Friday, April 1, 2011

Larian BH


Tidak belajar untuk push diri agar mendapatkan lebih daripada apa yang diri ini mampu. Lemahnya diri ini. Huhu. Penganjur utama Larian Amal pada hari ini adalah Berita Harian sempena Karnival Taha di Universiti Malaya. Fuh,,penat berlari keliling UM. Lastly saya hanya mampu keliling separuh sahaja daripada kawasan yang sepatutnya. Teruk kan. Kaki terasa berat untuk melangkah. Menandakan diri ini terlalu letih dan tidak mampu untuk meneruskan larian lagi. Padahal tak berlari sangat pun. :)

Al Maklumla, saya bukan jenis yang suka berjogging. Turun riadah jauh sekali. Belajar dan hanya tahu belajar. Sempit kan dunia saya?? Erm diri perlu berubah tapi perlu ada permulaannya. Kat mana saya nak mula ni ek?

Bermula hari ini 2hb April-5hb April, bertempat di Kompleks Perdana Siswa (KPS) akan diadakan Pameran Coklat (entah betul tak nama program tu,,hihi,,ingat-ingat lupa dah :)) dan juga Seminar Halal. Semuanya di bawah pihak Tabung Haji. Saya dah daftar menjadi ahli Kelab Taha beberapa hari yang lalu. Erm banyak jugak keistimewaannya. Contohnya, masuk larian hari ini dapat baju sehelai. Berbaloi la tu ;) .

Kena push diri ini agar kerja lebih sikit. Nak siapkan essay bi yang masih tertunggak. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar. Amin.



* sedang menanti hari selasa,rabu dan khamis ini,,tak sabar rasanya, cam burung kat atas tu, ada apa ek?? *
(^__^)




No comments:

Post a Comment