Tersentuh hiba hati saya pabila melihat sisipan khas sempena hari guru tengah hari tadi. Terlalu besar pengorbanan guru2 yang dihantar mengajar ke sekolah2 pedalaman terutamanya di Gua Musang, Kelantan. Sisipan khas tersebut memaparkan perjalanan guru2 di SK Seri Permai, Gua Musang Kelantan menjalani sesi persekolahan yang amat getir. Kawasan tersebut merupakan kawasan penempatan orang asli. Kegigihan mereka ke sekolah melalui lumpur2 yang mana hanya itulah satu2 nya laluan utama masuk ke kawasan sekolah mereka benar2 mengusik sanubari saya. Motosikal2 yang mereka bawa terkadang tidak mampu untuk bergerak dek kerana jalan yang terlalu becak. Terkadang mereka mengalami kecelakaan di sebabkan itu. Sayu hati ini melihatnya apatah lagi bagi guru2 yang melaluinya sendiri. Terkadang pabila musim tengkujuh melanda, mereka terpaksa mengusung motosikal2 dengan buluh. Allahuakbar. Terlalu besar pengorbananmu wahai guru! Hati saya terus terusik pabila mendengar luahan seorang guru wanita yang mengajar di sekolah tersebut. Beliau hanya mengetahui berita kematian ayahnya apabila salah seorang Pegawai PPD hadir ke sekolahnya untuk meeting gara2 pada hari kejadian, hubungan telekomunikasi terputus.
selamat hari guru
Pengorbanan seorang guru terlalu besar buat anak didiknya. Subhanallah. Jikalau dahulu, saya masih samar2 tentang peranan seorang guru, namun sekarang saya terlalu kagum dengan keperibadian mereka. Tugas mereka amat mencabar. Mendidik dari kecil sehingga dewasa. Dari seorang anak kecil yang tidak mengerti apa2 sehinggalah menjadi seorang insan yang berjaya. Ibu bapa merupakan guru pertama bagi anak2 mereka. Begitu juga buat diri saya. Terima kasih saya ucapkan kepada abah dan ma serta guru2 yang pernah mengajar serta mendidik saya dari dahulu sehingga sekarang. Dari tadika KEMAS, SK Keluang, SMKA Nurul Ittifaq, UM Nilam Puri serta UM Kuala Lumpur. Syukran Jazilan 'ala kulli amr. Saya juga ingin menjadi seorang guru yang baik jika diizinkanNya walaupun tidak pernah terlintas di minda saya untuk melangkah ke alam profesion perguruan ini. Adakah saya mampu menjadi seorang guru yang baik suatu hari nanti??
Cabaran guru hari ini tidak hanya mengajar dan mendidik para pelajarnya sahaja, tetapi mereka juga turut dibebani dengan tugas2 pentadbiran sekolah. Laksanakanlah dengan sebaik2nya agar guru mampu menjadi role model terbaik buat anak2 didik mereka. Cuma sedikit pandangan saya mengenai corak persekolahan pada hari ini. Mungkin kurang bersetuju dengan langkah2 yang digunakan segelintir pihak sekolah yang seakan terlalu menekan para pelajar mereka. Sebagai contoh, saya utarakan di sini, murid2 ke sekolah seawal jam 6 atau 7 pagi, mereka menjalani P&P sehingga jam 1 tengah hari. Seterusnya, kelas tambahan bermula seawal jam 2 petang dan berakhir jam 4.30 petang. Ditambah lagi, kelas yang diadakan pada waktu malan pada jam 8 malam. Di mana waktu rehat murid2? Bukan itu sahaja, tugasan atau kerja rumah yang terlalu banyak juga diberikan sehinggakan murid2 menghadapi tekanan perasaan atau stress yang melampau sehingga mereka tidak mampu merasai masa kanak2 mereka. Adakah wajar begitu??
Tidak salah untuk guru2 berusaha untuk memberikan kecemerlangan kepada murid2 mereka. Namun, pada pandangan saya, kebanyakan guru2 pada hari ini diberi tekanan oleh pihak atasan untuk mengekalkan prestasi kecemerlangan sekolah mereka sehingga mengabaikan kefahaman pelajar2 terhadap isi pembelajaran yang diajar. Sayangnya, masa P&P berlalu begitu sahaja (saya tidak mengatakan majoriti, hanya segelintir sahaja demikian, dan seharusnya ia dielakkan supaya dapat melahirkan generasi yang benar2 berjaya di masa hadapan) . Bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, sewajarnya guru2 pada hari ini tidak terlalu membebankan pelajar2 mereka sebaliknya mendidik mereka agar memahami isi pembelajaran yang diajar bukan hanya ingin cepat menghabiskan sukatan silibus yang disediakan. Sebagai seorang guru, jadilah lilin yang menerangi hati pelajar2nya, bukan bahang yang membakar para pelajarnya sehingga mereka kepanasan . :P
p/s: selamat hari guru kepada semua guru, dan bakal2 guru
No comments:
Post a Comment