Tiada apa yang ingin dikongsikan. Sekadar menulis sesuatu yang berlegar-legar di fikiran. Alhamdulillah tugasan yang menimbun di awal sem dahulu hampir 80 % telah disiapkan. Hanya berbaki sedikit sahaja lagi. Dan itu juga bermakna semester yang saya lalui untuk kali ini bakal berakhir lagi. Hanya tinggal dua semester lagi untuk saya mendapatkan segulung ijazah. Namun, itu bukanlah pengakhiran dalam proses menuntut ilmu kerana menuntut ilmu ini sentiasa berlaku di dalam hidup kita sama ada secara sedar atau tidak.
Hari ini mendapat satu perkhabaran lagi. X classmate saya suatu ketika dahulu akan melangsungkan pernikahan pada 5 Mei ini. Agak terkejut sebenarnya. Rezeki mereka. Barakallahulakuma. Hmm bersabarlah duhai hati. Hidup ini di dalam perancanganNya. Dia Maha Tahu apa yang tersembunyi di penglihatan kita. Berfikir sejenak.
♥ Ada orang kahwin MUDA, sebab itu yang TERBAIK untuknya..
♥ Ada juga yang LEWAT nikahnya, sebab itu yang TERBAIK untuk dirinya..
♥ Bukankah segala apa yang ditetapkan Allah itu yang TERBAIK untuk hambaNya.
Dia Maha Tahu apa yang kita tidak tahu. Kerana segalanya dalam perancanganNya. Kita hanya merancang, segalanya dalam pengawasanNya. Tiada sesuatu pun yang terjadi tanpa pengetahuanNya. Bukankah segalanya milik Allah?
No comments:
Post a Comment