Friday, July 6, 2012

Harapan

Motivasi daripada penulisan seorang sahabat :

"Bila kita 'berharap' kepada manusia, seolah-olah kita memberikan 100% hati kita untuk dikecewakan. Tetapi apabila kita beri harapan kepada Allah Taala ia seumpama kita memberikan 100% keyakinan bahawa Allah akan menghiburkan kita."

Ya, saya akui, seringkali saya kecewa apabila harapan yang menggunung tinggi terhadap manusia lain tidak kesampaian. Ya, kerana mereka yang saya harapkan adalah manusia. Manusia, sejauh mana pun mereka merancang, mereka adalah manusia. Tidak mampu untuk mengatasi perancangan Allah S.W.T. Memberi harapan kepada manusia persis seperti saya membuka peluang kepada diri sendiri untuk dilukai dan dikecewakan. :(     Allahurabbi. Sukarnya perjalanan hidup ini.

Saat ini ..
Saya sudah tidak punya rasa. Apabila sesuatu keinginan kita dihalang, seakan hilang sudah segala-galanya. Usah kalian berbicara dengan mengatakan itu dan ini kerna bukan kalian yang berada di tempat saya. Matlamat kini hanya padanya. Misi menuju satu. Insya Allah dengan izin Allah, semoga dipermudahkan.



Kerna Dia yang mengatur segalanya. Hanya Dia......


pernikahan yang diatur oleh keluarga


semoga berbahagia najwa




Beruntungnya dia. Alhamdulillah ..









Saturday, June 23, 2012

Impian

Saya pasti semua insan mempunyai impiannya yang tersendiri. Saya juga punya impian. Impian saya mungkin akan tercapai mungkin juga tidak. Berkahwin di usia muda, ketika masih di alam pengajian. Salahkah?? Hmm kebanyakan kawan2 saya menamatkan zaman bujang mereka di alam pengajian. Alhamdulillah sehingga hari ini mereka berjaya dalam pelajaran dan cemerlang dalam segala aspek. 

Reason/alasan kenapa saya ingin berkahwin awal , Persoalan ini lah yang seringkali diajukan setiap kali berbicara mengenai pernikahan di awal usia. Tiada lain yang mampu saya katakan, ia adalah satu impian. Tidak salah punya impian seperti itu kan? Membina sebuah keluarga di usia muda belia memerlukan komitmen dan pengorbanan yang besar. Dan sokongan keluarga yang jitu.

Saya punya impian itu. Jika berkahwin di usia awal, saya ada seseorang yang boleh saya mengadu segala masalah padanya. Jika berkahwin di usia awal, saya ada seseorang yang sentiasa ada di sisi menjadi peneman ke mana sahaja saya melangkah di saat ibu bapa berada di kejauhan. Jika berkahwin di usia awal, saya ada seseorang yang dapat membimbing saya ke arah jalan yang betul. Jika berkahwin di usia awal, saya ada seseorang yang akan menegur segala kesilapan saya. Jika berkahwin di usia awal, kami dapat mengatur belanjawan kami. Jika berkahwin di usia awal, kami dapat membina sebuah keluarga dengan izinNya. 

Namun, segala-galanya dalam perancangan Allah s.w.t. Nasihat seorang teman, bukan ibu bapa yang tak bagi kahwin, Allah s.w.t yang masih belum memberi keizinan. Ya, saya silap tentang itu. Hanya harapan dan doa yang mampu saya lakukan.

Masih adakah harapan untuk tahun ini??


Allahumma yassir kullu amrina ...



Thursday, June 14, 2012

Bicara itu

Berbicara mengenai pernikahan di petang hari. Hm rupanya betol agakan saya selama ini. Cincin yang dipakai di jarinya adalah cincin risik. Dia telah dirisik. Pertemuan di alam maya membawa ke alam pertunangan. Mudah sungguh urusannya. Rezeki orang. Saya tidak sempat melaluinya kerana detik itu takkan berulang untuk kali kedua. Sedih jugak bila memikirkan ...

