0954 am
Hati tenang seusai sujud kepadaNya. Alhamdulillah. Tidak sabar untuk menghadapi imtihan walaupun persediaan belum selesai sepenuhnya. :p Tidak sabar juga untuk melangkah pulang ke kampung halaman pertengahan Mei ini. Semuanya tidak sabar untuk saya lakukan. Tak sabar juga untuk melangkah ke "alam baru". Opss, mungkinkah hal itu terjadi dalam masa terdekat ini ?? Orang yang berkenaan sila jawab ya. Biasanya jawapan yang diterima dan sudah sedia terformat ialah "tunggu giliran, kalau jodoh tak ke mana". Sedikit keluhan timbul di pelusuk hati yang paling dalam. Apa pun redha dan pasrah je la :p
...kerana semua yang berlaku hanya dengan keizinan dari Nya. Wallahu'alam...
oleh:
insan yang setia menanti,
No comments:
Post a Comment