Tuesday, May 31, 2011

Rezeki


Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah atas segalanya Ya Allah. Benarlah, kadang2 Dia mendatangkan pelbagai ujian kepada kita untuk menjadikan kita lebih matang menempuhi hidup. Alhamdulillah. Dia memberikan kepada kita sesuatu di luar jangkaan kita. Tanpa kita menduga. Saya hanya mampu bersyukur dengan kurniaanNya. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah :)



Friday, May 27, 2011

Sekalung Doa





Ketika kumohon kepada Allah kekuatan,
Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat


Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan,
Allah memberiku masalah untuk diselesaikan


Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan,
Allah memberiku akal untuk berfikir


Ketika kumohon kepada Allah keberanian,
Allah memberiku bahaya untuk kuatasi


Ketika kumohon Allah sebuah cinta,
Allah memberiku orang-orang bermasalah untuk kutolong


Ketika kumohon kepada Allah bantuan,
Allah memberikanku kesempatan


Aku tak pernah menerima apa yang kupinta,
tetapi aku menerima segala yang kuperlu


Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka,
tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga
tidak melihat pintu yang dibukakan bagi kita


Orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaNya.


Waktu kita lahir, kita menangis dan orang orang di sekeliling kita tersenyum, jalanilah hidup kita sehingga pada waktu kita meninggal, kita tersenyum dan orang orang di sekeliling kita menangis.


p/s: Allahurabbi


Wednesday, May 25, 2011

Yaman Dalam Kenangan

Siri 3


Sambungan daripada entri sebelumnya, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya menjejaki kaki ke Masjid Presiden di Yaman. Terlalu mewah. Itulah yang terdetik di dalam hati saya tatkala tiba di sana. Sebuah masjid yang tersergam indah di pinggir sebatang jalan raya yang sibuk. Masjid yang mempunyai pelbagai fungsi bukan hanya dijadikan tempat untuk solat sahaja. Masjid Presiden atau dikenali juga sebagai Masjid Ra'is menyediakan tempat untuk kaum wanita untuk menunaikan solat Jumaat. Cuma masjid tersebut dibahagikan kepada dua bangunan yang berlainan. Satu masjid untuk kaum lelaki dan satu lagi untuk kaum wanita. Subhanallah. Selain berperanan sebagai tempat untuk menunaikan solat, masjid ini digunakan juga sebagai pusat pengajian ilmu. Saya dan rakan2 berkesempatan meninjau dan berjalan2 di kawasan masjid tersebut.

Juga saya sempat menunaikan solat fardhu zuhur di situ. Alhamdulillah. Sekali seumur hidup. Saya berkenalan dengan 'Affah, seorang warga Yaman mungkin. Beliau berniqob dan berpakaian serba hitam. Beliau membantu kami memperkenalkan masjid tersebut. Rupa2 nya, di dalam bangunan masjid yang tersergam indah itu, terdapat pejabat2 yang dijadikan sebagai pusat pentadbiran masjid tersebut. Menguruskan hal ehwal masjid saya kira. Masjid Presiden mempunyai beberapa aras yang saya kurang pasti berapa. Cuma yang pasti, ia tinggi. :P Juga dilengkapi dengan lif. Canggih! Sedangkan apabila saya melihat suasana Yaman, dapat dilihat kedha'ifannya di mana2. Bukan itu sahaja, lampu2 yang menyinari di dalam masjid itu amat mengkagumkan saya. Mewah. Boleh dikatakan first class. Hebat !

Saya kongsikan sebuah video di bawah ini. Selamat menonton.



maaf, video kurang jelas, sumbernya dr nset :P



bersambung di lain entri :)


Tuesday, May 24, 2011

R.E.M.A.J.A


Melalui Halaqah Sentuhan Qalbu yang bertajuk " Namaku Remaja " , saya ingin berkongsi satu kisah yang boleh kita jadikan iktibar yang terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w mengenai remaja.

