Sunday, April 3, 2011

Coklat



Menegur itu perlu berhikmah. Bukan hanya tahu menghentam dan lancang berbicara. Mengatakan itu salah, ini salah atau hanya itu yang betul. Teguran yang berhikmah dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada pihak yang ditegur. Insya Allah. Akan berubah ke arah yang lebih positif =) . Percaya atau tidak? Sama-sama kita praktikkan.

Erm hari ini saya menghadiri Seminar E-Halal di Dewan Perdana 1, Universiti Malaya. Kehadiran peserta amat tidak memberangsangkan. Malunya kepada penceramah. Penceramah merupakan Pengasas kepada laman web Islam terkemuka di negara ini iaitu I LUV ISLAM. Muda lagi orangnya. Kagum dengan kesungguhannya menyebarkan dakwah menerusi alam maya ini.

Setelah itu, saya dan rakan-rakan sempat singgah di booth2 coklat yang terdapat di Kompleks Perdana Siswa (KPS). Pelbagai jenis coklat yang dijual di situ. Semuanya merupakan pembuat coklat Malaysia. Senang cerita, Made of Malaysia. :)


coklat cawan


coklat yang terdapat di KPS

Untuk maklumat lanjut tentang coklat ini, sila layari blog di bawah ini. Siap boleh buat tempahan lagi :) . Senangla nanti nak buat tempahan. Khidmat penghantaran juga disediakan. Bagi saya, harganya juga berbaloi.

http://lina-chococlassic.blogspot.com/


* terlalu berkira untuk membeli sesuatu, ekoran bajet makin kurang :( huhuhu *


No comments:

Post a Comment