Friday, December 30, 2011

HambaMU

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Lirik lagu ini ... hmmm, amat2 terkesan di hati yang paling dalam. Allahurabbi, permudahkanlah urusan kami, permudahkanlah imtihan kami, untuk kali ini dan seterusnya.. aminnn

Friday, October 28, 2011

The Best Creator


Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Dia pengatur terbaik kehidupan hamba2 Nya. Allahuakbar. 28/10/2011 hari terindah dalam hidup ini. Menjawab segala penantian dan perjalanan saya selama ini. Dahulunya, saya pernah ditawarkan untuk menjadi seorang guru. Dua tawaran serentak untuk bidang itu. Satu di IPTA dan satu lagi di IPG. Setelah berfikir2, temuduga yang dihadiri untuk IPG sekadar memenuhi syarat sahaja. Dalam nak dan tidak. Akhirnya Dia menentukan saya di IPTA. Ya, saya akur. Dengan sebahagian yuran pengajian ditanggung keluarga, saya meneruskan pengajian di IPTA.

Di IPTA, pelbagai peluang yang datang sehingga membawa saya ke sebuah negara lain selain Malaysia. Hihi. Yaman telah saya jejaki. Di IPTA juga saya mengenali pelbagai ragam manusia. Alhamdulillah, Allah sentiasa memberi kekuatan kepada saya walaupun kadangkala saya hampir putus harapan. Dan satu lagi peluang yang tak pernah saya sangka2. Permohonan hanya sekadar mencuba nasib akhirnya dimakbulkan olehNya. Sujud syukur saya tidak terhingga. Allah S.W.T pengatur terbaikkk. Mudah-mudahan ia tidak melalaikan saya untuk menjalani kehidupan seterusnya. Mungkin ini lah yang sesuai untuk saya, masa depan saya dan keluarga suatu masa nanti.

Saya masih mempunyai penantian. Manusia ni tak pernah berhenti berharap kan? Sebab apa? Sebab saya yakin Allah akan memakbulkan doa saya. Ilaika nad'u wa ilaika nasta'ie.

Syukran jazilan kepada semua yang membantu. Hanya Allah S.W.T sahaja mampu membalas semua kebaikan kalian. Terima kasih kepada abah dan ma yang sentiasa membantu =)


saya sayanggg mereka


Sunday, October 23, 2011

Walimah Sahabat



ada harapan tak :p


Alhamdulillah, lepas satu, satu lagi. Hari ini dapat perkhabaran seorang lagi sahabat akan ber'walimatul 'urus. Hihi. Barakallahulakuma ... tulis walimah sahabat la dulu, membilang hari je lagi tu.. tahniah untuk kedua2 pasangan =)

13 November 2011 ( 2 pasangan)
21 Januari 2012 (1 pasangan)
00 00 2012(1 pasangan)*


*(yang ni belum pasti tarikhnya, tapi dah dapat pengesahan dr tuan empunya diri)

tak ada benda sebenarnya nak tulis, yang ni je ada dalam fikiran masa nih
(^____________^)



Barakallahulakum !!!
Allahumma yassir 'alaina
Aminnnn





Monday, October 17, 2011

Cruise Tasik Putrajaya



Cruise Tasik Putrajaya


Alhamdulillah, saya berpeluang menaiki Cruise di Tasik Putrajaya. Lunch, hihi bersama-sama kakitangan Kolej Kediaman Kelima. Satu pengalaman yang menarik =) . Kalau nak pergi sendiri, memang takla sebabnya mahal. Huhu. Naik cruise tu keliling tasik Putrajaya yang luas tu sambil makan2. Satu perkongsian ...


Masjid Putrajaya



hidangan lunch kami

Sekian ...


Sunday, October 16, 2011

Sarjana Muda Pendidikan Islam



sesi 2009/2010

Alhamdulillah, akhirnya ada juga gambar kenangan untuk Sarjana Muda Pendidikan Islam Tahun 3. Bukan senang nak kumpul semua. 96 orang. Emm tapi kat dalam gambar ni cuma ada 60 lebih je. Takpela, asalkan ada. Alhamdulillah. Mudah-mudahan semuanya dapat menjadi seorang guru yang baik dan menjunjung tinggi Falsafah Pendidikan Islam setahun lebih je lagi. :)


Thursday, October 13, 2011

Terima Kasih Ya Allah



Terima kasih Ya Allah
(^_________^)



Andainya segala yang saya lalui hari ini adalah sesuatu yang akan mematangkan saya di masa hadapan, kuatkanlah saya menghadapinya ..


