Monday, March 19, 2012

Kehidupan Hari Ini


Kelam kabut hari ini. Kerana semuanya dilakukan sendiri. Dahulu ada abah yang membantu, sekarang abah jauh kat kampung,, jadi segala urusan dibereskan sendiri. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Boleh jugak berdikari ye? :) Hihi. Dari awal hingga akhir, urusan selesai. =)

Hari ini saya mula menabung. Cuba mengambil iktibar daripada kesilapan dan kecuaian yang lalu. Harap-harap kekal la tabungan itu dan dapat memberi manfaat untuk masa depan saya dan keluarga. Insya Allah.

Dalam kekalutan saya hari ini, sempat juga saya 'menyambar' satu buku yang tajuknya sangat menarik pada pandangan saya. Lebih2 lagi buku tersebut ada diskaun. Jimat RM10, hihi :p . Bila membelek2, saya terjatuh hati pada buku itu. Ada pulak macam tu kan?? :p . Di dalamnya dipaparkan kisah2 dan pengalaman dalam alam rumah tangga. Amat bermanfaat untuk pasangan baru.


Haa,, inilah bukunya ...


Buku ini sebagai persediaan sahaja. Tiada kena mengena dengan status saya untuk masa ini. Kerana jodoh pertemuan di tangan Allah S.W.T. Persediaan tu tak salah kan?? :)


:: Rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata'yun
waja'alna lilmuttaqqina imama ::


Amin


Friday, March 16, 2012

Isteri Tak Suka, Suami Tak Rela




Artikel ini saya petik dari Blog Saifulislam.Com untuk rujukan bersama. Topik yang dibincangkan adalah mengenai komunikasi di antara Baginda Muhammad s.a.w dan isteri, Saidatina 'Aishah r.a.

“Aku tahu masa bila engkau redha denganku dan masa bila engkau tidak redha denganku” kata baginda.

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbual dengan isterinya Aishah radhiyallahu ‘anha.
“Bagaimana engkau tahu akan hal tersebut?” Aishah menyoal.

“Apabila engkau redha denganku engkau akan berkata: Tidak, demi Tuhan Muhammad! Apabila engkau tidak redha denganku, engkau akan berkata: Tidak, demi Tuhan Ibrahim!” ujar Baginda. Kenyataan daripada seorang suami yang peka.Yang memerhati.

“Memanglah begitu wahai Rasulullah. Akan tetapi aku hanya menghindari namamu!” Aisyah beralasan.

RASULULLAH SEBAGAI PENCINTA

Soalan yang gemar ditanya, bagaimana Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bercinta?

Hakikatnya cara baginda bersikap dalam percintaan, sama seperti sikap baginda dalam skala kehidupan yang lebih menyeluruh. Seorang insan yang amat teliti dalam interaksi. Peka dengan kemerosotan motivasi anak muda yang dididik seperti kisah Malik bin al-Huwairith. Seorang yang menyantuni pesalah seperti kisah Muawiyah al-Sulami. Dan kisah riwayat al-Bukhari dan Muslim di atas, membuktikan lagi bahawa baginda benar-benar seorang yang menyantuni manusia dengan walyatalatthof.

Seorang suami yang tahu apa yang isterinya suka dan apa yang dia tidak suka. Kalau suka, ada tandanya. Tanpa perlu dikata-kata. Kalau tidak suka, ada tabiatnya. Tanpa perlu disebut-sebut. Jelas bagi yang peka. Yang memerhati. Jika Aisyah suka, beliau menyambutnya dengan ungkapan ‘Tuhan Muhammad’. Dan jika hatinya berat serta tidak menyetujui, beliau menyebut dengan ungkapan ‘Tuhan Ibrahim’. Ada corak yang konsisten pada reaksi Aisyah dalam interaksinya bersama sang suami. Aisyah juga menyantuni Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Pada mengungkapkan rasa tidak setuju, beliau menggunakan sebutan ‘Tuhan Ibrahim’, yakni menisbahkan ungkapan itu kepada insan yang sangat dekat dengan hati suaminya. Ibrahim al-Khalil ‘alayhi al-salaam, amat dekat kepada jiwa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

SUAMI ISTERI YANG PEKA

Teringat saya kepada petikan lirik lagu Dulu Lain Sekarang Lain dendangan SM Salim:

Jangan dibuat yang isteri tak suka
Jangan meminta yang suami tak rela
Tentu selamat rumahtangga

Nasihat ini hanya dapat difahami oleh suami dan isteri yang peka dengan ‘bahasa tubuh’ pasangan masing-masing. Benda yang isteri tidak suka, tak payah buat. Jangan sesudah buat, ditanya pula “ayang tak suka ke?”Benda yang suami tidak suka, tak perlu minta. Jangan sesudah minta, baru bertanya, “abang tak suka ye?”Isteri yang meneladani Aisyah, tahu apabila dia berbual-bual dengan suami, ada topik-topik tertentu yang apabila dibuka, suami hanya mendiamkan diri tidak membalas apa-apa. Itu sepatutnya sudah cukup untuk memahamkan isteri, bahawa suaminya tidak suka dengan topik yang dibuka itu.

Semalam, hari ini dan mungkin esok-esok juga. Suami yang meneladani Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga tahu apabila dia berbual-bual dengan isteri, apakah yang boleh menyebabkan air muka isteri berubah. Janganlah dibuka tajuk berkenaan jika keperluannya hanya sekadar mahu bersembang mesra. Melainkan ia membabitkan kepentingan atau mudarat yang perlu dibawa kepada perbincangan, maka topik berkenaan disentuh dengan penuh santun.Topik ini menjadi sebahagian daripada keindahan seni rumahtangga Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.Sesuatu yang sukar untuk dihayati, jika antara suami dan isteri panggilan manjanya ialah AKU NKO AKU NKO!

