Saturday, March 24, 2012

Hujung Minggu Yang Padat


Pada awal paginya, saya bersiap untuk menghadirkan diri ke taklimat Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di fakulti. Ya, satu kewajipan yang saya rasakan untuk menghadirinya. Kerana apa? Kerana saya sedar saya punya tanggungjawab untuk hadir! Kerana saya tahu berkemungkinan besar saya akan memperoleh banyak manfaat darinya. Alhamdulillah, Dia mempermudahkan urusan saya dan teman2. Alhamdulillah, banyak input dan info2 yang berguna yang kami peroleh sepanjang sesi berlangsung.

Taklimat pada pagi tadi dibahagikan kepada dua slot. Slot yang pertama berkisar mengenai Bahagian Pendidikan Islam yang disampaikan oleh Puan Hajjah Norhayati L Isa. Beliau menerangkan tentang kedudukan sekolah2 di bawah penguasaannya. Dan juga mengenai kekosongan guru J-Qaf yang diperlukan sekarang ini mencecah 11000 ribu orang. Sedangkan lepasan guru Pendidikan Islam sebelum ini (senior kami) masih belum ditempatkan.

Persoalan yang ditimbulkan di kalangan kami semasa sesi soal jawab berlangsung ialah:

"Mengapa mahasiswa/wi yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam tidak diserap masuk untuk mengisi kekosongan guru yang diperlukan oleh bahagian J-Qaf ??"

Jawapan : Lantikan untuk guru J-Qaf diadakan setelah guru tersebut menamatkan tempoh 18 bulan pengajian di IPG. Alasan mereka tidak menyerap masuk golongan lepasan ISMPI ini ialah mahasiswa/wi tersebut akan mengulang pengajian yang sama untuk tempoh 18 bulan sebelum lantikan tetap sebagai guru. Jadi, rugila bagi kami.

Logik jugak =) Terjawab sudah persoalan saya sebelum ini mengenai perkara tersebut. Puas hati walaupun banyak perkhabaran dukacita yang kami peroleh hari ini. Penempatan guru bagi tahun lepas (iaitu pelajar2 yang telah ditemuduga baru2 ini) akan dilakukan secara dua peringkat. Peringkat pertama akan dilakukan dalam tempoh sebulan atau dua bulan dari sekarang yang mana hanya sebahagian pelajar sahaja dipilih untuk lantikan. Bermakna tidak semua pelajar yang telah ditemuduga akan ditawarkan lantikan tetap sebagai guru. Dukacita. =(

Alasan mereka, tiada kekosongan sedangkan selepas itu dinyatakan banyak kekosongan guru yang dilaporkan di beberapa sekolah (yang tidak dinyatakan). Jelas kelihatan ketidak selarasan yang berlaku antara pihak2 yang terlibat. Hal yang saya nyatakan adalah berdasarkan kepada kefahaman saya. Slot yang kedua pula berkenaan dengan penempatan guru. Slot ini disampaikan oleh Encik Saiful dari Bahagian Sekolah Menengah Harian. Beliau juga kurang jelas dengan mahasiswa/wi keluaran universiti ini (merujuk kepada lajnah pendidikan di fakulti saya). Baru tadi, mendapat sedikit info dari kami.

Wujud persoalan di benak saya, sejauh manakah bahagian KPM memantau dan menjalin hubungan dengan kos pendidikan yang ditawarkan oleh IPTA di Malaysia? Saya kurang mengerti. Beliau mengatakan, pihak KPM tidak ada hak untuk menghalang pihak IPTA & IPTS menawarkan kos pendidikan dan melaksanakan pengambilan pelajar untuk kos tersebut walaupun pada masa yang sama berlakunya lambakan guru di pasaran. Bagaimanakah hal ini terjadi ??. Begitu juga mengenai umur persaraan penjawat awam yang saban tahun semakin dinaikkan hingga sekarang mencecah umur 60 tahun. Bagaimanakah dengan nasib anak muda? Hemat saya, perlu adanya timbal balik dalam hal ini. Jika umur penjawat awam dinaikkan, bagaimana dengan nasib kami sebagai bakal guru? Mungkin ia hanya sesuai untuk jawatan tertentu sahaja. Kerana guru hanya akan dilantik untuk mengisi kekosongan yang berlaku disebabkan kematian atau persaraan guru sebelumnya. Mungkin dahulunya nasib guru cerah untuk mendapat pekerjaan, namun sekarang saya masih kelam dengan nasib kami di masa hadapan. Rezeki ada di mana-mana. Mungkin kami perlu lebih berinovasi untuk melebarkan sayap ke dalam bahagian2 yang lain pula. Semuanya berkemungkinan. =(

Sekadar pandangan dari seorang bakal pendidik yang masa hadapannya semakin hari semakin sulit di sebabkan dasar sesetengah pihak yang tidak menentu dan melaksanakan pembaharuan tanpa ada timbal balik kepada pihak yang lain.


No comments:

Post a Comment