*Satu Pengembaraan*




Sunday, October 9, 2011

Ikhlas Untukmu



andai kau tahu. aku juga harap kau tahu.

aku mengharapkanmu menjadi teman hidupku


namun aku tidak boleh menjamin apa-apa

bukan aku yang menulis di luh mahfuz sana

tapi Dia. Dia. Allah yang menjadikan dirimu dan diriku,

ditanganNya itu sudah tertulis takdir kita yang kita tidak ketahui.


insyaAllah

Jodoh tidak akan lari jika sudah memang ditakdirkan kita bersama

biarpun beribu pahlawan datang melamar ku,

insyaAllah dirimu tetap untukku,

jika itu yang Allah kehendaki.


jodoh itu seperti rezeki.

dan ku amat berharap dirimulah akan menjadi rezeki terindah dari Allah buatku..

namun ku insan yang tiada daya dan upaya melainkan kekuatan yang segalanya datang dariNya


ku mohon sungguh Ya Allah,

kuatkanlah imanku dan imannya..

jika dia benar untukku,

maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya di jalan Mu,

jika dia bukan untukku,

damaikanlah hatiku dengan ketentuan Mu



dipetik daripada blog WarnaHidupku



Thursday, October 6, 2011

Dia Yang Maha Perancang


Bismillahirrahmanirrahim

Minggu lalu, saya mendapat satu perkhabaran, perkhabaran yang amat merunsingkan. Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dengan izinNya. Apabila kita sentiasa mengingatiNya, Dia akan sentiasa membantu kita kerana Dia selalu ada untuk kita. =) Saya berusaha mewujudkan keyakinan dalam diri. Kali ini saya benar2 tekad. Entah mengapa, diri ini menjadi terlalu berani untuk melakukannya walhal tidak pernah terlintas di fikiran saya sebelum ini untuk bermusafir ke ‘sana’.

Alhamdulillah.Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang membantu. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian. Jzkk. Usaha telah dilakukan. Selebihnya saya hanya mampu berserah kepada Nya. Andai ia yang terbaik buat saya dan masa depan saya dan keluarga suatu masa nanti, permudahkanlah Ya Allah.

Amin...

Minggu yang terlalu sibuk dengan tugasan2 yang bertimbun2. Huhu. Pembentangan yang pertama untuk semester baru sahaja berlalu. Hmm. Hari ini baru saya sedari dunia pendidikan kini telah banyak berubah. Berubah ke arah yang lebih mementingkan dunia semata-mata. Benar. Beberapa pendekatan dan kaedah yang dilaksanakan dalam pendidikan hari ini lebih menjurus kepada perkembangan intelek semata. Sedihnya. Kita diasuh dengan pendidikan yang berunsurkan Barat sejak dari dahulu lagi. Sehingga kini, kita masih berpegang kepada falsafah2 mereka. Astaghfirullahal'azim. Dunia pendidikan hari ini seakan2 meminggirkan agama sebagai panduan hidup. Sukar untuk saya mengulas dengan lebih lanjut. Terlalu rumit. Mudah2 an ada jalan keluar untuk semua situasi ini.

Amin...



Thursday, September 29, 2011

Sebuah Perjalanan Kehidupan


Bismillah...

Alhamdulillah, saya masih diberikan kesempatan olehNya untuk menghirup udara segar di alam milikNya. Alhamdulillahillazi ahya na ba'dama amaatana wa ilaihinnusyur. Alhamdulillah. Hari ini saya akan memulakan perjalanan. Sebuah perjalanan untuk mencuba peluang yang diberikan oleh Yang Maha Pemberi Rezeki. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dengan izinNya. Allahurabbi.

KLIA Disember 2010
Kuala Lumpur, Malaysia

Terimbau saya dek kenangan lalu. Merantau ke negara orang. Pengalaman yang sukar untuk dilupakan hingga ke akhir hayat. Pengalaman yang banyak mematangkan diri ini. Pengalaman yang banyak mengajar diri untuk berdiri di atas kaki sendiri. Dan pengalaman yang banyak menyedarkan saya makna sebuah kehidupan. Pengalaman sebuah kehidupan. Saya dapat merasai kekuasaan & kebesaranNya. Allahuakbar! Berbalik kepada topik, penantian saya hampir dua bulan lebih akhirnya terjawab. Alhamdulillah. Segalanya adalah milikMu Ya Tuhan. Seandainya ada rezeki buatku untuk kali ini, alhamdulillah. Jika ia bukan untukku, redhakanlah aku dengan ketentuanMu. Amin.