Semoga bermanfaat untuk semua. Sedang menelaah ilmu untuk keperluan masa hadapan walaupun belum tahu bila masanya. Insya Allah, Dia yang Maha Merancang =) Positive thinking untuk keharmonian hidup. Hihi. Sungguh, sulit untuk saya melupakannya kerna ia adalah fitrah.


Sunday, March 11, 2012

Dia Telah Dirisik


Alhamdulillah, berlalu sudah minggu yang ditunggu-tunggu selama ini. Akhirnya dia telah dirisik. Bahagianya dia =) . Satu permulaan yang baik. Mudah-mudahan segala perancangannya berjalan dengan lancar dengan izinMu Ya Allah.

Dia..sebaya dengan saya, cuma berusia beberapa bulan muda daripada saya. Sungguh! Jodoh pertemuan adalah ketentuanNya. Jika bertemu jodoh diusia muda, maka berbahagialah dia. Seandainya jodoh itu datang lewat, sebenarnya Dia ingin menguji kita. Walaupun bait-bait yang tertulis kelihatannya indah, namun hati saya tidak mengiyakannya. :(

Dia..saya dan dia, kami melanjutkan pelajaran di pusat asasi yang sama suatu ketika dahulu. Ditakdirkan berada di dalam satu kelas yang sama selama dua tahun pengajian. Seterusnya, ditakdirkan lagi kami menjadi teman sebilik semasa kami menyambung pengajian di peringkat sarjana muda. Jodoh kami kuat. Alhamdulillah, dia diberi peluang awal olehNya untuk menempuh alam baru yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi. Indah aturanMu Ya Tuhan.

Saya masih menanti. Namun, harapan yang dahulunya menggunung kini seakan hilang dibawa angin lalu. Kuatkanlah hamba Ya Allah.



Tuesday, March 6, 2012

Al Fatihah


Kematian, sesuatu yang tidak dijangkakan,juga tidak mampu diramalkan. Segalanya berlaku tanpa perancangan kita sebagai manusia. Setiap kali berlakunya kematian, secara langsung ia menyedarkan dan memberi peringatan kepada orang di sekeliling si mati tentang kematian itu. Hakikatnya, ia memang tidak mampu diramal. Ia berlaku di luar pengetahuan manusia dan seisi alam. Allahuakbar.

Hidup ini hanya sementara cuma. Sesak apabila memikirkannya. Tiada daya upaya yang mampu menguatkan diri ini melainkan pergantungan sepenuhnya hanya padaNya. Allahurabbi. Ajal maut jodoh pertemuan bukan milik kita. Hanya Dia yang mengetahuinya. Rabbi yassir wala tu'assir ya karim. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah. Amin.

Semoga dirinya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...Al Fatihah


Wednesday, February 29, 2012

Sungguh! Saya Tidak Pasti Dengannya


Belajarlah untuk sentiasa tersenyum. Terasa makin tertekan dengan kehidupan ini. Astaghfirullahal’azim 3x.

Apabila sesuatu hajat kita itu tidak diterima atau ditolak, kita akan tersinggung. Kecewa. Sedangkan pabila kita sudah tidak mengharapkannya lagi, tetapi ia ditawarkan kepada kita, hati kita sukar untuk menerimanya. Hambar. Tiada rasa. Dan keadaan itu makin sulit. Sukar. Sedangkan dahulunya kita lah yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Hmmm. Mungkin perasaan itu jugalah yang akan saya rasai pada masa hadapan. Tika saat itu. Mungkin!

Saat ini, rasa itu berbelah bagi. Sungguh saya tidak pasti dengannya. =( Bukan ingin berfikiran buruk atau negatif, tapi itulah yang saya rasa.




Thursday, February 16, 2012

Perjalanan Ini Masih Jauh


Manusia dilahirkan sentiasa akan merasa tidak puas dengan kehidupannya. Sesiapa sahaja akan merasai perasaan itu. Termasuklah diri yang kerdil ini. Ya Allah, astaghfirullahal’azim. Siapalah hamba untuk melawan takdirMu. KetetapanMu, segalanya telah diatur serapi mungkin olehMu. Saya hanya seorang hamba yang terkadang lupa diri. Terlalu banyak kurniaan yang telah saya peroleh namun seringkali saya alpa, lalai dengan kenikmatan dunia yang sementara.

Ya Allah, sujud syukur saya hanya padaMu. Kerana saya masih diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan dan kelalaian yang lalu. Segalanya disusun secara teratur kerna Dia ingin menguji sejauh mana pergantungan hamba terhadapNya. Alhamdulillah, Ya Allah. Perjalanan ini masih jauh. Terlalu banyak onak dan duri yang menanti. Semoga segalanya aman dalam lindungan Mu Ya Tuhan.

Terima kasih kerana masih setia disisi. Jasa dan pengorbanan kalian akan tetap saya hargai selamanya.

Peliharalah aku dan keluargaku di bawah naungan kasih sayangMu, Ya Rabbi.


Thursday, February 9, 2012

Semester 6



Semester baru akan bermula beberapa hari sahaja lagi, cuma berbaki dua hari saya di sini. Semoga saya dapat memulakan semester baru kali ini dengan permulaan dan khotimah yang terbaik. Insya Allah. Saya kini akan memulakan semester 6 sesi 2011/2012. Masih berbaki dua semester untuk melangkah ke alam pekerjaan. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Allahu yusahhil. Amin.