Hidup ini umpama roda. Terkadang kita berada di atas, terkadang kita berada di bawah. Kerana roda itu sifatnya sentiasa berputar. Berputar dan terus berputar. Begitulah hidup kita sebagai manusia. Ada pasang surutnya. Ada ketika hidup kita senang, lapang, namun ada ketika hidup kita sukar, sulit. Allah sentiasa menguji kita. Itulah kehidupan. Dicorakkan dengan pelbagai onak duri juga hilai tawa. Kita sebagai hambaNya mestilah berlapang dada dengan segala musibah yang menimpa diri dan sentiasa mengingatiNya bukan hanya ketika dilanda badai bahkan ketika kita dilimpahi nikmat olehNya. Bicara ini juga diungkapkan buat diri yang seakan alpa dengan nikmat yang dikurniakanNya. Astaghfirullahal'azimmm.
Cuti semester yang terlalu panjang. Alhamdulillah dapat saya manfaatkan untuk sesuatu yang berfaedah buat masa hadapan. Insya Allah :) . Kebelakangan ini saya ditemukan dengan teman2 lama. Rata2nya sedang menyambung pengajian di universiti yang pelbagai. Ada di dalam negara juga di luar negara. Cemerlang anak2 SMKANI! Bangga dengan SMKANI. Pelbagai pengalaman yang saya lalui selama saya berada di situ. Alhamdulillah SMKANI membentuk saya seperti hari ini. :) Namun beberapa berita yang sampai ke pengetahuan saya beberapa hari ini amat mendukacitakan. Entah di mana silapnya, pelajar2 hari ini tidak seperti dahulu. Bukan hanya di situ, malah di mana2 sahaja pelbagai kes / masalah salah laku juga pergaulan bebas berlaku bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Ya Allah. Terlalu parah masalah remaja pada hari ini. Sedihh.
Hmmm. Di mana silapnya?? Pentadbiran sekolah ?? Saya rasakan tidak wajar untuk menyalahkan sesiapa terutama pentadbiran sekolah kerana mereka telah bertungkus lumus menjaga kebajikan pelajar walaupun pada entri sebelum ini ada saya menyatakan tentang ini. Hanya satu puncanya. Arus globalisasi yang terlalu berkembang pesat tanpa mampu dikawal oleh sesiapa. Terlalu banyak negatif daripada positifnya jika disalah gunakan. Anak2 muda hari ini terpengaruh dengan budaya Barat dari segi pakaiannya juga pergaulannya sehingga menyebabkan berlakunya kejatuhan moral. Berpakaian seperti tidak berpakaian. (kebanyakannya) Hmmm. Bukan hanya mendapat kemurkaan Allah bahkan berhadapan dengan penghinaan manusia. Dunia akhir zaman... Na'uzubillahiminzalik.
Saya bukan ingin menuduh atau mengaibkan sesiapa. Namun realiti pada hari ini begitu. Hidup ini umpama roda. Terkadang kita menyebut keaiban orang, akan terkena tempiasnya pada diri kita sendiri. Nauzubillahiminzalik.
::: Ya Allah, peliharalah kami daripada segala bentuk kemungkaran,
jauhkanlah kami daripada segala bentuk penghinaan manusia,
juga Ya Rahman, lapangkanlah rezeki buat kami,
dan permudahkanlah urusan kami dalam mencari keredhaanMu ...
amin ya rabbal 'alamin :::
No comments:
Post a Comment