"Jika mahu merancang, perlu ada fulusnya. Bukan hanya sekadar merancang tapi entah apa2. Hmmm. Merenung jauhhh ... Perkiraan yang belum ada titik penyelesaiannya. Belajar dan terus belajar"
-keluhan-
Keluhan yang tak patut saya kongsikan. Huhu. Nauzubillahiminzalik. Cukuplah sekadar ini. Di kesempatan ini, saya bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah. Alhamdulillah. Banyak perkara yang tak dijangka berlaku kebelakangan ini. Pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. Peristiwa yang seakan menjadi suatu pengajaran buat diri saya. Ya. Pengajaran bermakna. Hmmm .
Peristiwa 1 : Saya sentiasa berfikir saya sering diuji oleh Allah. Namun ujian yang Allah timpakan kepada saudara seagama saya lebih berat daripada apa yang saya lalui. Lebih menggugat keimanan kita sebagai seorang hamba. Ujian yang terlalu berat bagi saya. Mudah2 an dia dapat laluinya dengan tabah dan sabar. Doakan kesembuhannya. Amin.
Peristiwa 2 : Sekali lagi, satu peristiwa berlaku di hadapan saya. Peristiwa seorang kenalan diuji bertimpa-timpa. Sedih hati ini tidak tertahan. Namun kenalan tersebut hanya tersenyum dan berkata "nak buat macam mana, usaha lagi la". Cekal sungguh hatinya.
Peristiwa-peristiwa yang berlaku membuatkan saya termenung. Termenung panjang. Bermonolog sendirian. " Ermm, aku terlalu lemah mendepani ujian yang Allah timpakan, padahal bagi insan lain, ujian itu hanya sekelumit daripada apa yang mereka lalui. Ya Allah... "
Pengajaran yang terlalu berharga. Benarlah kata orang, lebih ramai kenalan kita, lebih luas pergaulan kita, pelbagai ragam kita dapat temui, pelbagai pengajaran yang kita dapat kutip sebagai iktibar buat mengatasi kekhilafan diri sebagai seorang hamba di muka bumi Tuhan ini. Lebih mengajar kita nikmat bersyukur kepada setiap kurnianNya. Syukur 'ala kulli ni'mah. Allahuakbar.
::: Sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang hambaNya tanpa sebab munasabah. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadianNya! ::: Mudah-mudahan segala2 nya berjalan dengan lancar dengan kehendakNya. Allahu Amin. Juga mudah-mudahan segala yang dirancang akan termakbul dengan izinnya. Ya Allah, permudahkanlah urusan pembelajaran kami, juga urusan kami di masa akan datang nanti.
Ya Allah
Seandainya segalanya mudah ...
Seandainya segalanya lancar ...
Seandainya kami mampu ...
Seandainya kalian memahami ...
Seandainya tiada kesulitan ...
Seandainya semua memahami ...
Namun semuanya hanya tinggal seandainya
Tiada lagi perkataan jikalau, andai,
Kerana kami tidak akan mengutarakannya lagi
:::( ^___________^):::
Kekecewaan itu hadir
Kerana kami terlalu mengharapkannya
Astaghfirullahal'azim
Insan pasrah
khazinatuasrar.blogspot.com
ALLAH menguji untuk mengetahui setinggi mana iman seseorang dalam menghadapi sesuatu yang diuji..semoga kita dapat bertahan dengan ujian..
ReplyDelete