Tuesday, June 28, 2011

Allahuakbar


Perancangan Allah itu lebih baik daripada perancangan kita sebagai manusia. Walau sejauh mana pun kita merancang takkan mampu menandingi kekuasaanNya. Hmmm. Merenung lagi. Setiap ketentuanNya membuatkan saya sentiasa berfikir. Membuatkan saya sentiasa sedar akan kewujudanNya. Membuatkan saya terkadang putus asa untuk merancang. Allahuakbar :(

Hari ini mendengar keluhan seorang ibu yang juga merangkap seorang warga pendidik. Terlalu letih berhadapan dengan dunia murid2 pada hari ini. Bukan letih kerana mendidik, tapi letih kerana terpaksa mengejar murid2 yang tidak mahu masuk ke kelas. Padahal sesi pembelajaran baru sahaja bermula. 8.00 pagi, bilik darjah hampir kosong. Pabila dicari, mereka berada di atas pokok di belakang sekolah. Siapa yang patut dipersalahkan ??? :p

Belum mengajar, perasaan bimbang itu ada. Adakah pada masa saya nanti juga kelakuan murid2 begitu juga? Hmmm.

Cabaran sebagai guru pada hari ini terlalu hebat. Hebat. Justeru seorang guru perlu kreatif dalam menangani segala masalah yang melibatkan kelakuan pelajar / murid2.

Bercerita mengenai hari2 yang saya lewati beberapa hari ini, alhamdulillah, telah melepasi beberapa tahap tertentu. Terkadang, saya berfikir hmmm boleh tak kalau nak pandai tapi tak nak belajar?? :P

Allahuakbar. Perancangan Allah itu hebat. Masya Allah. Tak pernah terjangkau di fikiran saya akan sampai ke tahap ini. Alhamdulillah 'ala nasrihi. Sebab itulah saya katakan Perancangan Allah itu lebih baik daripada perancangan kita sebagai manusia. Walau sejauh mana pun kita merancang takkan mampu menandingi kekuasaanNya.



2 comments:

  1. berpeluang merasai pengalaman menjadi seorang guru,sememangnya memerlukan kesabaran yang amat tinggi..

    ReplyDelete