed call je. Kesudahannya abah yang call saya, hihi. Esok result PMR keluar. Mudah-mudahan yang terbaik ye Atirah.

Tuesday, December 21, 2010

Suuq Ali Mohsin

21 Disember 2010

(Selasa)

Selepas menunaikan solat zuhur lebih kurang jam 1 tengahari, saya dan beberapa orang rakan pergi ke Suuq Ali Mohsin.Kami pergi jalan kaki je. Penat juga. Dalam perjalanan, kami diketemukan olehNya dengan seorang lelaki yang mengatakan dirinya pemandu pelancong di Yaman. Dia membawa kami ke Suuq Ali Mohsin (pasar menjual sayuran) melalui sebuah terowong di bawah jalan raya. Tak sangka pula saya ada terowong kat bawah tu. Patutla jarang saya lihat penduduk Yaman di kawasan tersebut menyeberangi jalan raya utama itu. Terdapat beberapa orang peminta sedekah di dalam terowong tersebut. Pemandangan biasa di Yaman. Setibanya di pasar, saya lihat banyak sayur-sayuran yang pelbagai. Besar-besar pulak tu. =) Lelaki itu yang bernama Yasir membayar setiap sayur-sayuran yang kami hendak beli. Masya Allah, beginikan penduduk Yaman? Masa kami nak bayar balik kat dia, wajahnya macam berkecil hati dengan tindakan kami. Moga-moga Allah memberkatinya. Boleh jumpa tak kat Malaysia orang yang macam ni ??

Monday, December 20, 2010

As Safarah yang mendukacitakan

20 Disember 2010

(Isnin)

Masjid Presiden

Hari ini selepas kuliah kami pergi ke Kedutaan Malaysia di Yaman. Mengambil masa lebih kurang sejam kot untuk tiba di sana. Sebelum sampai di kedutaan Malaysia, kami singgah di Masjid Solih juga dikenali sebagai masjid Presiden. Kagum saya dengan binaannya yang mewah dan besar. Masjid tersebut dibahagikan kepada dua bahagian, satu masjid untuk muslimin dan satu lagi masjid untuk muslimat. Selain itu, di masjid itu juga terdapat tempat pengajian. Juga saya sempat melihat pejabat di masjid tersebut (di bahagian masjid muslimat). Saya juga berkenalan dengan ‘Affah, seorang warga Yaman mungkin. Beliau membantu kami memperkenalkan masjid tersebut. Mewah. Bahagian dalamnya disinari dengan lampu-lampu mewah dan ukiran seni yang kreatif. Menggamit memori Islam pada zaman dahulu. Menurut ‘Affah, masjid tersebut mengambil masa 8 tahun untuk siap. Saya sertakan beberapa keping gambar sebagai kenangan bersama,in sya Allah.

Seterusnya kami menuju ke Kedutaan Malaysia namun tidak membantu langsung. Apa-apa pun Alhamdulillah kami sampai juga ke sana.

Pulang dari Kedutaan Malaysia (as saffarah) , saya dan beberapa rakan memasak untuk makan malam. Ala kadar je la sebabnya letih,,hihihi.


Sunday, December 19, 2010

Riyal YaMan

19 Disember 2010

(Ahad)

Kami bertolak ke UST pada jam 7.30 pagi. Kuliah bermula pada jam 8 pagi. Seperti biasa, kami akan disuruh untuk bercakap. Boleh dikatakan wajib bagi setiap orang. Huhu. Bantai je la. Hihi. Jam 10pagi kami diberi rehat untuk 15 minit. Line internet juga tak dapat kat UST ni. Frustnya. Sebelum menghadiri kuliah, sempat menghubungi keluarga di Malaysia bertanya khabar. Hanya sempat bercakap dengan Along je. Kredit balance yang sebenarnya ada 300 riyal hanya berbaki 8 riyal setelah menghubungi Malaysia. Huhu. Kami habis kuliah hari ini jam 12tengah hari. Menaiki bas melalui jalan yang curam amat menggerunkan bagi mengelakkan kesesakan jalan raya yang tidak mempunyai traffic light. Namun itulah pengalaman berharga yang tak kan kami lupakan. Panas terik cuacanya tapi suhunya sejuk teramat.

Tiba di rumah jam 12 lebih. Hari ini kakak2 senior yang memasak. Kami adik2 ni pula mengemas rumah. Tiada aktiviti yang menarik hari ini. Cuma masih menunggu muslimin pergi belikan kredit. Lambat betol. Kalau muslimat nak keluar, bahaya kat sini. Jalannya sesak dengan kenderaan yang pelbagai ragam. Huhu.

Sejukkkk..sampai menggigil. =(

Huhu

Saturday, December 18, 2010

Jami'ah Ulum wa Teknolojiya

18 Disember 2010

(Sabtu)

Kuliah yang pertama bermula hari ini. Kami dijemput oleh ustaz jam lebih kurang 7 pagi untuk ke Universiti Sains dan Teknologi Yaman (UST). Cuaca pada waktu pagi di sini amat sejuk . Tidak pernah saya gambarkan akan melalui pengalaman sebegini rupa. Alhamdulillah. Kuliah kami dikendalikan oleh ustaz ‘Adil, pensyarah di UST. Sebelum kuliah bermula, diadakan majlis perasmian terlebih dahulu yang dimulakan dengan alunan al Quran oleh seorang ustaz. Subhanallah, beliau membaca al Quran tanpa merujuk kepada al Quran. Quran fi qalb. Subhanallah. Seterusnya kuliah bermula dengan sesi ta’aruf. Setiap orang diberi peluang untuk bercakap. Takallam bi lughah arabiah. =) haha. Menarik tak??

Semasa kuliah kami dihidangkan dengan snek dan kek seakan appolo Malaysia. Juga air kotak jus (‘asir) dan air mineral. Saya ingatkan untuk setiap hari rupanya untuk hari ini sahaja. Sambutan yang diberikan oleh ustaz2 di UST ini amat mengkagumkan saya. Mereka cukup prihatin dengan keadaan kami. Kuliah berakhir jam 12.15 tengahari. Kami menghadapi sedikit masalah kerana belum membeli sebarang bahan mentah untuk memasak(terutama pelajar muslimat, muslimin dah siap-siap awal lagi borong bahan mentah, huhu). Kami jangkakan makanan disediakan rupanya tak ada. Agak menyedihkan. Jadi untuk makan tengaharinya, kami singgah untuk membeli makanan di sebuah restoran (dalam perjalanan pulang ke Sakan al Iman, tempat kami menginap). Nasinya seakan nasi Bukhari, dengan seekor ayam panggang.

Setelah makan tengahari dan menunaikan solat zuhur, kami keluar ke Tahrir menaiki sebuah van, muatannya 15 orang. Padat. Setibanya di sana, kami ke kedai Taswir(fotostat) untuk fotokopi passport. Tujuannya adalah untuk membeli sim kad telefon. Dah selesai, kami membeli sim kad MTN dengan harga 50riyal lebih kurang 70 sen Malaysia. Murah kan?? =) selepas itu, kami terus ke supermarket al Huda untuk membeli bahan-bahan mentah untuk, memasak. Lama juga berjalan sebelum ketemu dengan supermarket tu.

