Tuesday, May 1, 2012

Kesesakan Di Pagi Hari


Bersesak di dalam KTM pagi ini. Padat. Kali pertama saya menaiki KTM di pagi hari. Sesak dengan kelompok manusia yang saban hari menaiki KTM untuk ke tempat kerja. Alhamdulillah sampai juga ke rumah kedua saya dalam keadaan selamat dengan izinNya. 

Hampir 4 hari tidak ber'muka buku', hari ini diberi kesempatan untuk melayarinya. Banyak info2 yang terbaru dipaparkan oleh rakan2. Antara yang paling mengusik hati saya ialah undangan walimatul urus seorang sahabat lama. Tahniah sahabat. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Hmmm. Pandangan orang yang mendengar dan melihat situasi ini ialah 'sabarlah, bukan masanya lagi'. Ya, saya akur. Bukan hanya luaran yang sesak, tetapi dalaman juga terasa sesak tiba2. Allahu musta'an. Astaghfirullahal'azim.

Semoga hari2 yang masih berbaki dapat saya lalui dengan hati yang tenang. Juga, semoga saya dapat menyelesaikan tugasan2 dan pembentangan2 yang ada dengan lancar.

Misi seterusnya ialah kejar cita2 yang belum tertunai, lupakan perkara yang selama ini saya harap2kan kerana untuk sampai kepada apa yang kami peroleh hari ini, 3 tahun kami berusaha, hasilnya, apa yang kami dapat buat masa ini. Jadi, kesimpulannya, terimalah seadanya (pasrah). Semoga segalanya dalam perlindungan Allah SWT. Amin.



Saturday, April 21, 2012

Bukankah Segalanya Milik Allah?

Tiada apa yang ingin dikongsikan. Sekadar menulis sesuatu yang berlegar-legar di fikiran. Alhamdulillah tugasan yang menimbun di awal sem dahulu hampir 80 % telah disiapkan. Hanya berbaki sedikit sahaja lagi. Dan itu juga bermakna semester yang saya lalui untuk kali ini bakal berakhir lagi. Hanya tinggal dua semester lagi untuk saya mendapatkan segulung ijazah. Namun, itu bukanlah pengakhiran dalam proses menuntut ilmu kerana menuntut ilmu ini sentiasa berlaku di dalam hidup kita sama ada secara sedar atau tidak.

Hari ini mendapat satu perkhabaran lagi. X classmate saya suatu ketika dahulu akan melangsungkan pernikahan pada 5 Mei ini. Agak terkejut sebenarnya. Rezeki mereka. Barakallahulakuma. Hmm bersabarlah duhai hati. Hidup ini di dalam perancanganNya. Dia Maha Tahu apa yang tersembunyi di penglihatan kita. Berfikir sejenak. 


♥ Ada orang kahwin MUDA, sebab itu yang TERBAIK untuknya..


♥ Ada juga yang LEWAT nikahnya, sebab itu yang TERBAIK untuk dirinya..



♥ Bukankah segala apa yang ditetapkan Allah itu yang TERBAIK untuk hambaNya.







Dia Maha Tahu apa yang kita tidak tahu. Kerana segalanya dalam perancanganNya. Kita hanya merancang, segalanya dalam pengawasanNya. Tiada sesuatu pun yang terjadi tanpa pengetahuanNya. Bukankah segalanya milik Allah?





Friday, April 13, 2012

Kahwin ke Belajar


" Dan nikahkanlah orang2 yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang2 yang layak (menikah) dari hamba2 sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya), Maha Mengetahui "

surah an Nur : 32

Topik yang agak hangat untuk masa ini. Bagi orang tertentula. Bukan semua :p. Namun disebabkan kesibukan yang teramat (kononnya), lupakan perkara tersebut buat seketika (em mungkin juga dalam tempoh yang agak lama, setahun lebih). Kata orang tua2, tumpukan pada yang lebih utama dahulu, yang lain2 fikirkan kemudian (termenung dalam diam) .

Surah di atas saya petik ketika mana mendengar Semanis Kurma minggu lepas. Mungkin saya belum sampai ke tahap itu. (smile). Akhir kata, kita siapkan tugasan dahulu ye :).


