Wednesday, February 29, 2012

Sungguh! Saya Tidak Pasti Dengannya


Belajarlah untuk sentiasa tersenyum. Terasa makin tertekan dengan kehidupan ini. Astaghfirullahal’azim 3x.

Apabila sesuatu hajat kita itu tidak diterima atau ditolak, kita akan tersinggung. Kecewa. Sedangkan pabila kita sudah tidak mengharapkannya lagi, tetapi ia ditawarkan kepada kita, hati kita sukar untuk menerimanya. Hambar. Tiada rasa. Dan keadaan itu makin sulit. Sukar. Sedangkan dahulunya kita lah yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Hmmm. Mungkin perasaan itu jugalah yang akan saya rasai pada masa hadapan. Tika saat itu. Mungkin!

Saat ini, rasa itu berbelah bagi. Sungguh saya tidak pasti dengannya. =( Bukan ingin berfikiran buruk atau negatif, tapi itulah yang saya rasa.




Thursday, February 16, 2012

Perjalanan Ini Masih Jauh


Manusia dilahirkan sentiasa akan merasa tidak puas dengan kehidupannya. Sesiapa sahaja akan merasai perasaan itu. Termasuklah diri yang kerdil ini. Ya Allah, astaghfirullahal’azim. Siapalah hamba untuk melawan takdirMu. KetetapanMu, segalanya telah diatur serapi mungkin olehMu. Saya hanya seorang hamba yang terkadang lupa diri. Terlalu banyak kurniaan yang telah saya peroleh namun seringkali saya alpa, lalai dengan kenikmatan dunia yang sementara.

Ya Allah, sujud syukur saya hanya padaMu. Kerana saya masih diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan dan kelalaian yang lalu. Segalanya disusun secara teratur kerna Dia ingin menguji sejauh mana pergantungan hamba terhadapNya. Alhamdulillah, Ya Allah. Perjalanan ini masih jauh. Terlalu banyak onak dan duri yang menanti. Semoga segalanya aman dalam lindungan Mu Ya Tuhan.

Terima kasih kerana masih setia disisi. Jasa dan pengorbanan kalian akan tetap saya hargai selamanya.

Peliharalah aku dan keluargaku di bawah naungan kasih sayangMu, Ya Rabbi.


Thursday, February 9, 2012

Semester 6



Semester baru akan bermula beberapa hari sahaja lagi, cuma berbaki dua hari saya di sini. Semoga saya dapat memulakan semester baru kali ini dengan permulaan dan khotimah yang terbaik. Insya Allah. Saya kini akan memulakan semester 6 sesi 2011/2012. Masih berbaki dua semester untuk melangkah ke alam pekerjaan. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Allahu yusahhil. Amin.



Wednesday, January 25, 2012

Saat Menanti


Sebagaimana entri2 terdahulu, saya selalu mengatakan penantian itu suatu penyeksaan. Hmm usaha untuk kali ini nampaknya tidak berjaya juga. Saya perlu menanti sehingga tempoh masa pengajian berakhir. Dua tahun (2014). Noktah. Itulah jawapannya. Akur ? Hmm semoga dipermudahkan segalanya, Insya Allah.

23 hb Januari, dua peristiwa penting berlaku. Namun, ia tidak mampu membahagiakan saya. Selamat pengantin baru buat kawan saya dan pasangannya. Semoga bahagia mengiringimu hingga ke syurga.

24 hb Januari, satu lagi perkhabaran gembira buat teman FB, yang akan menimang cahaya mata tidak lama lagi. Ramai yang akan menimang cahaya mata tahun ini. Rata-ratanya di kalangan sahabat terdekat. Satu tahun pengajian. Hmmm. Rezeki mereka murah. Alhamdulillah. Tahniah untuk mereka.

25 hb Januari, pengumuman IM Hassan mengenai pernikahannya. Bakal zaujahnya bekas mahasiswa UM. Saya mengenali bakal zaujahnya. Barakallahulakuma :)

Pendeknya, ajal maut jodoh pertemuan semuanya ditentukan oleh Dia. Dia yang Maha Merancang segalanya. Saya hanya mampu berdoa kerana Dialah yang memegang hati2 makhluknya.


Wassalam


Friday, January 20, 2012

Kuih Kegemaran Saya


Hihi, tajuk kat atas macam nak buat karangan je kan? :) Bukan saya ingin menulis sebuah karangan, tapi ingin berkongsi sedikit resepi untuk kuih kegemaran saya nih. Kalau pergi ke pekan Kuala Besut pada hari jumaat, tak sah kalau tak bawa balik kuih ni. Baru2 ni, saya ronda2 pasar malam kat Pantai Permai. Terjumpa gerai yang jual kuih ni. Pernah rasa tak? Sedapp :)

Namanya Putu Piring, bentuknya leper macam piringla. Warnanya putih .. hihi.



Saya dapat bahan ini resipi dari satu blog :
Putu Piring
untuk mendapat sekitar 15 keping

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
3/4 sudu garam
150ml air panas
1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
1/2 cawan gula melaka,diparut
5-6 helai daun pandan
kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
Daun pisang digunting 2inci persegi

Selamat mencuba :)

p/s : saya suka kuih di atas,hihihi


Thursday, January 19, 2012

Hari Terakhir


Ingin menulis,terasa lama benar tidak menulis entri yang panjang2. Hmm, ketandusan idea untuk menulis. Walhal banyak yang ingin diceritakan. Ada khabar gembira, ada gambar duka. Namun, khabar gembira itu seakan duka juga pabila ia datang tika diri dan keluarga ditimpa musibah. Ujian dariMu Ya Allah. Hamba pasrah. Mungkin bukan masanya.

Hari ini hari terakhir saya di bumi universiti untuk semester kali ini. Semester yang paling sukar dalam hidup sepanjang bergelar mahasiswi. Banyak onak dan ranjau ditempuhi untuk memperoleh sedikit ilmu yang tidak ternilai harganya. Mudah-mudahan ada natijah yang baik untuk semester kali ini.

Saya masih berbaki tiga semester. Setelah itu, saya akan melangkah ke alam dunia yang sebenar. Seringkali saya memotivasikan diri agar tidak terus rebah dengan dugaan dan rintangan yang menimpa diri. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu dan memahami keadaan dan situasi saya sepanjang bergelar teman kepada saya. Andai ada terguris hati, ampun dan maaf diminta dari kalian.

wassalam

‎::: Rezeki itu ketetapan Dia, hanya Dia yang Maha Mengetahui, kita merancang, Dia juga merancang, namun sebaik-baik perancang adalah Dia :::


Friday, January 13, 2012

Akhirnya


Akhirnya mutiara jernih itu berjuraian jua. Alhamdulillah Ya Allah, sujud syukur hanya padaMu. Alhamdulillahirrabil'alamin .. Permudahkanlah urusan seterusnya Ya Allah.

Layan Ombak Rinduuu