Perjalanan pulang ke Sakan al Iman tak kan kami lupakan. Kali pertama kami sesat untuk pulang ke tempat penginapan gara-gara pemandu van berbangsa Arab itu tidak tahu di mana letaknya Sakan al Iman. Amat menyedihkan kerana kami terlepas solat Asar namun sempat untuk menunaikan solat Maghrib di rumah setelah mengambil masa yang lama untuk sampai. Terpaksa menghubungi pensyarah UST yang menguruskan kami. Lupa pulak namanya. Malamnya kami masak Maggie je la. =)

Friday, December 17, 2010

Bab Al Yaman

17 Disember 2010

(Jumaat)

9.30 pagi bertolak ke pasar yaman, cam pasar malam juga. Kami dibawa oleh ustaz Hamzah, pensyarah di Universiti Sains dan Teknologi (UST), Yaman dengan sebuah van, juga padat muatannya. Melihat akan keadaan tempatnya yang seperti zaman arab kuno, saya tak menyangka pula ada pertukaran mata wang di situ. Alhamdulillah saya menukar 100 dolar. Dapatla lebih kurang 21400 riyal yaman. Banyak juga tu. Hehe.

Sampai di pasar yaman, banyak barang kat sana. Betul-betul saya dapat merasai suasana masyarakat arab pada zaman dahulu. Pelbagai barang dijual di sana. Harganya amat berpatutan dan murah. Nanti berborong sakanla saya. =)

Kebanyakan kedai ditutup kerana hari ini hari jumaat.Di Yaman, cuti umum Negara mereka adalah pada hari Khamis dan Jumaat. Puas berjalan sementara menunggu muslimin menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kabir, kami berhenti rehat seketika di kaki bangunan-bangunan lama di pasar tersebut. Bangunan tersebut kebanyakannya berusia 3000 tahun.

Pengalaman muslimin menunaikan solat Jumaat, mereka terpaksa mengharungi sebuah kolam besar sebelum tiba di masjid. Airnya sejuk namun hikmah di sebaliknya adalah untuk menyucikan debu-debu kotor di kaki mereka. Macam-macam.

Pelbagai ragam manusia yang dapat saya lihat di pasar . Pasar berkenaan mempunyai satu pintu besar yang dipanggil ‘ Babul Yaman ‘. Kebanyakan mereka berniaga seperti biasa tanpa rasa risau atau bimbang akan keadaan dan ancaman sekeliling. Amat bebas. Pelbagai jenis kacang dan coklat dijual di pasar tersebut. Harganya pun murah. Mungkin saya akan membelinya untuk dibawa balik nanti.

Seterusnya sebelum pulang ke tempat penginapan, kami singgah di City Market, sebuah pasaraya di Bandar Yaman. Setelah membeli barang-barang keperluan, kami pulang ke tempat penginapan. Kami mendapat makluman daripada ustaz Hamzah bahawa tempat penginapan kami merupakan tempat tinggal pensyarah UST Yaman, termasuk di antara yang mewah dan mahal juga la.

Thursday, December 16, 2010

Pengalaman itu

Hari Pertama (16 Disember 2010)

Waktu Malaysia

Alhamdulillah saya kini telah berada di Bahrain, yang merupakan tempat transit untuk ke Yaman, Sana’aa. Sekarang jam menunjukkan pukul 5 pagi waktu Bahrain bersamaan pukul 10.45 pagi waktu Malaysia. Sedikit tentatif perjalananan kami yang dapat saya kongsikan di sini insya Allah.

3.30 ptg berkumpul di masjid arrahman

4.00 ptg bertolak ke KLIA

6.40 ptg masuk ke Balai Berlepas KLIA, menaiki sebuah bas kerana laluan untuk ke sana sedang dibaik pulih

p/s : bas tu macam bas rapid je,hihi

8.00 mlm naik flight Gulf Air

8.15 mlm penerbangan berlepas

p/s : sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 8 jam, kami disajikan dengan 3 hidangan yang agak istimewa. Kali pertama kami diberikan segelas jus oren dan biskut. Kali kedua pula kami disajikan dengan sweet & sour fish, egg fried rice, desert, dan bermacam-macam lagi la. Lupa dah saya. Kali terakhir mereka hidangkan roti ala-ala kebab tapi isinya cuma sayur, tomato, dan timun. Lepas tu ada secawan kopi. Tapi saya minta mineral water je. Hihi. Gara-gara dahaga yang teramat.

Waktu Bahrain

12.00 mlm tiba di airport Bahrain (bersamaan pukul 4pagi waktu Malaysia)

Hantar mesej pesanan ringkas kat abah, semak kredit, RM2 dicas untuk satu mesej, mahalnya!

12.30 mlm rombongan saya dibawa ke hotel penginapan menaiki sebuah van. Dah macam ikan sardine van tu, mampat, huhu. Mana taknya, muatannya adalah 11 orang lelaki dan 6 perempuan. Alhamdulillah sampai di hotel selepas lebih kurang 15 minit perjalanan dari airport Bahrain

p/s : dalam perjalanan ke hotel, pelbagai pemandangan indah yang dapat saya lihat. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Terdetik di hati saya alangkah mewahnya penduduk di Bahrain ini.

1.00 pagi tido seketika. Agak menyedihkan kredit saya yang sebenarnya masih berbaki RM 20 habis begitu sahaja setelah menerima panggilan dari Malaysia, huhu. Kepada sesiapa yang berkenaan, sila ganti ya, hihi, gurau je. Tapi kalau nak ganti boleh je.

4.30 pagi bangun menunaikan solat subuh. Air nya yang sebenarnya sejuk beku tiba-tiba bertukar menjadi panas berasap.=( agak sukar buat saya.

Sekarang jam menunjukkan pukul 6 pagi. Line internet pun tak ada lagi. Sedihnya. Tak dapat berhubung dengan keluarga di Malaysia. Masih menunggu sehingga jam 7 pagi untuk bersarapan. Seterusnya jam 9.30 pagi untuk bertolak ke airport Bahrain sekali lagi. Jam 12 tengahari nanti kami akan bertolak ke Sana’aa. Suasana kat Bahrain ni sejuk teramat. Cam duk dalam aircond walhal duk kat luar bangunan. Subhanallah, di sini aku dapat merasai kebesaran dan kekuasaanMu.


p/s : ni online kat lobi hotel gulf gate sementara menunggu flight seterusnya ke Yaman =)

Tuesday, December 14, 2010

Salam Perpisahan

Catatan terakhir sebelum berlepas

Saya dapat tahu kawan-kawan yang ke Qatar dipisahkan antara satu sama lain tempat penginapannya. Ada yang serumah dengan pelajar England dan Arab. Macam mana ni? huhu. Nak atau tak, terpaksa bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi segala situasi di sana. Ya Allah, permudahkanlah urusanku di sana nanti. Amin,,,

Yemen


Penerbangan ke Yaman pada 15hb Disember 2010.