Adam Huzaifah
cahaya sulung lelaki kak mie

Saturday, April 7, 2012

Kata Putus


Alhamdulillah untuk hari ini. Namun manusia sentiasa tidak bersyukur dengan kurniaanNya. Perasaan terkilan tetap ada. Kalau perancangan kami sememangnya untuk masa sekian , tak perlu kami meminta2 sehingga akhirnya pasrah dengan ketentuanNya. Sehingga tiada kata lagi dapat diucap. Sehingga letih untuk menghadapinya. Sehingga lesu untuk memikirkannya. Akhirnya membisu tanpa sebarang kata. Jika itulah keputusannya, saya akur. Bergembiralah kalian.

Kata putus hasil perbincangan semua. Saya terima dengan hati yang redha. Bismillahi tawakkal tu 'ala Allah. Terima kasih semua.


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


Update : Saya bersyukur kerana saya punya kesempatan untuk merasainya. Alhamdulillah setinggi2 nya ke hadratNya. Hanya padaMu segala keajaiban. Alhamdulillah ^___^. Terima kasih semua, hanya Dia pengatur terbaik perjalanan hambaNya.




Monday, April 2, 2012

Astaghfirullahal'azim



Tersentak tiba2,,hmmm.
Sebenarnya tak belajar dari kesilapan. Sebab tuh jadi macam tu. Hmm :(

Ya Allah, rabbi yassir


Wednesday, March 28, 2012

Bukan Masanya


Bukan masanya. Jadi tidak perlu terburu-buru. Jika Dia mengkehendaki, pasti akan terjadi seperti mana yang telah tersurat. Bersabarlah duhai hati. Saya hanya nampak lampu merah di hadapan. Lampu kuning tidak kelihatan langsung. Apatah lagi lampu yang berwarna hijau. Jadi, saya hanya mampu menunggu lampu merah itu bertukar kepada lampu hijau untuk maju ke hadapan. Begitu kan aturan jalan raya? Umpama kehidupan kita juga kan. Terkadang, pabila lampu merah itu dah bertukar jadi hijau, kita pula yang tak dapat meneruskan perjalanan sebab minyak habis. Faham tak kiasan saya?

Kata nak kahwin, tapi fulusnya tak ada. *senyum, tak dapat kata apa-apa* Okay. Mulai sekarang, diam daripada mengutarakan hal ini. Bab kata orang tua2, ukur baju biarlah di badan sendiri. Hmm kan?? Lagipun tiada siapa2 yang menyokong, dan permudahkan urusan ini. Di sebabkan itulah, ia semakin sulit. Berlapang dada, berfikiran positif insya Allah segalanya dalam perancanganNya. Rasa terkilan di hati itu tetap ada. Tiada daya upaya saya untuk melembutkan hati2 insan lain. Teringat saya janji Allah Taala kepada hambanya, la tai asu min rahmatillah ... Maka bersangka baiklah kepadaNya, kerana Dia akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang tidak pernah berputus asa. Sebagaimana yang saya katakan, belum masanya.

Mood memujuk diri

Masalah dalam masalah. Sukarnya untuk dirungkai Ya Allah. Bantulah kami sekeluarga menempuhinya dan menanganinya. Kerna tiada lain yang dapat membantu meringankan urusan kami melainkan pertolongan dariMu Ya Allah. Dalam hal ini juga, timbul rasa terkilan di hati. Di mana silapnya sehingga sejauh itu dia nekad? Ya Allah, peliharalah maruah ahli keluarga kami dan bukakanlah pintu hatinya untuk kembali sedar bahawa apa yang telah dia lakukan sebelum ini bukan sahaja menconteng arang ke muka keluarga, bahkan diri sendiri. Sedarlah wahai si puteri. Kami melayan dirimu selembut mungkin, beginikah kamu memperlakukan kami???

Ya Allah ...


Saturday, March 24, 2012

Hujung Minggu Yang Padat


Pada awal paginya, saya bersiap untuk menghadirkan diri ke taklimat Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di fakulti. Ya, satu kewajipan yang saya rasakan untuk menghadirinya. Kerana apa? Kerana saya sedar saya punya tanggungjawab untuk hadir! Kerana saya tahu berkemungkinan besar saya akan memperoleh banyak manfaat darinya. Alhamdulillah, Dia mempermudahkan urusan saya dan teman2. Alhamdulillah, banyak input dan info2 yang berguna yang kami peroleh sepanjang sesi berlangsung.