MASJID RA'IS Disember 2010
Yemen, Sana'a


Tuesday, September 27, 2011

Belajar



.::: Belajar untuk menyesuaikan diri :(
Permudahkan segalanya Ya Allah ...
Allahumma yassir kullu amrina... Ilaika nad'u wa ilaika nasta'ie
Allahumma amin :::.




Saturday, September 24, 2011

Wednesday, September 21, 2011

Kesilapan Diri



Jaga tutur kata, jaga segala2 nya. Hmm tiada sesiapa boleh dipercayai pada masa sekarang. Berhati-hati la dalam segala bicara. Pesanan buat diri yang sentiasa khilaf. Astaghfirullahal'azim ...



Wednesday, September 14, 2011

Semester Baru


Alhamdulillah, semester baru telah bermula untuk tahun ini setelah cuti semester yang agak terlalu lama :p . Bermulanya sebuah perjuangan baru dalam pengembaraan ilmu. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Amin.

Pesan seorang teman kepada diri ini:

" jangan kita mengharapkan pertolongan seseorang walaupun
kita telah bersusah payah untuknya.
Bergantunglah kepada Allah S.W.T dalam setiap urusan."


Insya Allah. Syukran di atas pesanannya.


Tuesday, September 6, 2011

Hanya Gambar Sebagai Kenangan



Tiada coretan untuk dilakarkan di sini. Hanya gambar untuk kenangan bersama.
Sekian ...

Thursday, August 25, 2011

Mood Hari Raya




Sedar tak sedar, puasa ramadhan hampir sampir ke penghujungnya. Sungguh pantas masa berlalu.

Hari Raya bakal menjelang tiba. Semestinya, hari raya kali ini berbeza daripada tahun2 sebelumnya. Nak tahu sebab apa?

Nanti saya cerita dalam entri yang seterusnya. Pape pun, di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari, memohon maaf di atas segala salah silap saya kepada semua ahli keluarga dan sahabat2 seperjuangan sepanjang kita bersama.

Juga selamat hari raya untuk semua :)



Monday, August 22, 2011

Pernikahan Itu Anugerah Terindah


Kata Abdullah bin Mas'ud r.a: "Carilah Kekayaan itu dalam Pernikahan"
(Tafsir Ibn Katsir, 6/51).

Ya. Pernikahan itu merupakan salah satu daripada pintu kekayaan :). Suatu perkongsian yang menarik daripada seorang sahabat di alam maya mengenai alam perkahwinan. Tertarik saya dengan pengalaman yang dikongsikan. Jzkk.

Pernikahan merupakan sebuah anugerah terindah bagi setiap pasangan yang melaluinya. Insya Allah.. jika diizinkannya, cepat atau lambat, ia pasti tiba. Pernikahan ketika masih belajar sering dilabelkan sebagai menyusahkan. Hmm sejauh mana kebenaran itu ya ?? Musykil 2x.

Mungkin juga sebab faktor parent risau pelajaran akan terganggu bila dah kahwin nanti. Jadi, apa solusinya ye? ;)

Pengalaman sendiri, perlu banyak berdoa pada Allah. Kepada siapa lagi kita nak minta dilembutkan hati parent kita melainkan Dia. Kalaulah ada ubat yang dapat melembutkan hati dijual di farmasi, mau untung besar lah farmasi tu kan? Hehe.. Allah lah yang memegang hati-hati manusia, maka hanya Allah lah yang mampu melembutkan hati-hati manusia. Dan disini perlu adanya sifat kesabaran yang amat tinggi. Bersabar menanti Allah makbulkan doa kita. Allah akan uji kita dahulu sehinggalah Allah rasa kita sudah layak. Sabarlah walaupun setahun, dua tahun, 10 tahun kerana sepanjang tempoh itu Allah sedang mendidik diri kita supaya matang dan bersedia menerima tanggungjawab yang berat kelak. Jangan pernah berhenti berdoa. Kerana doa itu sendiri adalah senjata kita. Mohon lah agar dipermudahkan urusan jodoh dan mohonlah agar dibukakan hati kedua ibu bapa untuk memberi keizinan. Kemudian bersabarlah. Dan lihatlah hasilnya. Allah tidak akan menghampakan hambaNYA :)

(dipetik dari blog sahabat)


Saya amat tertarik dengan caran

ya. Alhamdulillah, urusannya telah dipermudahkan.

