Alhamdulillah, berlalu sudah minggu yang ditunggu-tunggu selama ini. Akhirnya dia telah dirisik. Bahagianya dia =) . Satu permulaan yang baik. Mudah-mudahan segala perancangannya berjalan dengan lancar dengan izinMu Ya Allah.
Dia..sebaya dengan saya, cuma berusia beberapa bulan muda daripada saya. Sungguh! Jodoh pertemuan adalah ketentuanNya. Jika bertemu jodoh diusia muda, maka berbahagialah dia. Seandainya jodoh itu datang lewat, sebenarnya Dia ingin menguji kita. Walaupun bait-bait yang tertulis kelihatannya indah, namun hati saya tidak mengiyakannya. :(
Dia..saya dan dia, kami melanjutkan pelajaran di pusat asasi yang sama suatu ketika dahulu. Ditakdirkan berada di dalam satu kelas yang sama selama dua tahun pengajian. Seterusnya, ditakdirkan lagi kami menjadi teman sebilik semasa kami menyambung pengajian di peringkat sarjana muda. Jodoh kami kuat. Alhamdulillah, dia diberi peluang awal olehNya untuk menempuh alam baru yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi. Indah aturanMu Ya Tuhan.
Saya masih menanti. Namun, harapan yang dahulunya menggunung kini seakan hilang dibawa angin lalu. Kuatkanlah hamba Ya Allah.
No comments:
Post a Comment