Saya pasti semua insan mempunyai impiannya yang tersendiri. Saya juga punya impian. Impian saya mungkin akan tercapai mungkin juga tidak. Berkahwin di usia muda, ketika masih di alam pengajian. Salahkah?? Hmm kebanyakan kawan2 saya menamatkan zaman bujang mereka di alam pengajian. Alhamdulillah sehingga hari ini mereka berjaya dalam pelajaran dan cemerlang dalam segala aspek.
Reason/alasan kenapa saya ingin berkahwin awal , Persoalan ini lah yang seringkali diajukan setiap kali berbicara mengenai pernikahan di awal usia. Tiada lain yang mampu saya katakan, ia adalah satu impian. Tidak salah punya impian seperti itu kan? Membina sebuah keluarga di usia muda belia memerlukan komitmen dan pengorbanan yang besar. Dan sokongan keluarga yang jitu.
Saya punya impian itu. Jika berkahwin di usia awal, saya ada seseorang yang boleh saya mengadu segala masalah padanya. Jika berkahwin di usia awal, saya ada seseorang yang sentiasa ada di sisi menjadi peneman ke mana sahaja saya melangkah di saat ibu bapa berada di kejauhan. Jika berkahwin di usia awal, saya ada seseorang yang dapat membimbing saya ke arah jalan yang betul. Jika berkahwin di usia awal, saya ada seseorang yang akan menegur segala kesilapan saya. Jika berkahwin di usia awal, kami dapat mengatur belanjawan kami. Jika berkahwin di usia awal, kami dapat membina sebuah keluarga dengan izinNya.
Namun, segala-galanya dalam perancangan Allah s.w.t. Nasihat seorang teman, bukan ibu bapa yang tak bagi kahwin, Allah s.w.t yang masih belum memberi keizinan. Ya, saya silap tentang itu. Hanya harapan dan doa yang mampu saya lakukan.
Masih adakah harapan untuk tahun ini??
Allahumma yassir kullu amrina ...
No comments:
Post a Comment