Manusia dilahirkan sentiasa akan merasa tidak puas dengan kehidupannya. Sesiapa sahaja akan merasai perasaan itu. Termasuklah diri yang kerdil ini. Ya Allah, astaghfirullahal’azim. Siapalah hamba untuk melawan takdirMu. KetetapanMu, segalanya telah diatur serapi mungkin olehMu. Saya hanya seorang hamba yang terkadang lupa diri. Terlalu banyak kurniaan yang telah saya peroleh namun seringkali saya alpa, lalai dengan kenikmatan dunia yang sementara.
Ya Allah, sujud syukur saya hanya padaMu. Kerana saya masih diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan dan kelalaian yang lalu. Segalanya disusun secara teratur kerna Dia ingin menguji sejauh mana pergantungan hamba terhadapNya. Alhamdulillah, Ya Allah. Perjalanan ini masih jauh. Terlalu banyak onak dan duri yang menanti. Semoga segalanya aman dalam lindungan Mu Ya Tuhan.
Terima kasih kerana masih setia disisi. Jasa dan pengorbanan kalian akan tetap saya hargai selamanya.
Peliharalah aku dan keluargaku di bawah naungan kasih sayangMu, Ya Rabbi.
No comments:
Post a Comment