Bismillahi tawakkal tu 'ala Allah. Innallah assami' ul 'alim.



Friday, August 19, 2011

Kuih Tradisional Yang Makin Terpinggir


Di sini, saya ingin berkongsi resipi membuat sejenis kuih tradisional. Apa ya? Cuba lihat gambar di bawah. Hmmm agak2 kenal tak eh? :p


Resipi Tok Aji Serban

Saya tak pasti nama spesifik bagi kuih ini. Yang saya tahu nama kuih ini Tok Aji Serban. Dulu, arwah tok selalu buat bila cucu kesayangannya balik kampung. :)

Bahan A

Pulut (1 1/2 cupak)
Santan (sedikit)
Air

Bahan B

Telur (7 biji)
Santan
Gula Melaka (1 1/2 )

Cara membuatnya ialah untuk Bahan A, kita masak pulut terlebih dahulu. Masak pulut bersama sedikit santan dan air. Tunggu hingga masak. Untuk Bahan B, kita hiris gula melaka halus2. Gaulkan bersama 7 biji telur dan sedikit santan. Gaul sehingga rata. Untuk hasil yang lebih baik, kita gunakan penapis. :)

Okay, seterusnya, pabila pulut yang ditanak masak, kita masukkan ia ke dalam loyang. Mampatkan pulut tersebut semampat2 nya. :p Seterusnya, tuangkan Bahan B yang telah ditapis tadi ke atas pulut yang telah dimampatkan di dalam loyang. Masukkannya ke dalam pengukus/kukusan. (setelah air mendidih)

Tunggu sehingga 20 minit. Siapp. Selamat mencuba teman2 :)



Thursday, August 18, 2011

Masya Allah


Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11. Itu fakta pertama.

Keduanya, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..!

Eg: seorang yg lahir pada thn 1988, umurnya sekarang 23 pd tahun ini. Jadi, 88 + 23= 111..!!! Untuk pengetahuan semua, perkara ini hanya akan terjadi sekali sahaja pada setiap 823 tahun!


Statement berikut saya copy dari laman sosial seorang kenalan. Sama-sama kita renungkan.


Tuesday, August 16, 2011

Anugerah Hari Ketiga Ramadan


Alhamdulillah, setelah sekian lama saya menanti, akhirnya saya diberi kesempatan olehNya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. J Di saat2 terakhir pembelajaran, saya hampir merasa putus asa, menyerah, kerana saya gagal melakukannya dengan baik. Namun, perancangan Allah mengatasi segala. Saya berjaya melakukannya. Seakan mimpi menjadi kenyataan. Hihi. Tiada perancangan langsung untuk saya melakukannya dalam cuti semester kali ini. Tidak terlintas di fikiran untuk ‘belajar’ dek kerana duit yang belum cukup. Tetapi rezeki Allah ada di mana2. Yakinlah denganNya. Alhamdulillah.

Terima kasih saya ucapkan kepada cikgu2 yang banyak membantu terutama dari segi motivasi. Banyak juga kena leter. Hehe. Juga kepada abah dan ma serta adik beradik yang menyokong dari segi kewangan. Jazakallahu khairan kathira. Perjalanan yang amat sukar namun apabila sampai ke kemuncaknya, saya dapat merasakan kemanisannya. Alhamdulillah. Semoga saya dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Perancangan yang masih di alam maya. Hmmm banyak juga kalau dihitung. Mudah2 an ia menjadi kenyataan suatu hari nanti. Saya masih menunggu dan menanti. Penantian itu suatu penyeksaan bukan? Bermula tarikh 15 Julai 2011 hingga 14 Oktober 2011, saya diberi tempoh untuk menunggu. Saya akan menantikannya. Andai ada rezeki, takkan ke mana insya Allah. Andai rezeki belum ada, doakanlah saya kuat untuk menempuhi pembelajaran yang masih berbaki dua tahun lagi. Juga permudahkanlah saya menempuhi semester baru yang bakal bermula seminggu selepas hari raya ini. Amin.


Saturday, July 30, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Ramadhan kali datang lagi. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Insya Allah. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ...







