Thursday, October 29, 2009

Doa Zinnirah

. "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan."

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh. Moga-moga kita akan menjadi sepertinya.Amin

Friday, October 16, 2009

Musafir Seorang Mujahidah


Kekadang hati merintih derita,
jiwa menangis sendu,
akal mengeluh lesu,
Mengenang kisah semalam,
yang mengundang duka,
Ya Allah,
Teguhkanlah istaqamah seorang mujahidah,
Yang sedang bermusafir,
Menuju MardhotillahMu