Jadual Penerbangan ke Yemen


Insya Allah musafir saya akan bermula pada esok hari. Segala persiapan telah siap dilakukan. Penerbangan ke Mesir, Ajman dan Qatar telah berlepas sudah. Cuma tinggal ke Yaman je satu lagi. Saya mengharapkan musafir pada kali ini akan memberi pengertian yang bermakna dalam hidup ini. Penghijrahan ini juga bersempena tahun baru MaalHijrah 1423 H. Mudah-mudahan mendapat keredhaan dari Yang Maha Esa, insya Allah.

Kuatkanlah diri ini menghadapi dugaanMu ya Allah =(. Engkau berilah kemudahan kepadaku juga Engkau bukakanlah pintu rezeki buatku seluas-luasnya agar aku mampu meringankan kesulitan kedua ibu bapaku. Engkau kurniakanlah aku ketenangan dan Engkau berilah aku kesempatan merasai kehangatan kasih sayangMu dan kasih makhlukMu. Sesungguhnya aku insan yang lemah wahai zat yang Maha Agung. Bantulah aku mencari redhaMu. Hanya Engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu.


negara yaman


pesawat Yemenia


p/s : Doakan perjalanan saya dan rombongan selamat pergi dan pulang, insya Allah

Monday, December 13, 2010

Sebuah Janji


Janji yang terlafaz

Saya akur dengan pesanannya, pesan seorang bapa kepada seorang anaknya. Akur dengan setiap patah tutur katanya. Walaupun seakan sukar untuk menghadapinya. Saya yakin dengan hikmah di sebalik setiap kejadianNya. Kuatkanlah diri ini Ya Allah.

Sabarla menghadapi setiap ketentuanNya kerana janji Allah pasti akan tiba.



sebentuk cincin


p/s : terima kasih

Sunday, December 12, 2010

FAREAST - SAAT LAFAZ SAKINAH (LIRIK)

Saat Lafaz Sakinah

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


p/s :
Lirik lagu Far East,,,
Amanah seorang bapa kepada menantunya
Insan yang memenuhi fitrah anak gadisnya di dunia
Yang akan membimbing anak gadisnya ke alam Syurga
Insya Allah

Saturday, December 11, 2010

حزن


Tekad untuk kali ni jadi atau tak?? =(

Entahla, mungkin saya juga silap. Silap dalam membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Silap menilai atau ini merupakan dugaan semata-mata???

Astaghfirullahal'azim,

Tiada tempat untuk saya berkongsi masalah ini dengan sesiapa melainkan hanya pada MU. Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mendengar, yang Maha Mengetahui segala-galanya.


ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهبلنا من لدنك رحمة . إنك أنت الوهب

Ya Tuhan, janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau memberi hidayah kepadaku.

Ya Allah, bukakanlah pintu hati kedua-dua ibu bapaku dalam membantuku mencari keredhaanMU....aminnnnn

Friday, December 10, 2010

Keliru


Sayu hati ini tibe-tibe je ...

Tak tahula kenapa,, mungkin dah ramai yang pulang ke kampung halaman agaknya. Sunyi sepi blok yang saya diami sekarang ni. Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan berlangsung di bangunan peperiksaan Universiti Malaya. Erm saya pun rindukan kampung halaman. Rasanya kalau boleh malam ni jugak saya pulang ke kampung. Huhu. Sedikit tugasan dan amanah yang belum terlaksana membuatkan saya terpaksa melupakan hasrat untuk pulang. Sedih.

Saya ada sedikit persoalan tentang kahwin awal.

Adakah ia mendatangkan manfaat atau mudharat?

Thursday, December 9, 2010

Everything change

Everything change,,,,

Alhamdulillah, selesai sudah perjuangan untuk sem nih, Sem depan akan bermula beberapa minggu sahaja lagi. Kerjasama dan saling membantu mendorong kepada kecemerlangan dan kemajuan seseorang individu itu, begitu juga dengan kelompok manusia itu. Seperti peguin kat bawah ni, ya tak? Hihi,,,


Sem tiga yang berlalu ini diharapkan dapat dijadikan pengajaran untuk masa-masa yang akan datang. Insya Allah.

Apa yang berubah ek? Tak da pe yang berubah setakat ni. Arju bilkhoir fi kulli sya'i.


p/s : tengah buat persiapan untuk ke yaman

Monday, December 6, 2010

Huhu

Hari yang agak malang buat saya...

Hanya mampu bertawakal dan berdoa mudah-mudahan semuanya baik. Amin
Dan agar saya mampu lebih bersedia untuk paper seterusnya.

Friday, December 3, 2010

You create everything

Subhanallah,,,

Semua yang berlaku di luar jangkaan saya, semuanya berlaku tanpa dijangka, semuanya terjadi sekelip mata. Subhanallah, betapa besarnya kekuasaanMu. Setiap yang terjadi ada hikmahnya, saya amat yakin dengan ketentuanMu. Alhamdulillah..sesuatu yang tidak terlintas di fikiran saya selama ini muncul tanpa dijangka. Hanya doa kepada Allah harapan saya. Alhamdulillah semua datang tanpa dirancang.

15 haribulan Disember nanti insya Allah saya akan terbang ke Sana'a untuk menghadiri kursus Bahasa Arab selama sebulan. Erm perjalanan yang agak jauh dalam hidup ini. Mudah-mudahan ini adalah musafir saya ila Allah. Dan mudah-mudahan segalanya berjalan lancar. Persediaan setakat ini alhamdulillah.

Saya amat berterima kasih kepada abah dan ma yang banyak berkorban untuk saya. Rintihan seorang hamba,,,

" Ya Allah, malunya aku pada mereka, terlalu banyak material yang telah mereka korbankan untukku. Sayu hati ini mengenangkan sekiranya aku tidak mampu membalas jasa mereka. Panjangkanlah usiaku jika ia bermanfaat untuk kedua ibu bapaku. Astaghfirullahal'azim. Hampir menitis titik jernih dari kelopak mataku. Sayu amat hati ini. Tidak tahu sampai bila aku mampu bertahan. Kuatkanlah aku berhadapan dengan ujian Mu untuk kali ini Ya Allah "

3 paper lagi untuk saya harungi sebelum bermusafir. Permudahkanlah urusan saya Ya Allah. Terangilah dan bukakanlah pintu hati saya ini untuk mudah menerima ilmu Mu ya Allah. Dan permudahkanlah urusan abah dan ma dan seluruh ahli keluarga saya serta ahli keluarganya.

Di bawah merupakan jadual penerbangan saya ke Sana'a.

Wednesday, November 10, 2010

Alahai Sarawak

Ke Sarawak pulak dia..