Tsa’labah merupakan seorang remaja berumur 17 tahun, beliau memeluk Islam di zaman Rasulullah, Tsalabah, nabi telah memerintahkan Tsa’balah untuk mencari barang, Tsa’labah kemudiannya memulakan perjalanannya. Beliau melalui sebuah rumah, kebetulan pintu rumah itu terbuka, dan tirai yang menutupi bilik air terbuka ditiup angin, tiba2 Tsa’labah ternampak seorang wanita sedang mandi, lalu beliau berkata a’auzubillah,terkejut..beliau lari tanpa teringat langsung barang yang diperintahkan oleh Rasulullah..beliau takut jika Jibril menyampaikan berita beliau ternampak wanita yang sedang mandi itu kepada pengetahuan Rasulullah s.a.w. Dia lari bertempiaran sehingga sampai ke sebuah gua. Dia menangis kerana terlalu takut. Dia menetap di situ beberapa hari sehingga sahabat Rasulullah menemui beliau di gua tersebut.

Dengan wajah yang lesu dan cemas, Tsa’labah mengajukan persoalan kepada sahabat rasulullah adakah wahyu telah diturunkan mengenai ku. Tanpa menjawab, sahabat Rasulullah membawanya menemui Rasulullah. Tsa’labah begitu takut untuk menemui Rasulullah sedangkan perbuatan itu tidak ia lakukan dengan sengaja. Dia sanggup tidak makan dan minum beberapa hari semata-mata kerana perbuatan yang tidak disengajakannya. Subhanallah. Masih ada lagikah remaja seperti itu pada hari ini? Seusai bertemu Rasulullah, baginda meletakkan kepala baginda di atas ribanya tetapi Tsa’labah menolaknya kerana beliau menganggap dirinya kotor dan jijik bagi Rasulullah. Tsa’labah berasa menyesal seumur hidupnya dan akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir. Pada hari kematiannya, Rasulullah hadir ke tempat pengebumiannya. Pada masa itu, para sahabat terlalu ramai. Apabila Rasulullah tiba, para sahabat membuka laluan bagi Rasulullah. Rasulullah berjalan seakan2 laluan yang diberi oleh sahabat masih sempit. Para sahabat merasa pelik lalu bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, kenapa engkau berjalan sebegitu Ya Rasulullah? Rasulullah bersabda : “ Terlalu ramai malaikat di kawasan tersebut, mengerumuni jenazah Tsa’labah”. Subhanallah.

Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar dari kisah tersebut. Amin 3x Ya Rabbal 'alamin.


Monday, May 23, 2011

Motivasi Diri


Saya ada satu cerita untuk dikongsikan bersama. :) Pagi tadi, sedang asyik melakukan kerja2 rumah yang belum langsai, saya terdengar satu cerita yang boleh kita jadikan motivasi dalam kehidupan ini. Insya Allah .

Ada tiga contoh yang kita boleh ibaratkan kepada manusia. Manusia boleh dibahagikan kepada 3 jenis :

Contoh 1:
sebiji telur direbus di dalam air panas



telur



Contoh 2:
sebatang lobak merah juga direbus di dalam air panas

lobak merah



Contoh 3:
sebiji kopi diletakkan di dalam air panas

biji kopi



Saya akan terangkan apa yang saya faham daripada contoh2 di atas.

Bagi contoh 1, air panas diibaratkan kepada musibah yang melanda diri manusia. Apabila telur direbus di dalam air panas, telur tersebut akan menjadi keras. Diumpamakan kepada manusia, mereka tidak mampu untuk berhadapan dengan musibah yang melanda mereka.

Bagi contoh 2, lobak merah apabila ia direbus akan menjadi lembut seterusnya hancur. Diumpamakan kepada manusia, yang mana mereka akan tenggelam dalam musibah yang menimpa diri mereka.