Wednesday, July 27, 2011

Sukar untuk menjadi sempurna


Ya, sukar untuk kita menjadi seorang yang sempurna kerana tidak ada seorang pun manusia yang sempurna dan akan menjadi sempurna. Terkadang kita melihat kelemahan orang lain, silap itu, silap ini, terkadang kita mengira apa yang kita lakukan itu betul, namun di mata orang yang memandang, apa yang kita lakukan itu salah, ada kurang di mana2 . Hmmm. Sukarnya.

Ya Tuhan, Engkau permudahkanlah segala urusanku agar segala kesulitan dapat dirungkai dengan keizinan Mu. Amin.



.:: Muhasabah diri ::.



Monday, July 25, 2011

Paprik Lada Hitam


Resepi ringkas untuk makan tengah hari ini ialah Paprik Lada Hitam. :) Bahan2 nya ialah :

1) Ayam (dipotong kecil2)
2) Sos Tomato
3) Sos Cili
4) Garam
5) Bawang Putih
6) Ajinomoto (sedikit je)
7) Sayuran (kubis, giat jagung, bunga kubis, lobak)
8) Serai (2 batang)
9) Lada hitam (ditumbuk halus, lumat)

Mula2, tumiskan bawang putih hingga keperangan.(naik bau). Lepas tu, masukkan sedikit air dan potongan2 ayam yang dihiris halus. Rebus sehingga masak. Selepas itu, masukkan sos tomato dan sos cili secukup rasa. Juga garam dan ajinomoto. Tumbuk serai dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan juga lada hitam. Biarkan beberapa minit. Setelah itu, masukkan sayuran2 tadi. Gaul sehingga sebati. Siap :)


Paprik Lada Hitam



.:: selamat mencuba ::.




Friday, July 22, 2011

3 Ogos 2011





::: semoga dipermudahkan :::
amin ya Rabbal 'alamin...






Saturday, July 16, 2011

Marilah menjadi hamba yang bersyukur


Setelah dimotivasi oleh seseorang, akhirnya diri ini akur. Putus asa bukan jalan terbaik untuk sesuatu perkara. Terima kasih :p ... Belajar dan terus belajar untuk mematangkan diri agar dipermudahkan urusan pada masa hadapan. Insya Allah. Jangan sentiasa menyalahkan apa yang berlaku kerana itulah yang terbaik yang telah ditakdirkan Allah S.W.T untuk kita. Belajar untuk berlapang dada dan menerima segalanya :)


"Rabbana hablana min azwaajina wa zurriyyatina qurrota 'ayunin
wa ja'alna lilmuttaqiina imaama"


"oh Tuhan kami, berilah kami (azwajina) dan anak2 keturunan yang menyenangkan hati kami, dan jadikanlah kami sebagai pemimpin orang2 yang bertakwa "
( surah al Furqan : 74)




.:: amin ya rabbal 'alamin ::.


p/s : selamat hari lahir untuk mama, semoga sentiasa dilindungi Allah sentiasa. aminnn


Wednesday, July 13, 2011

Sesalkah saya ?


Belajar untuk memahami dan belajar untuk merelakan SEGALANYA. Hmmm namun hati ini masih degil ke arah itu. Astaghfirullahal'azim. Segalanya masih begitu. Kekal di situ. Pabila disuarakan, dikatakan diri ini kurang sabar, dikatakan diri ini masih terlalu mentah, dikatakan itu dan ini, sehinggakan terbit rasa sesalan di hati. Namun, pantas memujuk diri, dengan mengatakan usah disesalkan apa yang telah berlaku, tapi bersedialah untuk menghadapi hari mendatang...

Pengalaman banyak mengajar erti sebuah kehidupan. Namun, pengalaman juga yang kadang2 mengkucar-kacirkan sesuatu hal. Hmmm. Berdasarkan pengalaman orangla, hidup kita kadang2 ditentukan. Bukan menolak ketentuanNya, tapi ia terlalu kebetulan berlaku. Seringkali begitu. Pengalaman yang saya maksudkan berkenaan dengan "alam baru". Alam perkahwinan. Haa... kan dah kata, topik saya takkan lari dari berbicara mengenai soal kahwin. :p

Pengalaman 1: seorang anak diizinkan oleh orang tuanya untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang masih muda (masih menuntut di universiti) akibat perbuatan anak sulung mereka yang memalukan keluarga semasa berada di universiti.