Tahniah buat kakak saya yang akan ke terbang ke Sarawak 23 November ini. Penempatan untuk sesi pengajaran seterusnya oleh graduan IPTA seluruh negara. Semoga mendapat pengalaman berguna yang dapat dikongsi bersama =)

Agaknya saya di mana pulak ye? hehe

Insya Allah jika ada rezeki, sama-sama kita doakan.

Saturday, October 30, 2010

Study Week telah bermula

Minggu ini telah bermula study week. Tapi tuan empunya diri belum start study apa-apa nie. Hehehe, haru-biru sungguh. Erm pape pun, bagi yang akan menempuh exam bermula minggu ini atau yang sedang menghadapi exam sekarang ni, saya doakan semuanya berjalan lancar, semoga dipermudahkan segala urusan, ditenangkan hati, agar semuanya mendapat redha Ilahi. Amin. Doakan saya juga sahabat.

Wednesday, October 27, 2010

Sinis

Boleh tak kalau hidup ni tak perlu bersangkut paut dengan manusia yang lain ??

Erm pelik kan persoalan ni? Entah kenapa, semakin untuk menjauhi sesuatu, semakin dekat ia datang. Semakin untuk menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang akan membuatkan orang mempunyai peluang untuk menjatuhkan kita, semakin rapat peluang itu menghampiri sehingga diri ini terjerumus dalam perkara itu. Ya Allah, lapangkanlah dada ini menerima segala pendapat dan pandangan sinis masyarakat sekeliling. Sabarkanlah hati ini. Saya ingin menjadi seadanya. Bukan berpura-pura untuk nampak sopan di mata orang tapi hati merana Tuhan sahaja yang tahu.

Saya tak ingin menjadi sempurna kerana saya tahu tiada sesiapa yang sempurna melainkan hamba Allah yang terpilih. Saya hanya melakukan sesuatu seadanya. Saya hanya ingin menguasai sesuatu dengan cara saya sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Namun saya seakan kurang mampu untuk melaksanakannya buat masa ini.
Ermm..

p/s : Hari ini masuk hari ke 14, saya masih menunggu keputusannya.

Monday, October 25, 2010

Lillahi Taala

Ikhlaskan diri,
Redhakan hati


Hari yang paling kucar kacir dirasakan dalam hidup ini. Namun alhamdulillah fikiran rasional masih mampu membuat pertimbangan. Menyimpulkan ia menjadi satu keputusan.

Permudahkan Ya Allah

Tugasan saya pada hari esok dan juga test Falsafah Pendidikan Islam.

Ujian Lisan Pertuturan pada hari khamis juga pembentangan Falsafah Pendidikan Islam.

Sunday, October 24, 2010

Al Fatihah untuknya

Memori semalam bertandang lagi dalam mimpiku. Memori menjaga dan merawat arwah ketika arwah terlantar sakit kembali bertandang di benak fikiran. Hampir sepuluh bulan berlalu, sukar untuk dilupakan.

Pabila teringatkan arwah, hati menjadi sayu. Detik-detik terakhir arwah, saya terasa rapat dengannya. Sebelum arwah terlantar sakit, saya sempat berbual-bual dengannya. Saya sempat berkongsi rasa dengannya. Malahan arwah sempat menitipkan pesan, mungkin pertemuan ini yang terakhir buat kita. Hati ini semakin sayu bila teringat pesanan itu. Kebelakangan ini sering amat bermimpi bersua dengannya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Al Fatihah

p/s : arwah tok meninggal dunia pada 16 hb April 2010 jam 9.30 pagi di sisiku dan ahli keluarga terdekat

Tuesday, October 19, 2010

DK 2

Sekarang berada di dalam DK2 (dewan kuliah 2). Sambil2 menunggu kuliah seterusnya, terasa ingin menulis di sini. Alhamdulillah beberapa perkara pada hari ini dapat diselesaikan dengan lancar dan dipermudahkan. Pertolongan dariMu Ya Allah. Alhamdulillah.

Beberapa perkara penting :

i) Slide Psikologi

ii) Pembentangan Mustolah Hadith

Cuma diri sendiri belum settle. Lapar terasa kerana belum menjamah makanan dari pagi. huhu.. Harapnya dipermudahkan untuk saya mempersiapkan tugasan yang akan dihantar esok. Juga meeting untuk Karnival Nur Islam pada malam ni. Juga hias board untuk Reading Corner juga pada malam ni. Tension jugak. Semuanya perlu disiapkan segera.

Emm sal kawan-kawan lak, entah apa la silapnya diri ini. Masih belum mampu untuk mengharapkan orang lain lagi. Sukar benar untuk meminta bantuan daripada sahabat sendiri walaupun sahabat terdekat. (masalah kecil atau besar)

Astaghfirullahal'azimmmmmmmmmmmmmmmmm

Kepada yang membaca blog ini, doakanlah saya dipermudahkan segala urusan.

Aminnn

Sunday, October 17, 2010

Penyakit itu






Penyakit itu datang lagi. Saat-saat macam ni la ye nak datang. Aduhai :(

Penyakit malas. Takkan pernah hilang jika kita sendiri tak mampu untuk mengatasinya. Kuatkan diri. Semangat !!!! Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini.

Ishkk..dah dekat dengan imtihan dah ni

في هذه السنة ، أخذ سبع مدة ولكن ستة مدة فقط يوجد الإمتحان . لعل بالخير والنجاح في كل مدة . إن شاء الله .

Kat bawah ni jadual imtihan saya untuk sem ni :

Psikologi Pendidikan 26 November 2010

Falsafah Pendidikan Islam 29 November 2010

Metodologi Pengajaran Akhlak dalam Pendidikan Islam
30 November 2010

Mustolah Hadis 6 Disember 2010

Fiqh Muamalat 8 Disember 2010

Qawaid Tafsir 9 Disember 2010

Safar 14 Disember 2010 (Insya Allah)

Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar

Amin :)

" Ya Allah, kurniakanlah kesihatan dan perlindungan yang sebaiknya buat seluruh keluargaku dan keluarganya, permudahkanlah segala urusan kami dalam menuju keredhaaanMu, sesungguhnya kami hambaMu yang lemah, masih mencari ketenangan yang Engkau janjikan.."

Thursday, October 14, 2010

Yaman

satu keajaiban
subhanallah


Hari ini saya menghadiri kuliah seperti biasa. Tiba-tiba saya mendapat ucapan tahniah dari seorang teman. "Tahniah". Saya terpinga-pinga. Tahniah kenapa? Pelbagai persoalan menerjah di minda. Fikiran mula berputar mencari punca. Rupa-rupanya nama saya tertera di papan kenyataan. Salah seorang yang terpilih untuk mengikuti kursus bahasa arab di timur tengah 14 disember ini. Syukur alhamdulillah setinggi-tingginya saya panjatkan pada Ilahi. Alhamdulillah. Namun sedih agak terasa kerana saya hanya berseorangan ke Universiti Yaman sedangkan teman-teman yang lain terpilih untuk mengikuti kursus bahasa arab di mesir.

