Wednesday, January 25, 2012

Saat Menanti


Sebagaimana entri2 terdahulu, saya selalu mengatakan penantian itu suatu penyeksaan. Hmm usaha untuk kali ini nampaknya tidak berjaya juga. Saya perlu menanti sehingga tempoh masa pengajian berakhir. Dua tahun (2014). Noktah. Itulah jawapannya. Akur ? Hmm semoga dipermudahkan segalanya, Insya Allah.

23 hb Januari, dua peristiwa penting berlaku. Namun, ia tidak mampu membahagiakan saya. Selamat pengantin baru buat kawan saya dan pasangannya. Semoga bahagia mengiringimu hingga ke syurga.

24 hb Januari, satu lagi perkhabaran gembira buat teman FB, yang akan menimang cahaya mata tidak lama lagi. Ramai yang akan menimang cahaya mata tahun ini. Rata-ratanya di kalangan sahabat terdekat. Satu tahun pengajian. Hmmm. Rezeki mereka murah. Alhamdulillah. Tahniah untuk mereka.

25 hb Januari, pengumuman IM Hassan mengenai pernikahannya. Bakal zaujahnya bekas mahasiswa UM. Saya mengenali bakal zaujahnya. Barakallahulakuma :)

Pendeknya, ajal maut jodoh pertemuan semuanya ditentukan oleh Dia. Dia yang Maha Merancang segalanya. Saya hanya mampu berdoa kerana Dialah yang memegang hati2 makhluknya.


Wassalam


Friday, January 20, 2012

Kuih Kegemaran Saya


Hihi, tajuk kat atas macam nak buat karangan je kan? :) Bukan saya ingin menulis sebuah karangan, tapi ingin berkongsi sedikit resepi untuk kuih kegemaran saya nih. Kalau pergi ke pekan Kuala Besut pada hari jumaat, tak sah kalau tak bawa balik kuih ni. Baru2 ni, saya ronda2 pasar malam kat Pantai Permai. Terjumpa gerai yang jual kuih ni. Pernah rasa tak? Sedapp :)

Namanya Putu Piring, bentuknya leper macam piringla. Warnanya putih .. hihi.



Saya dapat bahan ini resipi dari satu blog :
Putu Piring
untuk mendapat sekitar 15 keping

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
3/4 sudu garam
150ml air panas
1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
1/2 cawan gula melaka,diparut
5-6 helai daun pandan
kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
Daun pisang digunting 2inci persegi

Selamat mencuba :)

p/s : saya suka kuih di atas,hihihi


Thursday, January 19, 2012

Hari Terakhir


Ingin menulis,terasa lama benar tidak menulis entri yang panjang2. Hmm, ketandusan idea untuk menulis. Walhal banyak yang ingin diceritakan. Ada khabar gembira, ada gambar duka. Namun, khabar gembira itu seakan duka juga pabila ia datang tika diri dan keluarga ditimpa musibah. Ujian dariMu Ya Allah. Hamba pasrah. Mungkin bukan masanya.

Hari ini hari terakhir saya di bumi universiti untuk semester kali ini. Semester yang paling sukar dalam hidup sepanjang bergelar mahasiswi. Banyak onak dan ranjau ditempuhi untuk memperoleh sedikit ilmu yang tidak ternilai harganya. Mudah-mudahan ada natijah yang baik untuk semester kali ini.

Saya masih berbaki tiga semester. Setelah itu, saya akan melangkah ke alam dunia yang sebenar. Seringkali saya memotivasikan diri agar tidak terus rebah dengan dugaan dan rintangan yang menimpa diri. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu dan memahami keadaan dan situasi saya sepanjang bergelar teman kepada saya. Andai ada terguris hati, ampun dan maaf diminta dari kalian.

wassalam

‎::: Rezeki itu ketetapan Dia, hanya Dia yang Maha Mengetahui, kita merancang, Dia juga merancang, namun sebaik-baik perancang adalah Dia :::


Friday, January 13, 2012

Akhirnya


Akhirnya mutiara jernih itu berjuraian jua. Alhamdulillah Ya Allah, sujud syukur hanya padaMu. Alhamdulillahirrabil'alamin .. Permudahkanlah urusan seterusnya Ya Allah.

Layan Ombak Rinduuu


Wednesday, January 11, 2012

Bahagia


Bahagianya 'dia' bersama dua putera kecil. setelah melalui dugaan semalam, kini 'dia' bahagia, bersama dua putera kecil yang putih kemerahan mewarisi dirinya. Di saat insan lain sibuk menelaah buku2 dan nota2 kuliah, 'dia' bersama si kecil yang memerlukannya. Itulah jalan yang dipilihnya. Senyuman tidak pernah lekang di bibir'nya'. Saya kagum dengan dirinya. Amat kagum. Mampukah saya menjadi sepertinya ?? Hmmm. Sukar sekali, kerana persekitaran saya tidak sepertinya. Saya mendoakan kesejahteraan diri'nya'. Semoga 'dia' diberi kekuatan menempuh pengajian yang masih berbaki. Bahagianya 'dia'.

Penantian untuk ke sekalian kalinya. Adakah ia akan terjawab dalam tahun ini? Semuanya di tangan Yang Maha Esa. Saya hanya mampu berserah, semoga ada cahaya di sebalik kabus kelam itu. Ya Tuhan, sesungguhnya hanya Engkau yang memegang hati para manusia. Tiada lain yang mampu mengawalnya melainkan Engkau. Lembutkanlah 'ia' Ya Tuhan...

Monday, January 2, 2012

Lau Kana Bainana





sedih bila dengar lagu ni =(