Bagi contoh 3, sebiji kopi apabila dimasukkan ke dalam air panas, ia akan menjadi air minuman yang digemari oleh kebanyakan manusia di seluruh dunia. Alangkah indahnya menjadi biji kopi. :P . Biji kopi melambangkan manusia yang mampu berhadapan dengan situasi yang menimpa diri mereka.

Kesimpulannya, kita hendaklah menjadi seperti biji kopi. Seperti sifatnya yang disegani oleh manusia yang lain. Insya Allah.


Sunday, May 22, 2011

Terhenti Di Sini


Cukuplah sekadar di sini sahaja. Mudah-mudahan inilah jalan yang terbaik buat kami. Saya terbaca kata-kata ini di laman seorang sahabat :

" Jangan mendahului-Nya dengan menetapkan seseorang itu adalah jodohmu. Sebelum ijab kabul, dia bukan siapa2 bagimu dan belum halal untukmu. Andai dialah jodohmu yg tertulis di Luh Mahfuzh, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatimu dan hatinya, itu Janji Allah. Akan tetapi, selagi kalian tidak diikat oleh ikatan yg halal, selama itu jangan bazirkan perasaanmu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan."

Tiada sesiapa pun mengetahui apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Contoh terdekat dalam kehidupan saya, bercinta dengan orang lain, akhirnya bernikah dengan orang lain. Ia benar2 berlaku. Mudah-mudahan ia menjadi iktibar buat semua. Sekadar mencoret rasa di hati...

Alasannya.. semuanya ketentuan Allah swt. Saya redha. Terlalu samar untuk saya meramalkan apa yang bakal terjadi suatu masa nanti. Kelam...



belum ada


Tiada green light dari mana2 pihak untuk hubungan ini. Sekadar satu persetujuan tanpa satu keputusan yang pasti. Namun, kita hendaklah merancang, selebihnya biarlah Allah swt sahaja yang menentukan.

Doa dari seorang sahabat yang jauh di perantauan:

" pkara baik x elok lewat2kn.. hehe :D
moga yg trbaik utkmu sahabat :) "


Syukran atas doanya. Bismillahi tawakkal tu 'alallah


Monday, May 16, 2011

Hari Guru


Tersentuh hiba hati saya pabila melihat sisipan khas sempena hari guru tengah hari tadi. Terlalu besar pengorbanan guru2 yang dihantar mengajar ke sekolah2 pedalaman terutamanya di Gua Musang, Kelantan. Sisipan khas tersebut memaparkan perjalanan guru2 di SK Seri Permai, Gua Musang Kelantan menjalani sesi persekolahan yang amat getir. Kawasan tersebut merupakan kawasan penempatan orang asli. Kegigihan mereka ke sekolah melalui lumpur2 yang mana hanya itulah satu2 nya laluan utama masuk ke kawasan sekolah mereka benar2 mengusik sanubari saya. Motosikal2 yang mereka bawa terkadang tidak mampu untuk bergerak dek kerana jalan yang terlalu becak. Terkadang mereka mengalami kecelakaan di sebabkan itu. Sayu hati ini melihatnya apatah lagi bagi guru2 yang melaluinya sendiri. Terkadang pabila musim tengkujuh melanda, mereka terpaksa mengusung motosikal2 dengan buluh. Allahuakbar. Terlalu besar pengorbananmu wahai guru! Hati saya terus terusik pabila mendengar luahan seorang guru wanita yang mengajar di sekolah tersebut. Beliau hanya mengetahui berita kematian ayahnya apabila salah seorang Pegawai PPD hadir ke sekolahnya untuk meeting gara2 pada hari kejadian, hubungan telekomunikasi terputus.