Belum membuat keputusan untuk ke sana. Saya perlu berfikir banyak kali terutamanya kerana ia membabitkan kewangan. Jika ada mendapat sumbangan dari mana-mana pihak insya Allah saya akan sampai ke sana. Mudah-mudahan jalan saya untuk ke sana dipermudahkan oleh Nya.
Sekadar perkongsian. Juga mengharapkan doa daripada sahabat-sahabat serta pembaca blog ini. Doakan saya.

Esok ada taklimat untuk kursus bahasa arab ini. Mudah-mudahan ada jalan yang lebih baik untuk saya usahakan tanpa membebankan keluarga saya terutama abah dan ma dari aspek kewangan.

Tiada perasaan gembira apabila mendapat tahu saya salah seorang yang berjaya ke timur tengah. Masalah kewangan yang terhad menyebabkan perasaan itu hilang, lenyap begitu sahaja.

La'allakum bilkhair. Permudahkanlah Ya Allah.
Mudah-mudahan ada rundingan yang dapat mencapai persepakatan pada esok hari.
Taklimat akan diadakan pada hari Jumaat, 15 hb Oktober 2010, pada pukul 3 petang.

" Ya Allah, jika ini jalan terbaik untukku dan ia tidak akan membebankan ahli keluargaku di masa ini dan di masa akan datang, Engkau permudahkanlah urusanku untuk menjejakkan kakiku ke sana "

Amin 3x ya Rabbal'alamin

Tuesday, October 12, 2010

Arahan atau tugasan ???



mencari ketenangan abadi



dilema di antara tugas & tanggungjawab sebagai pelajar
atau arahan yang terpaksa dilakukan demi menjaga hati sahabat


Pernahkah anda mengalaminya??? Saya pun sukar untuk menerangkannya. Sulit amat. Terasa sukar benar di jiwa yang serba kurang mengerti ini. Ya Allah, pandulah hati hambaMu ini kepada JalanMu.

Sunday, October 10, 2010

Duka dalam bahagia

9 oktober 2010
tarikh yang tak akan dilupakan

Terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan segera. Tuntutan tugas dan amanah yang terpaksa dipertanggungjawabkan semakin menjadi beban dirasakan. Sehingga seakan-akan tidak mampu mengingati sesuatu apa pun. Permudahkanlah urusan hambaMu ini Ya Allah.

9 oktober... tidak sempat untuk saya coretkan pada tarikh tersebut. Tarikh yang tak akan saya lupa sampai bila-bila. Perkenalan singkat diharapkan dapat membuahkan keberkatan dalam hidup ini. Insya Allah.

Hari ini saya masih bertungkus-lumus menyiapkan tugasan-tugasan yang masih berbaki. Kuatkanlah diri ini. Saya masih mencari apa yang belum saya temui dan miliki. Permudahkanlah urusan saya Ya Allah.

p/s : kecewa kerana gagal melepasi ujian ke tanah arab. sedih terasa pabila rakan karib mendapat tawaran tersebut. Janji untuk ke sana bersama tidak berhasil. Ketentuan Allah itu mengatasi perancangan kami sebagai hambaNya yang kerdil. pape pun itulah yang saya anggap dugaan dalam hidup saya. Saya mengharapkan hikmah di sebalik sesuatu yang telah terjadi. Saya yakin dengan janjiNya. Permudahkanlah...

Monday, October 4, 2010

Alhamdulillah

tugasan yang tertunda selama ini telah dilangsaikan hari ini
terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi membantu
syukran jazilan


Sekarang saya sedang membuat persediaan untuk menghadapi imtihan tidak lama lagi. Erm nak cerita serba sedikit kat sini pasal tadi, tak pandai nak cerita macam mana. Cuma ada juga mendapat kritikan positif daripada pihak ustaz. Asif ala kulli 'kelemahan'. Saya masih belajar. Saya masih mencari untuk melengkapi. Apa-apa pun semuanya berjalan lancar.

Harap-harapnya ustaz dapat permurahkan markah kami. Semoga berjaya untuk subjek ini. Insya Allah. Ya Allah, permudahkanlah urusan saya untuk imtihan seterusnya rabu ini.

Doakan saya sahabat

Saturday, October 2, 2010

Tergamam



Innalillahiwainnailaihirooji'un
Bayi mati tersedak susu




Tergamam saya membaca berita di harian metro online hari ini. Bayi mati tersedak susu. Jauhkanlah perkara sebegini berlaku kepada ahli keluarga kami dan berulang lagi selepas ini.

Berita dari harian METRO :

KUALA LUMPUR: Akibat keletihan dan tertidur selama dua jam, seorang bapa hanya mampu menitis air mata apabila bayi lelakinya yang baru berusia lima bulan mati akibat tersedak susu ketika dalam jagaannya, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Hadif Hameedullah Mohd Najib diberi minum susu oleh bapanya sebelum diberi pula minum air yang diisi dalam botol.

Namun, bayi itu dipercayai tidak sedarkan diri sewaktu bapanya tersedar dari tidur kira-kira jam 1 tengah hari di rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju.


Difahamkan, bapa bayi itu berusia 29 tahun mengambil alih menjaga anaknya kerana sedang bercuti. Ketika kejadian, bapa terbabit yang turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, cemas apabila mendapati anak bongsunya itu tidak sedarkan diri.


Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, bapa mangsa kemudian mencabut botol susu yang berada pada mulut anaknya selepas mendapati bayi itu kebiruan, selain keluar air dari mulutnya.


“Dia menghubungi isterinya yang bertugas sebagai guru di sekolah berhampiran sebelum bergegas menghantar bayi mereka ke Hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tuanku Mizan.


“Doktor memberi bantuan pernafasan untuk menyelamatkannya, namun gagal apabila mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya.


Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut dan dibedah siasat.


“Hasil bedah siasat mendapati bayi itu mati akibat tersedak susu. Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tapi siasatan diteruskan. Polis juga mendapatkan keterangan daripada bapa mangsa yang juga saksi kejadian kerana bersama-sama mangsa ketika itu,” katanya.


Menurutnya, jenazah mangsa dituntut bapanya selepas bedah siasat untuk dikebumikan.


Kejadian ini kali ketiga dilaporkan dalam tempoh dua minggu lalu. Pada 21 September lalu, seorang bayi perempuan berusia tiga bulan mati tersedak susu selepas dibiarkan menyusu sendirian oleh pengasuhnya di sebuah pusat asuhan di Presint 9, Putrajaya

Wednesday, September 29, 2010

Tertunda

banyak pembentangan tertunda
di sebabkan ketidaksesuaian masa mungkin


Tertunda lagi. Insya Allah ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Kita manusia yang hanya mampu merancang. Sebaik mana pun perancangan kita tidak mampu mengatasi kuasa Ilahi. Kerana Dialah sebaik-baik perancang. Allahuakhbar.