Berjuang untuk 3 paper lagi sebelum menyambung bisnes yang tergendala. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. Amin. 22 Jun, seorang lagi sahabat saya akan melangsungkan pernikahan. Bakal zaujnya lebih muda daripadanya namun bak kata pepatah, jodoh tak mengenal usia kan? Ok!

sweet couple



Coretan Petang
Insan Kebosanan


Friday, June 8, 2012

Adakah duit adalah segala-galanya??



Sukarnya untuk menghalalkan sebuah ikatan. Terduduk saya mendengar perkhabaran itu. Adakah duit adalah segala-galanya?? Saya tidak punya jawapan untuk persoalan itu. Saya masih naïf dalam kehidupan. Kehidupan ini, hidup hanya sementara cuma. Mengapa tidak dipermudahkan urusan yang boleh dipermudahkan? Sungguh, saya tidak faham dengan realiti dunia hari ini. Duit hanyalah harta dunia. Tidak dapat dibawa bersama ke alam barzakh nanti. Kerana ketiadaan duit, segalanya sukar. Hmm.

Masih memujuk hati yang semakin sesak dengan karenah dunia. Empat tahun telah berlalu. Jangka masa yang agak panjang untuk sebuah perhubungan. Kekadang tanpa saya sedari saya seakan mempertikaikan takdir Allah yang telah ditetapkan ke atas diri ini. Astaghfirullahal'azim. Tiada upaya dan kata yang mampu dilafazkan. Saya kagum dengan ibu bapa yang berjiwa besar yang sanggup melepaskan anak2 mereka untuk berdikari kerana dunia ini tempat musafir. Rezeki ada di mana-mana. Kan ?

Saya tertekan dengan keadaan ini ... Mengapa sulit sekali untuk melepaskan kami ??? 

* Hilang segala harapan .. hanya pergantungan segalanya pada Allah


Saturday, June 2, 2012

Cuti Sekolah vs Walimatul Urus vs Study Week


Cuti sekolah yang dipenuhi dengan undangan walimatul urus. Alhamdulillah. Ramai kawan2 yang akan berumahtangga musim cuti ni. Tak kira yang masih belajar atau yang telah bekerja. Rezeki mereka. Tiba2 teringat sebuah hadith :

“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi)

Namun, hadith ini mungkin tidak mampu melembutkan hati2 insan yang kami sayang untuk setakat ini. Hmm. Sekarang manusia melihat kepada releven atau tidak sesuatu perkara itu. Mampu atau tidak untuk melaluinya? Seakan2 tidak berpegang kepada janji Allah s.w.t. No comment.

Study week juga telah bermula. Tapi anehnya, buku pun belum sempat dibelek2. Hehe. Terkesan sungguh agaknya. Ada juga sahabat dan senior2 yang mengambil kesempatan cuti study ini untuk melangsungkan pernikahan. Kerna ia bertepatan juga dengan cuti sekolah. Mudah agaknya.

Permudahkanlah urusan kami Ya Allah ...



Monday, May 28, 2012

Walimah Sahabat


Senarai walimah sahabat dalam masa yang terdekat ini .. 
(dalam pengetahuan saya) :

1. 02/06/2012 : Najwa Fudhil & pasangan dan Ayuni Smkani & pasangan
2. 23/06/2012 : Kak Alang & pasangan (SMPI)
3. 07/07/2012 : Farah & pasangan
4. 13/07/2012 : Hazliza & pasangan (SMPI)
5. 14/07/2012 : Izzuddin Husni & Ana Majmuah 8 (SMPI)
6. 20/08/2012 : Najwa & pasangan (SMPI)
7. 21/08/2012 : Khadijah & pasangan (SMPI)

Tahniah buat semua. Ada lagi yang bakal menyusul. Masih di luar pengetahuan saya. Apa2 pun, barakallahulakum. Jodoh itu dalam percaturan Allah s.w.t. Segala2nya dalam pengaturanNya. Masih berbaki setahun lagi pengajian. Semoga Allah mempermudahkan urusan pembelajaran ini. Mempermudahkan segala urusan duniawi yang akan menjadi jambatan kepada urusan ukhrawi nanti. Allahu musta'an. Tiada daya upaya saya untuk hidup tanpa pertolonganMu.