selamat hari guru


Pengorbanan seorang guru terlalu besar buat anak didiknya. Subhanallah. Jikalau dahulu, saya masih samar2 tentang peranan seorang guru, namun sekarang saya terlalu kagum dengan keperibadian mereka. Tugas mereka amat mencabar. Mendidik dari kecil sehingga dewasa. Dari seorang anak kecil yang tidak mengerti apa2 sehinggalah menjadi seorang insan yang berjaya. Ibu bapa merupakan guru pertama bagi anak2 mereka. Begitu juga buat diri saya. Terima kasih saya ucapkan kepada abah dan ma serta guru2 yang pernah mengajar serta mendidik saya dari dahulu sehingga sekarang. Dari tadika KEMAS, SK Keluang, SMKA Nurul Ittifaq, UM Nilam Puri serta UM Kuala Lumpur. Syukran Jazilan 'ala kulli amr. Saya juga ingin menjadi seorang guru yang baik jika diizinkanNya walaupun tidak pernah terlintas di minda saya untuk melangkah ke alam profesion perguruan ini. Adakah saya mampu menjadi seorang guru yang baik suatu hari nanti??


Cabaran guru hari ini tidak hanya mengajar dan mendidik para pelajarnya sahaja, tetapi mereka juga turut dibebani dengan tugas2 pentadbiran sekolah. Laksanakanlah dengan sebaik2nya agar guru mampu menjadi role model terbaik buat anak2 didik mereka. Cuma sedikit pandangan saya mengenai corak persekolahan pada hari ini. Mungkin kurang bersetuju dengan langkah2 yang digunakan segelintir pihak sekolah yang seakan terlalu menekan para pelajar mereka. Sebagai contoh, saya utarakan di sini, murid2 ke sekolah seawal jam 6 atau 7 pagi, mereka menjalani P&P sehingga jam 1 tengah hari. Seterusnya, kelas tambahan bermula seawal jam 2 petang dan berakhir jam 4.30 petang. Ditambah lagi, kelas yang diadakan pada waktu malan pada jam 8 malam. Di mana waktu rehat murid2? Bukan itu sahaja, tugasan atau kerja rumah yang terlalu banyak juga diberikan sehinggakan murid2 menghadapi tekanan perasaan atau stress yang melampau sehingga mereka tidak mampu merasai masa kanak2 mereka. Adakah wajar begitu??


Tidak salah untuk guru2 berusaha untuk memberikan kecemerlangan kepada murid2 mereka. Namun, pada pandangan saya, kebanyakan guru2 pada hari ini diberi tekanan oleh pihak atasan untuk mengekalkan prestasi kecemerlangan sekolah mereka sehingga mengabaikan kefahaman pelajar2 terhadap isi pembelajaran yang diajar. Sayangnya, masa P&P berlalu begitu sahaja (saya tidak mengatakan majoriti, hanya segelintir sahaja demikian, dan seharusnya ia dielakkan supaya dapat melahirkan generasi yang benar2 berjaya di masa hadapan) . Bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, sewajarnya guru2 pada hari ini tidak terlalu membebankan pelajar2 mereka sebaliknya mendidik mereka agar memahami isi pembelajaran yang diajar bukan hanya ingin cepat menghabiskan sukatan silibus yang disediakan. Sebagai seorang guru, jadilah lilin yang menerangi hati pelajar2nya, bukan bahang yang membakar para pelajarnya sehingga mereka kepanasan . :P


p/s: selamat hari guru kepada semua guru, dan bakal2 guru

Friday, May 13, 2011

Aktiviti Di Pagi Hari


Bila tak ada kerja, rasa nak buat kerja pulak. Di pagi hari, kerja saya adalah mengutip buah pauh. :p Banyak jugak la sampai boleh buat jus. Hihi. Jom layan gambar2 yang sempat disnap.

pauh epal





pauh ringan





dah hiris halus2


Bahan2 untuk buah jus pauh :)