Teringat tadi saya ada membaca satu artikel yang agak menarik. Ingin saya kongsikan di sini dilema seorang insan bergelar wanita. Yang masih menanti cinta seorang lelaki. Cinta yang diredhai Allah. Di bawah ini merupakan komen kaunselor : Dr. Sapora Sipon, marilah kita menghayatinya..

SEBAGAI insan biasa, memang lumrah berasa dicintai dan mencintai. Manusia mempunyai fitrah untuk memerlukan dan menguasai selain ingin merasa bebas dan seronok.


Keseronokan wujud dalam bentuk keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan sebagainya.


Sebagai manusia yang mampu membuat pilihan, segala rasa di atas boleh dijuruskan ke jalan diredai. Cinta pula fitrah yang ada dalam hati setiap manusia. Justeru apabila perasaan cinta tidak dipenuhi, jiwa merasa kosong seperti konflik dialami adik. Konflik bertambah apabila rakan dan masyarakat sekeliling mula sibuk mempersoalkan siapa jodoh adik.


Hakikatnya, adik masih belum ada calon jodoh kerana berpegang kepada prinsip iaitu hanya inginkan sebuah cinta selepas bernikah. Antara keinginan memenuhi permintaan rakan dan masyarakat (mengenai siapa jodoh adik) dengan prinsip diri mengenai cinta (bercinta selepas kahwin), membuntukan pemikiran dan jiwa adik.


Dr amat menghargai prinsip adik mengenai cinta dan sentiasa mendoakan akan menemui cinta diredhai Allah.


Persoalan sama ada lelaki takut untuk mendekati adik kerana bijak dan pelajar jurusan agama serta berlatar belakangkan keluarga kuat agama adalah persoalan yang hanya akan menambahkan kekecewaan dan kesedihan adik mengenai soal jodoh. Ini kerana persoalan di atas tiada jawapannya. Kerap bertanya seolah-olah menghukum diri dan tidak menerima ketentuan hidup. Soal jodoh adalah soal ketentuan llahi dan tiada manusia mengetahui jawapan sebenar. Ia akan hadir pada waktunya waktunya. Dr memahami betapa adik malu dan buntu apabila masyarakat mula bercakap soal jodoh. Lumrahnya apabila keluarga, rakan-rakan dan masyarakat mula menilai dan bertanya mengenai soal perkahwinan, ia akan memberi tekanan.


Rakan dan masyarakat, walaupun ada kalanya bertanya mengenai jodoh hanya sekadar suka-suka, ia boleh melukai hati dan sensitif bagi orang yang ditanya.


Terlalu memikirkan apa yang diperkatakan mengenai soal jodoh akan menambahkan konflik. Adik boleh memujuk hati dengan mengatakan hanya boleh merancang dan berusaha tetapi Allah saja yang dapat menentukan siapa jodoh adik. Adik juga boleh mengurangkan kerisauan mengenai jodoh dengan mengubah cara berfikir, antaranya tidak perlu berkahwin hanya untuk menutup mulut orang lain, tidak perlu berkahwin dalam usia muda, walaupun lambat adik akan berpuas hati apabila dapat jodoh yang memenuhi ciri lelaki pilihan dan perkahwinan adalah untuk selama-lamanya, justeru tidak perlu tidak perlu tergesa-gesa.


Ubah pemikiran dengan menganggap apabila rakan dan masyarakat bertanya mengenai jodoh, ia dilakukan atas dasar sifat ingin tahu, bukannya membuat penilaian atau memaksa adik mendapat jodoh. Sifat ingin tahu memang sentiasa ada dalam diri manusia. Jawapan yang adik berikan juga membantu adik mengurangkan pertanyaan serupa.


Prinsip adik mengenai cinta memberi kesan. Adik dianggap seorang yang memilih dan cerewet dalam soal jodoh. Seterusnya, sikap adik yang mendiamkan diri setiap kali bekas teman lelaki, A bertanyakan persetujuan, mungkin disalah anggap.


Adik dianggap tidak berminat kepadanya. Walaupun, ada kalanya, kesan prinsip ini membuat adik sedih, secara rasionalnya itulah yang akan berlaku. Untuk menemui lelaki yang benar-benar dapat memenuhi ciri pilihan bukan mudah. Namun, apabila adik menemui lelaki itu dan seterusnya cinta selepas bernikah, adik diberkati dan dirahmati dengan cinta yang tulus dan suci.


Bersendirian tidak semestinya kesunyian. Tidak mempunyai jodoh tidak perlu membuatkan adik merasa sentiasa sunyi.


Sebagai pelajar bijak dan perwatakan menarik, banyak perkara positif boleh dilakukan. Contohnya, boleh meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi, terbabit dalam aktiviti-aktiviti persatuan di universiti, membabitkan diri dengan badan amal dan sebagainya.


Sentiasa mohon doa agar dipertemukan cinta yang suci dan lelaki beriman. Membabitkan diri dengan perkara positif, mungkin untuk berjumpa lelaki yang mempunyai personaliti diingini lebih tinggi. Semoga adik menemui cinta diredai Allah.

Tuesday, September 28, 2010

Detik

Mengambil sedikit masa untuk mencoret di blog yang mula bersarang ini.

Esok hari mendebarkan buat diri ini. Belum ada keyakinan sepenuhnya untuk mempersembahkan apa yang telah dipelajari sebelum ini. Masih kurang ilmu di dada untuk diaplikasikan. Ya Rabbi, bantulah hambaMu ini.

Kekadang suatu perasaan aneh menyelubungi diri ini. Saya masih kurang mengerti. Adakah saya masih belum mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran ?

Entah di mana silapnya. Astaghfirullahal'azim

Mudah-mudahan hari esok akan berlalu lebih baik daripada hari ini.

La'allakum bilkhair

Amin

Wednesday, September 15, 2010

Dugaan itu tidak kira masa

Assalamualaikum

Permulaan kalam

Alhamdulillah, saya masih diuji olehNya. Tanda saya masih di bawah perlindunganNya. Ya Tuhanku, saya redha dengan segala ujian yang Engkau timpakan. Ujian bertimpa-timpa. Ya Allah, alhamdulillah Engkau masih menguji diri ini. Saya pasrah dengan ketentuanMu. Ujian yang Engkau datangkan tidak pernah langsung terlintas di fikiran hamba kerdil ini. Subhanallah. KekuasaanMu melebihi segala. Saya redha. Saya akur. Diibaratkan sepeti sudah jatuh ditimpa tangga. Namun saya amat terhutang budi kepada insan-insan tersayang yang sentiasa berada di samping diri ini saat dilanda pelbagai musibah. Jasa kalian tidak mampu saya balas tapi akan sentiasa dikenang hingga akhir hayat ini terutama pengorbanan abah dan ma yang terlalu berharga buat diri saya. Insya Allah.

Jazakallahu kathiran

Asykuru lakum syukran jazilan

Illaliqa'

Ma'assalamah

Monday, September 6, 2010

3 hari lagi

3 hari lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut hari raya. Salam Lebaran buat

semua kawan-kawan dan juga pembaca blog ini. Ampun maaf dipinta di atas segala

kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukan dengan sedar ataupun tidak. Lupakan

sengketa lama ...

