Sukarnya untuk menghalalkan sebuah ikatan. Terduduk saya
mendengar perkhabaran itu. Adakah duit adalah segala-galanya?? Saya tidak punya
jawapan untuk persoalan itu. Saya masih naïf dalam kehidupan. Kehidupan ini,
hidup hanya sementara cuma. Mengapa
tidak dipermudahkan urusan yang boleh dipermudahkan? Sungguh, saya tidak faham
dengan realiti dunia hari ini. Duit hanyalah harta dunia. Tidak dapat dibawa
bersama ke alam barzakh nanti. Kerana ketiadaan duit, segalanya sukar. Hmm.
Masih memujuk hati yang semakin sesak dengan karenah dunia. Empat tahun telah berlalu. Jangka masa yang agak panjang untuk sebuah perhubungan. Kekadang tanpa saya sedari saya seakan mempertikaikan takdir Allah yang telah ditetapkan ke atas diri ini. Astaghfirullahal'azim. Tiada upaya dan kata yang mampu dilafazkan. Saya
kagum dengan ibu bapa yang berjiwa besar yang sanggup melepaskan anak2 mereka
untuk berdikari kerana dunia ini tempat musafir. Rezeki ada di mana-mana. Kan ?
Saya tertekan dengan keadaan ini ... Mengapa sulit sekali untuk melepaskan kami ???
* Hilang segala harapan .. hanya pergantungan segalanya pada Allah
No comments:
Post a Comment