- beberapa sudu gula
- segelas air
- buah pauh yg telah dihiris halus2

Caranya, kisar bahan2 di atas. Senang. Siap. :)


dah ready untuk dikisar


siap..dah blh minum :p

Teringat jus mangga yang saya minum kat Yaman dulu. Hihi. Lazat dan manis. Erm ada juga buah jambu. Tak perasan pulak ada pokok jambu kat depan rumah tu. Hehe. Dah berbuah pun. :p

jambu air

Dah jadi cam kebun buah pulak. Lagi2 kalau pohon dokong tu berbuah. :p

p/s : sape2 nak minum jus pauh,,bolehla berkunjung ke rumah. hihi

Tuesday, May 10, 2011

Yaman Dalam Kenangan


Siri 2

sambungan entri terdahulu

Menjejaki Yaman suatu masa dahulu seakan membawa saya ke zaman purba. Pelbagai perkara menarik tentang Yaman yang saya hendak kongsikan di sini walaupun hampir 5 bulan saya telah kembali ke Malaysia. Pengembaraan yang amat bermakna buat diri saya. Siapa sangka seawal usia 21 tahun, saya diizinkan Allah S.W.T untuk bermusafir jauh ke negara asing. Negara yang suatu masa dahulu pernah menjadi salah satu pusat penyebaran Islam terawal di zaman Rasulullah s.a.w. Subhanallah. Terlalu agung janjiMu kepada hambaMu ini. Alhamdulillah, saya sampai ke bumi Yaman yang penuh barakah itu dengan hati yang tenang. Namun dalam ketenangan itu, sedih yang teramat menyelubungi diri kerana itulah kali pertama saya merasakan terlalu jauh dengan keluarga tersayang.






gigih mendaki


suasana dari puncak


Yaman merupakan sebuah negara yang masih lagi mundur. Jika dilihat kepada pembangunannya, jauh bezanya dengan Malaysia. Struktur alamnya berbatu-batu, bergunung -ganang serta berdebu. Apabila saya menyingkap sejarah silam Islam suatu ketika dahulu, saya hampir dapat menggambarkan kehidupan masyarakat Islam yang hidup sebahagiannya secara nomad iaitu berpindah randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain dengan buminya yang bergunung-ganang. Allahuakbar. Gigihnya umat terdahulu meneruskan kehidupan mereka. Yaman menyedarkan saya tentang kemewahan yang pernah saya rasai selama ini. Mengajar saya erti kesusahan dan kepayahan. Mengajar erti sebuah kehidupan sebenar yang penuh pancaroba dan dugaan.


hihi, gelap tak?


kedai coklat dan kacang2




Babul Yaman ( pasar termurah di dunia)
suasana malam


suuq Ali Mohsin




Saya sempat beberapa kali menjejakkan kaki ke pasar mereka. Membeli barang2 keperluan. Di tempat itu, saya ditemukan dengan pelbagai ragam manusia. Kebanyakannya terlalu ramah sehinggakan timbul keraguan di hati saya. Bimbang kerana tidak terlalu mengenali mereka tetapi mereka terlalu ramah. Lebih2 lagi saya berada di bumi asing. Bahasa Arab pun tidakla terlalu fasih. Kadang2 ada juga perkataan mereka yang tidak difahami. =) Namun, ustaz Hamzah, pengiring kami memberitahu bahawa itulah budaya masyarakat Arab. Terlalu menghargai tetamu. Oh, baru saya mengerti. Saya juga ditemukan dengan peminta2 sedekah. Rata2 nya adalah dari kalangan kanak-kanak. Kecik lagi. Bila ditanyakan kepada mereka, umur berapa? Dia cakap umur 6,7 tahun. (camtu la, ingat2lupa dah saya =) ). Erm nak dikatakan budaya ?? Tidak sama sekali sebab kat Malaysia pun ada jugak camtu kan. Cuma hati ini gusar jika kanak2 itu di bawah sindiket2 tertentu. Kasihan mereka kan.