Pengalaman 2: seorang anak tidak diizinkan untuk menikah di usia muda (awal 20 an, masih belajar) gara2 kebimbangan orang tuanya yang takut pengajian anaknya tertunda atau dengan kata lain terkandas. Hal ini berdasarkan pengalaman orang tua tersebut terhadap apa yang berlaku kepada anaknya yang sulung.

Pengalaman 3: seorang anak diizinkan kahwin pada usia muda kerana orang tuanya faham apa yang dianjurkan oleh agama Islam iaitu memelihara diri daripada perkara2 yang tidak sepatutnya.

Pengalaman 4: seorang anak tidak diizinkan untuk menikah di usia muda kerana orang tua beranggapan anak muda masih belum matang, juga sumber rezeki belum ada. Hmmm. Juga, sensitif terhadap pandangan masyarakat sekeliling mengenai kahwin muda.

Ya...semuanya kita boleh jadikan iktibar. Tapi persoalannya adakah semua manusia itu sama??? Adakah semua pengalaman itu boleh kita sesuaikan dengan keadaan diri kita ?? Hmmm. Orang tua beranggapan begitu laa. Justeru sebagai anak muda, kita seharusnya terima :p Apabila saya terfikir, kadang2 ada juga kebenarannya. Kadang2 ia seolah2 menyempitkan apa yang dianjurkan agama. Hmm. Jika kita lantang bersuara, dikatakan kita lancang, tiada adab, kurang sopan ... diam adalah cara yang paling baik. Akur adalah sikap paling cocok.

Bukankah pintu rezeki dibuka oleh Allah S.W.T ? Bukankah kematangan itu kita peroleh pabila kita belajar suatu perkara ? Saya termenung . Lidah kelu. Hati merintih. Ya Allah ...


Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi

Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu

Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergiKu mengusung duka ini

Diiringi

Kisah janjiDimungkiri

Dimungkiri

Sia-sia kuMencintaimu
Setia padamu

Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku

Dihiris pilu

Sia-siakuMencintaimuSetia padamu

Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku

Dihiris pilu

Beribu sesalanku


:: sesalan semalam ::

Tuesday, July 12, 2011

Lirik Lagu Beribu Sesalan – Ning, Shila, Jaclyn 3 Suara

Kahwin Lagi ...


Alhamdulillah, lepas satu, satu. Seorang lagi teman perjuangan saya di UM selamat bergelar seorang isteri. Rezeki awal. Hihi. Tahniah untuknya. Barakallahulakuma.


9 Julai 2011
bulan 10 ni, yg sebelah pengantin pulak...


Semoga dipermudahkan segala urusan. Usah disesalkan apa yang telah berlaku, tapi bersedialah untuk menghadapi hari mendatang. Permudahkanlah jodoh kami. Allahummayassir 'ala kullu amrina ...

Monday, July 11, 2011

Hari Keluarga SKPN


9 Julai 2011, berlangsungnya Hari Keluarga bagi Sek. Keb. Pengkalan Nyireh (SKPN), iaitu sekolah baru mama. Pelbagai acara diadakan tapi semuanya untuk kanak2. Hihi. Tengok je la .. Si Iqbal pulak tak menunjukkan minat langsung untuk menyertai acara yang diadakan - tiup belon sampai pecah :P . Dia nak main air. Jadi, jom main air. Hihi.

Keletah Iqbal pabila dibiarkan dengan air ...


merenung jauh ...



tak sabar nak main air


duk bertenggek atas batu,
siap tanya lagi sape lagi nak ambik gambar,
perasan jadi artis la pulak :p


mula2 tengok dari jauh je ..

ishk, boleh ke x nak masuk nih ??



dah dekat nih ..

wow, bestnya ...




try sikit la dulu ...




haa, pastu siap masuk lagi dalam air, habis lencun, haha


Tak lupa selamat hari lahir untuk Najwa :) Sukses selalu ya ...

besday's girl


::: hari ini dalam sejarah, sejarah tak mungkin berulang,
tapi saat ini pasti ada lagi, insya Allah :::


Sunday, July 10, 2011

Mengajar Seorang Anak Kecil Bukan Mudah


" Solat " ... Mengajar seorang anak kecil mengenai solat bukan semudah kita mengajar orang dewasa untuk solat. Memerlukan kesabaran yang tinggi juga istiqamah (secara berterusan). :) Begitu juga apabila saya mengajar si dia untuk solat. Liat sungguh. Dek kerna lama ditinggalkan, si dia dah tak mahu solat. Hmmm apa ertinya solat bagi seorang anak kecil yang masih tidak mengetahui apa2? Yang masih kosong mindanya mengenai dosa dan pahala? Hmmm.

