Bismillah ...
Akaun laman sosial saya ditutup buat sementara waktu gara2 pelbagai pertanyaan dan khabar angin yang melanda diri. Kebanyakan soalan yang ditanya adalah bila nikah? eh nikah senyap2 ea. Hmm tuan empunya diri pening bila memikirkannya. Aduhai Ya Allah... Entah dari mana khabar angin itu bermula. Saya pun kurang pasti. Pelik. Soalan yang tidak patut ditanya. Sampai ke sekolah lama saya, khabar angin itu tersebar. Ustazah pun soal adik saya macam2 sampai dikatakan laman sosial milik saya mendatangkan fitnah / kekeliruan mengenai status diri saya. Hmmmm :(
Ada juga teman yang mengirimkan sms kepada saya dengan kata2 doa semoga menjadi isteri solehah, nikah tak bagitahu pun. Emm, bila saya nikah ek??? Buntu bila memikirkannya. Astaghfirullahal'azim. Hanya padaMu tempat aku berlindung dari segala fitnah dunia. Aminnn. Harapan saya agar khabar angin ini tidak mengganggu kesejahteraan dan ketenteraman insan lain terutama ummi sekeluarga.
::: Kuatkanlah kami Ya Allah
kerana perjalanan kami terlalu jauh lagi :::
p/s : Allahurabbi,,,hanya padaMu aku memohon segala kebaikan dan memohon dijauhkan daripada segala kejahatan ...
sabar..Allah tidak menguji sesuatu melainkan hambanya itu dapat tempuhi dengan baik.(berpegang dengan kata-kata itu)if u dont care, share with me..
ReplyDeleteinsya Allah,,syukran :)
ReplyDelete