Dahulunya tergugat juga hati pabila mendengar perkhabaran tentang walimah sahabat. Namun, setelah direnung2, difikir2, diri terasa tidak mampu untuk mengharunginya tanpa sokongan keluarga. Sukar juga ya untuk mendapat restu keluarga? Hmm. Putusnya, biarla Dia sahaja yang menentukan. Tidak akan ada lagi pertanyaan untuk itu. Titik. Belajar untuk masa yang akan datang. Insya Allah, dengan izinNya saya mampu untuk meneruskan keadaan ini.





*Sarjana Muda Pendidikan Islam







Sunday, May 27, 2012

Seminar Perubatan Islam

Siri 2

Satu perkara yang menyebabkan saya menyambung entri ini walaupun dalam keadaan letih yang amat. Satu perkara yang membuatkan hati ini bimbang. Gangguan makhluk halus terhadap ahli keluarga saya. Hmm boleh percaya atau tidak?? Teringat saya pada perbincangan yang diutarakan oleh ustaz Abdul Rashid Hj Ahmad dari Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia Dar As Syifa' baru2 ini. Kesukaran tidur pada waktu malam ada kalanya mungkin boleh dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Penyakit sukar tidur. Hmm.

Perkara2 yang boleh diamalkan oleh pesakit yang sukar tidur sebagaimana yang disampaikan oleh ustaz ialah :
1. Membaca 3 kul
2. Membaca Ayat Kursi
3. Mengamalkan doa sukar tidur seperti rangkaian doa di bawah


1. "Ya Allah, Tuhan pemelihara langit yang tujuh dan apa yang dilindunginya. Tuhan pemelihara segala bumi dan apa yang terkandung didalamnya dan Tuhan pencipta syaitan dan apa yang tersesat kerananya, jadikanlah aku terpelihara dariapada kejahatan makhlukMu itu semua, sampai-sampai seseorang daripada mereka mengalahkan daku dan melakukan kezaliman. Muliakanlah pemeliharaanMu, maha bsar pujiMu, tidak ada Tuhan selain Engkau."




2. "Ya Allah, bintang-bintang telah tenggelam, segala mata merasa tenang, sedangkan Engkau tetap hidup lagi berdiri sendiri. Tiada mengantuk dan tidur menimpa Engkau. Ya Tuhan yang hidup, Ya Tuhan yang berdiri sendiri, tenangkanlah malamku dan tidurkan mataku".

Jika masalah di atas masih berterusan maka bangkitlah di waktu malam itu mengambil wuduk dan terus mengerjakan solat taubat, solat tahajud, solat tasbih dan solat hajat memohon perlindungan Allah SWT daripada gangguan, sama ada gangguan manusia, iblis dan syaitan atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, antara cara lain yang boleh dilakukan ialah ambil segelas air panas dan campurkan dengan 3 helai daun limau purut. Aroma daun limau tersebut mampu untuk membantu pesakit untuk tidur dengan izinNya. Insya Allah.

Di samping itu, ustaz juga menyebut Nabi s.a.w bersabda jikalau seseorang itu bermimpi sesuatu yang menakutkan, hendaklah dia membaca doa ini dan membuat isyarat ludah ke sebelah kiri.


أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَامَّات مِن شَرِّمَا خَلَق 


Semoga keluarga saya sentiasa dalam perlindungan Allah. Jauhkanlah hasad dengki dan pengkhianatan manusia terhadap keluarga kami. Satukanlah hati kami dalam iman kepadaMu sehingga ke akhir hayat kami Ya Allah. Amin.