Salam lebaran buat semua :)

Saturday, September 4, 2010

Kampung

Dah dua hari berada di kampung. Alhamdulillah. Lupa seketika masalah-masalah yang bertimbun. Tugasan yang belum terlangsai diabaikan buat seketika. Ermm ...

Erm kurang idea untuk menulis. Sekadar ingin menitip sepatah kata untuk tarikh hari ini...

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Saya sentiasa berdoa agar segalanya dipermudahkan. Jika sesuatu perkara itu baik untuk diri saya dan maruah ahli keluarga saya buat masa ini dan masa akan datang, permudahkanlah urusan saya Ya Allah..

Aminnn Ya Rabbal 'Alamin

Saya sedang menunggu ...

Wednesday, September 1, 2010

Penantian

sebuah penantian yang tak pasti
haruskah aku menanti ??????





Ku tak pasti hingga kini

Meratapi kasih duka ku di hati

ku mengerti pengorbanan ini

ku tempuhi dengan rela hati

walau pedih

akan ku lalui

kerna kasih

bukan membenci

andai beginikah sebuah penantian

akan ku titip kesabaran

akan ku pujuk hati ini

untuk terus menanti

oh tuhan

kau dengarlah rayuan

hambaMu ini

Andainya sesuatu perkara itu

baik untukku dan maruah ahli keluargaku

Permudahkanlah urusanku

sesungguhnya

hanya Engkau yang mengerti rasa di hati ini

hanya Engkau yang mendengar rintihan hambaMu ini

kerdilnya diriku di sisi Mu

ya Rabbbi

Sunday, August 29, 2010




pesta bunga orkid kat mid valley


Dalam kesibukan harian, masih sempat saya menjengah ke mid valley untuk mencari beberapa barang yang dirasakan agak penting untuk dibawa pulang :)

Bila dah sampai kat sana, alangkah beruntungnya kami kerana di sana diadakan seakan satu pesta bunga orkid. Apa lagi bergambar sakan la saya dengan kawan :)
Tak nak melepaskan peluang. Bila lagi kan. Banyak jugak bunga orkid yang ada tadi.

4 hari lagi

Salam ramadhan ...

Tinggal 4 hari lagi. 4 hari lagi untuk pulang ke kampung. :) Tapi tugasan masih bertimbun. Perasaan untuk pulang ke kampung tidak dirasakan sangat seperti tahun-tahun sebelumnya. Entahla kenapa ...ermmm

Thursday, August 26, 2010

Jika sudah itu takdirNya

Seakan hampir berputus asa.. satu dugaan lagi menimpa saya.. mungkin bukan rezeki saya lagi untuk kali ini.. mungkin ini ujian buat saya untuk mengukur tahap keimanan saya pada Nya...saya akur dengan segala ketentuanNya walaupun hati ini makin sayu, makin lemah dengan segala pengharapan yang kebanyakan tidak tercapai dan termakbul.. saya akur dengan kehendak Nya. Kuatkanlah hati ini ya Allah.

Saya diuji lagi dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Satu dugaan yang tidak terduga walaupun sudah mengjangkakan.. Saya lemah. masih lemah dengan keadaan yang dirasakan menyesakkan..

Astaghfirullahal'azim.....

Namun pengharapan itu bukan sia-sia. Saya akan sentiasa berharap. berharap. dan berharap..kerana saya yakin dengan kekuasaan MU ya Rabbi

Bantulah hambaMu

Tunjukilah daku ke arah siratol mustaqim....jalan dinnnnn Mu


p/s : harapan tidak tercapai,moga termakbul di lain masa, insya Allah..amin :)

Wednesday, August 25, 2010

Masa





Mencuri sedikit peluang untuk menulis....


Dalam keadaan sedar atau tidak, ramadhan telah mencapai hari ke-15 hari ini.
Astaghfirullahal'azim. Lalai sungguh hamba Mu ini.



Serasa kebelakangan ini masa tidak cukup bagi saya. Entah la kenapa...mungkin kurang mahir mengurus masa atau mengatur strategi untuk menyelesaikan tugasan yang bertimbun.


24 jam tidak mencukupi..arghhh...cuma satu perasaan khayalan. Banyak yang perlu diselesaikan segera. Bersabarlah wahai jasad. Diri ini masih perlu kekuatan darimu..


Saya perlu mencari satu video yang berkaitan dengan masalah salah laku pelajar untuk dianalisa....


Saya juga perlu menyiapkan RP dan BBM untuk subjek pertuturan dalam pendidikan islam nanti...kulluha fi lughatul 'arabiah :)



Banyak tugasan yang menanti..


Doakan saya sahabat :)





p/s : RP tu rancangan pengajaran
BBM tu bahan bantu mengajar

Friday, August 20, 2010

Sabar itu Indah

Renungilah firman ALLAH Taala:
Ertinya:
Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.
Al-Ma'arij-5


Ada ketikanya kamu tertanya-tanya di dalam hatimu,
apakah keindahan yang terdapat di dalam sifat sabar itu?
Ia adalah keindahan jiwa yang tenang dan reda kepada
ALLAH...yang meyakini bahawa ia tidak memiliki sedikitpun
kekuatan...kerana segala sesuatunya berada di tangan
ALLAH...

DIA pemilik segala sesuatu dan selainnya adalah
milikNya. Makhluk tidak mampu menolak dengan apa yang
telah ditentukan ALLAH.Dengan itu hati menjadi sabar,
tenang tanpa berkeluh kesah,bersedih apatah lagi bersusah hati.

Bersabar atas kejadian yang menimpa itu indah
Sabar bermanfaat bagi kaum yang ditimpa kepedihan
Sabar sebagai sandaran ketika ditimpa musibah
Bila kamu ditimpa kesusahan sepanjang waktu

Manusia yang sabar akan dipenuhi keperluannya
Dia menuju pintu kebahagian
Kebaikan ada dalam kesabaran
Kesabaran pasti membuahkan hasil pahala

Insya Allah

Ubah mindset




ubah mindset.ubah dan ubah dan ubah. ubahla mindset ke arah yang sentiasa positif. kecelaruan emosi menyebabkan kita hidup dalam huru hara. Tiada keamanan. Tiada motivasi untuk memajukan diri. Hidup makin mundur.

Nauzubillahiminzalik...

Thursday, August 19, 2010

Dilema

Bagaimanakah kita hendak menguruskan sesebuah organisasi atau sesuatu kumpulan???

Emm agak sukarkan bila mana ia melibatkan banyak pihak??? Semua perlu dijaga. Namun fahamilah sahabat-sahabat sekalian tanggungjawab kita sebagai seorang mahasiswa.

Mahasiswa mahasiswa mahasiswa


Jika kita memahami maksud sebenar istilah ini kita tak akan mengeluh akan tanggungjawab kita sebagai seorang mahasiswa. Kita akan berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan tugasan dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Fahamilah sahabat-sahabatku...

