Tuesday, April 12, 2011

Sarapan Pagi



Jika semua perkara yang kita mahukan tiada cabaran untuk mendapatkannya, kehidupan tidak ada ertinya lagi bagi kita. Betul tak? Kehidupan itu sesuatu yang mencabar. Hihi. Sebenarnya apa yang saya nak tulis kat bawah nanti tak ada kaitan pun dengan ayat-ayat kat atas tu. :p

Erm hari ini saya terbaca satu artikel mengenai kepentingan sarapan pagi. Hmm memang tepatla sebab saya tak sempat bersarapan hari ini. Makan tengahari pun belum. Di saat artikel ini ditulis, perut tengah menyanyi. Huhuhu.

  1. Definisi Sarapan Pagi
  2. Sarapan pagi adalah makanan yang pertama yang diambil pada pagi hari. Contoh sarapan pagi yang biasa di Malaysia ialah nasi lemak, nasi atau mee atau mihun goreng, roti canai atau bijirin. Sarapan pagi mesti dipelbagaikan setiap hari untuk mengelakkan rasa jemu. Sarapan pagi biasanya diambil sebelum sesuatu kerja dimulakan ataupun sebelum ke sekolah pada awal pagi.


  3. Kebaikan Sarapan Pagi
  4. • Mengalas perut pada pagi hari.
    • Membekalkan tenaga yang diperlukan untuk melakukan sesuatu aktiviti pada waktu pagi seperti belajar serta sebelum makanan yang seterusnya diambil.
    • Membekalkan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh.


  5. Keburukan Tidak Mengambil Sarapan Pagi

  6. • Kurang tenaga untuk melakukan sebarang aktiviti pada pagi hari.
    • Mengurangkan kecergasan di dalam kuliah pada waktu pagi.
    • Sukar menerima pengajaran oleh guru/pensyarah di dalam kelas.
    • Mudah letih dan mengantuk.


    cadangan sarapan pagi


    nasi lemak

No comments:

Post a Comment