" Ba, jom solat, hari ini ba jadi imam, sebab ba lelaki, kak ngah ikut ba, hihi ". Kebiasaannya pendekatan ini yang saya gunakan untuk mengajaknya solat bersama2. Kekadang solat juga dia. Kekadang entah ke mana bila diajak solat. Hmmm istiqamah .... kena sabar. Baca iqra' pun sama. Kena pujuk rayu dengan pelbagai kata barulah si dia nak membaca. Iqbal 2x .. :P


masa ni, terkumat kamit mulutnya membaca,
tapi xtahu pulak dia baca apa :P


sujud


dah abis


Sekarang ni, si dia dah tak solat. Kena guna pendekatan lain pulak. Tak tahula macam mana tu. Huhu. Sebenarnya entri ini dah lama saya nak postkan tapi lupa. Bila dah tak sibuk macam sekarang, baru teringat. :D Semoga dirimu menjadi anak yang soleh Iqbal :) Kak Ngah sayang kamu ...


p/s : entri tertangguh


Saturday, July 9, 2011

Di Manakah Keadilan ??




::: BERSIH 9 JULAI 2011 :::

sila tonton



:: segalanya bakal menentukan ::


Tuesday, July 5, 2011

Rezeki


~ Jika ada rezeki takkan ke mana.
Cuma kita perlu berusaha untuk mendapatkannya kerana ia takkan datang bergolek ~


Nice statement. I like :). Hihi. Benar. Rezeki perlu dicari. Perlu diusahakan. Baru dapat merasa hasilnya kan ? Alhamdulillah, usaha telah dilakukan. Selebihnya saya bertawakkal hanya kepadaMu Ya Allah. Permudahkanlah segala urusan. Aminnn.


anak2 juga rezeki kan :)


Sunday, July 3, 2011

Sup Ayam


Hari ini buat sup ayam. Hihi. Pakat buat je. Ingat2 lupa dek lama tak buat :P . Antara bahan2 yang diperlukan ialah :

1) Bawang Putih
2) Bawang Merah
3) Halia
4) Kulit kayu manis & seangkatan dengannya
5) Ayam
6) Garam
7) Kubis
8) Lobak
9) Ubi kentang

Caranya ialah kisar bawang putih, bawang merah dan juga halia. Tumiskan bahan2 yang dikisar bersama kulit kayu manis & seangkatan dengannya. (bersama sedikit minyak). Tunggu sehingga naik bau.

Kemudian, masukkan air dan rebus ayam sehingga masak. Masukkan garam secukup rasa. Juga sedikit ajinomoto. Bila ayam dah masak, masukkan ubi kentang yang telah direbus juga kubis yang dihiris halus juga lobak .

Siapp ... :D


sup ayam


.::: selamat mencuba :::.


Saturday, July 2, 2011

Coret2


Alhamdulillah, saya masih diizinkan Allah S.W.T untuk mencoret sedikit bicara di blog ini. Sebelum terlupa, salam Sya'aban untuk semua. Sedar tidak sedar sebulan lebih sahaja lagi untuk kita menyambut Ramadhan al Mubarak. Allah, terlalu pantas masa berlalu. Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk merasai kebesaranMu. Subhanallah Maha Suci Allah.

Hajat di hati untuk menulis. Namun, idea beku. Kelu untuk berbicara. Entah. Mungkin belum tiba masanya.


souvenir dari Melaka :)



p/s : terima kasih Najwa

Friday, July 1, 2011

Sanah Helwah Ke 22



Sanah helwah buat diri. Semakin bertambah usia, semakin banyak tanggungjawab yang harus dipikul. Semoga usia yang semakin bertambah ini dapat mematangkan diri melangsaikan amanah yang dipertanggungjawabkan. Insya Allah.

Nah, kek hari lahir untuk diri sendiri. Best tak? Hihi. Tak ada orang nak bagi lagi. Huhu.


nampak cam best je, bukan kek hari lahir,
nampak cam kek pengantin je :D


p/s : terima kasih buat sahabat2 yang tak pernah lupa ucap sanah helwah kat saya, hari yang paling bahagia, alhamdulillah ...