yang pasti, adik ni bukan peminta sedekah,
tapi dia jual batu2 permata dan perhiasan kat puncak bukit,
panas terik masa tu, gigih sungguh dia,
tercuit hati kami dengan keletahnya =)



sedang menanti sa'iq


Di pusat pengajian pula, awal pagi lagi saya dan rakan2 telah bersiap. Pakai baju tebal2 dan pakai sarung tangan lagi (lupa dah dalam bahasa arab apa,hihi). Sebabnya sejuk yang teramat2 sehingga ke tulang. Menggigil2 . Kenangan itu takkan saya lupakan. Pengalaman yang sekali seumur hidup diperolehi. Terima kasih Tuhan kerana memberikan kesempatan itu buat saya. Alhamdulillah. Proses pembelajaran di sana berjalan lancar. Semuanya belajar asas2 Bahasa Arab sahaja. Tapi tak dapat yang terbaik pun. Agak memalukan jugak la buat diri sendiri. Huhu. Semuanya mengajar diri agar lebih bersedia menghadapi sesuatu perkara. Hihi.


Jami'ah Sana'aa


imtihan di bumi Yaman


Sedikit perkongsian mengenai makanan2 arab yang pernah saya makan di sana. Tengok gambar ya =)

ruzz


makaronna (ni bukan makanan Arab)


saltah


salad


yg hujung ni roti atau murabba'


roti coklat yang keras, hihi

Di Yaman, saya menghadapi masalah perhubungan. Sukar untuk berkomunikasi dengan keluarga Malaysia. Gara-gara malas untuk membeli kad pra bayar. Harganya tidak mahal tetapi simpan duit tu untuk keperluan lain2 lagi. Tak silap saya, 3,4 kali je saya beli kad tu. Hihi. Kad yang kat bawah ni la.


yang ni pulak kad topup, 800 riyal = rm12 kot :)


Gambar kat bawah ni terowong. Terowong bawah tanah. Saya sempat melaluinya bersama rakan2 untuk menyeberangi jalan raya. Kalau lihat kepada kesibukan jalan raya tu, memang takut la. Menyeramkan. Rata2 pemandunya memandu laju2. Melebihi had tak? Entahla. =) Yang pasti, laju2.


terowong bawah tanah


Terowong ini digunakan untuk menyeberangi jalan raya. Kat Yaman ni, kebanyakannya macam ini la. Kat sana tiada jejantas. Jadi mereka bina terowong kat bawah jalan raya. Selamat. Kalau hendak melintas jalan tu, seakan berhadapan dengan risiko yang besar kerana pemandu2 nya kurang berhemah. Tapi tak ada pulak berlakunya accident cam kat Malaysia.

Satu lagi, saya juga sempat ke Hadiqah Haiwan dengan kata nama lainnya Zoo la. Hihi. Jom tengok gambar2 nya.


sedang rehat2 lagi




kambing gurun





monyet2 yang kurus kering


burung


helang ke nih??


Akhir sekali, budaya orang Yaman yang saya kagumi adalah kaum wanita mereka kebanyakannya berniqob. Subhanallah. Rata-rata yang saya temui begitu.


hiasan


Saya rindu suasana Yaman. Bersambung di lain entri pula ya...


p/s : selamat hari lahir kepada akhi... semoga sentiasa dilindungi Allah SWT selalu ;)


Monday, May 9, 2011

Mood Hilang


Alhamdulillah, selesai sudah paper untuk semester ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Amin. Bismillahi tawakal tu 'ala Allah.


subjek sem ini


Saya kehilangan mood untuk menulis. Sebelum masuk ke Bangunan Peperiksaan, pelbagai perkara berlegar di fikiran saya. Tiba masa untuk menulis, semuanya pergi. Hilang entah ke mana.

Insya Allah esok saya akan menulis. Mudah-mudahan.

Thursday, May 5, 2011

Monolog

Saya ingin mencari keredhaanNya,
Namun saya tidak ingin melukai hati insan di sekeliling saya
Andai inilah petunjuk dariNya
Saya redha
Andai saya tidak akan melaluinya suatu masa nanti
Pasrahkanlah hati ini menghadapinya