Bukan mudah untuk bergelar seorang mahasiswa. Justeru itu, kita haruslah menghargai setiap peluang yang ada untuk memajukan diri. Bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Sukar untuk saya mengerti. Sukar juga untuk saya memahami. Saya juga insan biasa.

Sahabat-sahabat sekalian...

Untuk menggapai segulung ijazah bukanlah sesuatu yang mudah. Kita perlu berhempas pulas. Kita perlu melakukan segala tugasan dengan bersungguh-sungguh. Tiada perbezaan antara kita melainkan tahap ke'jihad'an sahaja yang membezakan kita. Justeru fahami sahabat-sahabatku...:(

Hidup ini memerlukan pengorbanan yang amat besar. Tiada istilah susah! payah! ketika kita ingin melakukan sesuatu amalan kerana sesungguhnya kita sentiasa ada pembantu di sisi iaitu Tuhan yang maha Esa.

" رب يسر ولا تعسر يا كريم"

Berdoalah kepadaNya kerana sesungguhnya dengan berdoa dapat mendekatkan diri kita padaNya..

Wallahu'alam....

Tuesday, August 17, 2010

Anugerah Tersirat

Menulis lagi.........

Permulaan hidup ini tak selalunya indah. Kita akan menemui kegagalan dahulu sebelum mampu untuk mencapai kejayaan. Kita perlu bersusah-susah dahulu sebelum dapat mengecapi nikmat kebahagiaan. Kita akan sering diduga oleh Nya dahulu......

Dugaan demi dugaan melanda diri..hutang pengajian yang belum langsai, tugasan kuliah yang bertimbun, amanah yang perlu dipertanggungjawabkan, erm kadangkala semua ini mampu mematangkan diri ini yang masih tercari-cari erti sebenar kehidupan di alam fana ini.

Namun di sebalik setiap dugaan yang didatangkanNya pasti ada hikmah yang dikurniakanNya. Hikmah tersirat yang saya baru menyedarinya. Astaghfirullahal'azim....
DIA mempermudahkan segala urusan saya di sini. Alhamdulillah.
Dorongan daripada abah dan mama tersayang menguatkan semangat saya untuk terus meningkatkan pencapaian diri ke arah yang lebih baik. Mencapai redha dariNya dan ibu bapa yang sentiasa menyokong :)

Pengorbanan abah dan ma akan sentiasa saya ingat. Terlalu besar dan tak mampu untuk membalasnya. Doakan saya menjadi anak yang solehah, penyejuk hati abah dan ma dan jauhkanlah saya tergolong dalam anak derhaka.

Na'uzubillah.....

Tuesday, August 3, 2010

Mampukah ???

Alhamdulillah hari ini masih mampu untuk meng'update' blog ini. Hari ini saya ditawarkan satu jawatan yang selama ini tidak pernah mengimpikannya. Al maklum diri ini dirasakan belum mampu untuk melaksanakan tugas di luar kemampuan. Tugas itu satu amanah yang patut dilaksanakan sebaik mungkin. Berhadapan dengan pelbagai tugasan sedikit sebanyak menyebabkan saya gusar bimbang sekiranya saya mengabaikan amanah yang diberi.

"Fikirlah positive dalam sesuatu perkara. Insya Allah dipermudahkan segalanya. Mana tahu tanggungjawab yang diberikan kepada enti itu dapat mengajar enti untuk menguruskan masa dengan lebih sistematik kan. Boleh mengajar enti untuk menguruskan sesuatu program dengan jayanya. Kan dapat pengalaman tu....."

Pesan seorang teman itulah yang saya pegang untuk memotivasikan diri yang hampir lemah ini. Pemikiran saya mulai terbuka. Benarlah kata sahabat setiap kejadian yang berlaku di muka bumi ini ada hikmah yang tersendiri. Apabila kita menyedarinya, barulah kita tahu betapa beruntungnya kita sebagai hamba Allah yang diuji. Kita menjadi lebih dekat padaNya. Terima kasih sahabat :)

Saturday, July 31, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..

Permulaan kalam dengan memuji Pencipta yang kekal abadi..

Erm, untuk sem ini juga saya terpaksa berhadapan dengan masalah yang cukup merumitkan. Memang terlalu berat untuk dipikul dan tak pernah terlintas di fikiran akan diuji sebegini rupa. Namun di saat merasakan diri ini tidak mampu menghadapi ujian dari Nya, alhamdulillah saya mampu bermuhasabah diri, teringat firman Allah S.W.T dalam kitab suci,surah al Baqarah ayat 286 :



“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(surah al Baqarah : 286)


Permudahkanlah urusan ku Ya Allah...


“Dan katakanlah (Muhammad), Ya Tuhanku, masukkan aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisiMu kekuasaan yang dapat menolong(ku)”

(surah al Israq : 80)


Amin Ya Rabbal 'Alamin

Sunday, January 3, 2010

Insan itu

Monolog Nursyifa’ Humaira’….

manusia di ibarat sebagai satu pohon
wujud dari sebiji benih disiram dan dibaja
tumbuh mekar saban ketika
menanti matang menjelang tiba
pabila matang membuahkan rupa
indah berseri ciptaan Ilahi
kematangannya memberi seribu erti
terhasil ia menjadi rezeki semua makhluk
memberi manfaat kepada sekalian alam

Manusia sebaik-baik ciptaan Tuhan di muka bumi ini. Firman Allah Taala dalam surah at Tin yang bermaksud,

“Sungguh, kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, maka mereka akan mendapat pahala yang tidak putus-putusnya.”
(surah at Tin : 4 – 6)

Manusia merupakan insan terpilih yang dicipta oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi yang fana ini. Terciptanya manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah yang satu. Tiada yang sekutu bagiNya. Kejadian manusia dari setitis air mani yang telah dijelaskan oleh Allah Taala di dalam al Quran membuktikan kebesaranNya. Surah al Hajj ayat 5 yang bermaksud,

“Wahai manusia! Jika kamu meragukan (hari) kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu; dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada usia dewasa, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua (pikun), sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya.”
(surah al Hajj : 5)

Subhanallah. Betapa agungnya kebesaran dan kekuasaanMu Ya Allah. Seterusnya Allah telah mengutuskan para Nabi dan Rasul untuk membimbing manusia ke arah pengabdian diri kepada Allah Taala. Firman Allah dalam surah al Anbiya’ ayat 25 yang bermaksud,

“Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum engkau (Muhammad), melainkan Kami wahyukan kepadanya, bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Aku, maka sembahlah Aku.”
(surah al Anbiya’ : 25)

Allah juga telah mengutuskan para rasul untuk mengajar manusia melakukan amalan-amalan yang soleh, mensucikan jiwa dengan ayat-ayat suci al Quran al Karim dan menegah daripada kemungkaran. Firman Allah Taala dalam surah al Jumu’ah ayat 2 yang bermaksud,

“Dialah yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
(surah al Jumu’ah : 2)