Taklimat pada pagi tadi dibahagikan kepada dua slot. Slot yang pertama berkisar mengenai Bahagian Pendidikan Islam yang disampaikan oleh Puan Hajjah Norhayati L Isa. Beliau menerangkan tentang kedudukan sekolah2 di bawah penguasaannya. Dan juga mengenai kekosongan guru J-Qaf yang diperlukan sekarang ini mencecah 11000 ribu orang. Sedangkan lepasan guru Pendidikan Islam sebelum ini (senior kami) masih belum ditempatkan.

Persoalan yang ditimbulkan di kalangan kami semasa sesi soal jawab berlangsung ialah:

"Mengapa mahasiswa/wi yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam tidak diserap masuk untuk mengisi kekosongan guru yang diperlukan oleh bahagian J-Qaf ??"

Jawapan : Lantikan untuk guru J-Qaf diadakan setelah guru tersebut menamatkan tempoh 18 bulan pengajian di IPG. Alasan mereka tidak menyerap masuk golongan lepasan ISMPI ini ialah mahasiswa/wi tersebut akan mengulang pengajian yang sama untuk tempoh 18 bulan sebelum lantikan tetap sebagai guru. Jadi, rugila bagi kami.

Logik jugak =) Terjawab sudah persoalan saya sebelum ini mengenai perkara tersebut. Puas hati walaupun banyak perkhabaran dukacita yang kami peroleh hari ini. Penempatan guru bagi tahun lepas (iaitu pelajar2 yang telah ditemuduga baru2 ini) akan dilakukan secara dua peringkat. Peringkat pertama akan dilakukan dalam tempoh sebulan atau dua bulan dari sekarang yang mana hanya sebahagian pelajar sahaja dipilih untuk lantikan. Bermakna tidak semua pelajar yang telah ditemuduga akan ditawarkan lantikan tetap sebagai guru. Dukacita. =(

Alasan mereka, tiada kekosongan sedangkan selepas itu dinyatakan banyak kekosongan guru yang dilaporkan di beberapa sekolah (yang tidak dinyatakan). Jelas kelihatan ketidak selarasan yang berlaku antara pihak2 yang terlibat. Hal yang saya nyatakan adalah berdasarkan kepada kefahaman saya. Slot yang kedua pula berkenaan dengan penempatan guru. Slot ini disampaikan oleh Encik Saiful dari Bahagian Sekolah Menengah Harian. Beliau juga kurang jelas dengan mahasiswa/wi keluaran universiti ini (merujuk kepada lajnah pendidikan di fakulti saya). Baru tadi, mendapat sedikit info dari kami.

Wujud persoalan di benak saya, sejauh manakah bahagian KPM memantau dan menjalin hubungan dengan kos pendidikan yang ditawarkan oleh IPTA di Malaysia? Saya kurang mengerti. Beliau mengatakan, pihak KPM tidak ada hak untuk menghalang pihak IPTA & IPTS menawarkan kos pendidikan dan melaksanakan pengambilan pelajar untuk kos tersebut walaupun pada masa yang sama berlakunya lambakan guru di pasaran. Bagaimanakah hal ini terjadi ??. Begitu juga mengenai umur persaraan penjawat awam yang saban tahun semakin dinaikkan hingga sekarang mencecah umur 60 tahun. Bagaimanakah dengan nasib anak muda? Hemat saya, perlu adanya timbal balik dalam hal ini. Jika umur penjawat awam dinaikkan, bagaimana dengan nasib kami sebagai bakal guru? Mungkin ia hanya sesuai untuk jawatan tertentu sahaja. Kerana guru hanya akan dilantik untuk mengisi kekosongan yang berlaku disebabkan kematian atau persaraan guru sebelumnya. Mungkin dahulunya nasib guru cerah untuk mendapat pekerjaan, namun sekarang saya masih kelam dengan nasib kami di masa hadapan. Rezeki ada di mana-mana. Mungkin kami perlu lebih berinovasi untuk melebarkan sayap ke dalam bahagian2 yang lain pula. Semuanya berkemungkinan. =(

Sekadar pandangan dari seorang bakal pendidik yang masa hadapannya semakin hari semakin sulit di sebabkan dasar sesetengah pihak yang tidak menentu dan melaksanakan pembaharuan tanpa ada timbal balik kepada pihak yang lain.