Melalui Halaqah Sentuhan Qalbu yang bertajuk " Namaku Remaja " , saya ingin berkongsi satu kisah yang boleh kita jadikan iktibar yang terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w mengenai remaja.
Tsa’labah merupakan seorang remaja berumur 17 tahun, beliau memeluk Islam di zaman Rasulullah, Tsalabah, nabi telah memerintahkan Tsa’balah untuk mencari barang, Tsa’labah kemudiannya memulakan perjalanannya. Beliau melalui sebuah rumah, kebetulan pintu rumah itu terbuka, dan tirai yang menutupi bilik air terbuka ditiup angin, tiba2 Tsa’labah ternampak seorang wanita sedang mandi, lalu beliau berkata a’auzubillah,terkejut..beliau lari tanpa teringat langsung barang yang diperintahkan oleh Rasulullah..beliau takut jika Jibril menyampaikan berita beliau ternampak wanita yang sedang mandi itu kepada pengetahuan Rasulullah s.a.w. Dia lari bertempiaran sehingga sampai ke sebuah gua. Dia menangis kerana terlalu takut. Dia menetap di situ beberapa hari sehingga sahabat Rasulullah menemui beliau di gua tersebut.
Dengan wajah yang lesu dan cemas, Tsa’labah mengajukan persoalan kepada sahabat rasulullah adakah wahyu telah diturunkan mengenai ku. Tanpa menjawab, sahabat Rasulullah membawanya menemui Rasulullah. Tsa’labah begitu takut untuk menemui Rasulullah sedangkan perbuatan itu tidak ia lakukan dengan sengaja. Dia sanggup tidak makan dan minum beberapa hari semata-mata kerana perbuatan yang tidak disengajakannya. Subhanallah. Masih ada lagikah remaja seperti itu pada hari ini? Seusai bertemu Rasulullah, baginda meletakkan kepala baginda di atas ribanya tetapi Tsa’labah menolaknya kerana beliau menganggap dirinya kotor dan jijik bagi Rasulullah. Tsa’labah berasa menyesal seumur hidupnya dan akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir. Pada hari kematiannya, Rasulullah hadir ke tempat pengebumiannya. Pada masa itu, para sahabat terlalu ramai. Apabila Rasulullah tiba, para sahabat membuka laluan bagi Rasulullah. Rasulullah berjalan seakan2 laluan yang diberi oleh sahabat masih sempit. Para sahabat merasa pelik lalu bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, kenapa engkau berjalan sebegitu Ya Rasulullah? Rasulullah bersabda : “ Terlalu ramai malaikat di kawasan tersebut, mengerumuni jenazah Tsa’labah”. Subhanallah.
Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar dari kisah tersebut. Amin 3x Ya Rabbal 'alamin.
No comments:
Post a Comment