Sunday, March 11, 2012

Dia Telah Dirisik


Alhamdulillah, berlalu sudah minggu yang ditunggu-tunggu selama ini. Akhirnya dia telah dirisik. Bahagianya dia =) . Satu permulaan yang baik. Mudah-mudahan segala perancangannya berjalan dengan lancar dengan izinMu Ya Allah.

Dia..sebaya dengan saya, cuma berusia beberapa bulan muda daripada saya. Sungguh! Jodoh pertemuan adalah ketentuanNya. Jika bertemu jodoh diusia muda, maka berbahagialah dia. Seandainya jodoh itu datang lewat, sebenarnya Dia ingin menguji kita. Walaupun bait-bait yang tertulis kelihatannya indah, namun hati saya tidak mengiyakannya. :(

Dia..saya dan dia, kami melanjutkan pelajaran di pusat asasi yang sama suatu ketika dahulu. Ditakdirkan berada di dalam satu kelas yang sama selama dua tahun pengajian. Seterusnya, ditakdirkan lagi kami menjadi teman sebilik semasa kami menyambung pengajian di peringkat sarjana muda. Jodoh kami kuat. Alhamdulillah, dia diberi peluang awal olehNya untuk menempuh alam baru yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi. Indah aturanMu Ya Tuhan.

Saya masih menanti. Namun, harapan yang dahulunya menggunung kini seakan hilang dibawa angin lalu. Kuatkanlah hamba Ya Allah.



Tuesday, March 6, 2012

Al Fatihah


Kematian, sesuatu yang tidak dijangkakan,juga tidak mampu diramalkan. Segalanya berlaku tanpa perancangan kita sebagai manusia. Setiap kali berlakunya kematian, secara langsung ia menyedarkan dan memberi peringatan kepada orang di sekeliling si mati tentang kematian itu. Hakikatnya, ia memang tidak mampu diramal. Ia berlaku di luar pengetahuan manusia dan seisi alam. Allahuakbar.

Hidup ini hanya sementara cuma. Sesak apabila memikirkannya. Tiada daya upaya yang mampu menguatkan diri ini melainkan pergantungan sepenuhnya hanya padaNya. Allahurabbi. Ajal maut jodoh pertemuan bukan milik kita. Hanya Dia yang mengetahuinya. Rabbi yassir wala tu'assir ya karim. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah. Amin.

Semoga dirinya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...Al Fatihah


Wednesday, February 29, 2012

Sungguh! Saya Tidak Pasti Dengannya


Belajarlah untuk sentiasa tersenyum. Terasa makin tertekan dengan kehidupan ini. Astaghfirullahal’azim 3x.

Apabila sesuatu hajat kita itu tidak diterima atau ditolak, kita akan tersinggung. Kecewa. Sedangkan pabila kita sudah tidak mengharapkannya lagi, tetapi ia ditawarkan kepada kita, hati kita sukar untuk menerimanya. Hambar. Tiada rasa. Dan keadaan itu makin sulit. Sukar. Sedangkan dahulunya kita lah yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Hmmm. Mungkin perasaan itu jugalah yang akan saya rasai pada masa hadapan. Tika saat itu. Mungkin!

Saat ini, rasa itu berbelah bagi. Sungguh saya tidak pasti dengannya. =( Bukan ingin berfikiran buruk atau negatif, tapi itulah yang saya rasa.




Thursday, February 16, 2012

Perjalanan Ini Masih Jauh


Manusia dilahirkan sentiasa akan merasa tidak puas dengan kehidupannya. Sesiapa sahaja akan merasai perasaan itu. Termasuklah diri yang kerdil ini. Ya Allah, astaghfirullahal’azim. Siapalah hamba untuk melawan takdirMu. KetetapanMu, segalanya telah diatur serapi mungkin olehMu. Saya hanya seorang hamba yang terkadang lupa diri. Terlalu banyak kurniaan yang telah saya peroleh namun seringkali saya alpa, lalai dengan kenikmatan dunia yang sementara.

Ya Allah, sujud syukur saya hanya padaMu. Kerana saya masih diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan dan kelalaian yang lalu. Segalanya disusun secara teratur kerna Dia ingin menguji sejauh mana pergantungan hamba terhadapNya. Alhamdulillah, Ya Allah. Perjalanan ini masih jauh. Terlalu banyak onak dan duri yang menanti. Semoga segalanya aman dalam lindungan Mu Ya Tuhan.

Terima kasih kerana masih setia disisi. Jasa dan pengorbanan kalian akan tetap saya hargai selamanya.

Peliharalah aku dan keluargaku di bawah naungan kasih sayangMu, Ya Rabbi.


Thursday, February 9, 2012

Semester 6



Semester baru akan bermula beberapa hari sahaja lagi, cuma berbaki dua hari saya di sini. Semoga saya dapat memulakan semester baru kali ini dengan permulaan dan khotimah yang terbaik. Insya Allah. Saya kini akan memulakan semester 6 sesi 2011/2012. Masih berbaki dua semester untuk melangkah ke alam pekerjaan. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Allahu yusahhil. Amin.



Wednesday, January 25, 2012

Saat Menanti


Sebagaimana entri2 terdahulu, saya selalu mengatakan penantian itu suatu penyeksaan. Hmm usaha untuk kali ini nampaknya tidak berjaya juga. Saya perlu menanti sehingga tempoh masa pengajian berakhir. Dua tahun (2014). Noktah. Itulah jawapannya. Akur ? Hmm semoga dipermudahkan segalanya, Insya Allah.

23 hb Januari, dua peristiwa penting berlaku. Namun, ia tidak mampu membahagiakan saya. Selamat pengantin baru buat kawan saya dan pasangannya. Semoga bahagia mengiringimu hingga ke syurga.

24 hb Januari, satu lagi perkhabaran gembira buat teman FB, yang akan menimang cahaya mata tidak lama lagi. Ramai yang akan menimang cahaya mata tahun ini. Rata-ratanya di kalangan sahabat terdekat. Satu tahun pengajian. Hmmm. Rezeki mereka murah. Alhamdulillah. Tahniah untuk mereka.

25 hb Januari, pengumuman IM Hassan mengenai pernikahannya. Bakal zaujahnya bekas mahasiswa UM. Saya mengenali bakal zaujahnya. Barakallahulakuma :)

Pendeknya, ajal maut jodoh pertemuan semuanya ditentukan oleh Dia. Dia yang Maha Merancang segalanya. Saya hanya mampu berdoa kerana Dialah yang memegang hati2 makhluknya.


Wassalam


Friday, January 20, 2012

Kuih Kegemaran Saya


Hihi, tajuk kat atas macam nak buat karangan je kan? :) Bukan saya ingin menulis sebuah karangan, tapi ingin berkongsi sedikit resepi untuk kuih kegemaran saya nih. Kalau pergi ke pekan Kuala Besut pada hari jumaat, tak sah kalau tak bawa balik kuih ni. Baru2 ni, saya ronda2 pasar malam kat Pantai Permai. Terjumpa gerai yang jual kuih ni. Pernah rasa tak? Sedapp :)

Namanya Putu Piring, bentuknya leper macam piringla. Warnanya putih .. hihi.



Saya dapat bahan ini resipi dari satu blog :
Putu Piring
untuk mendapat sekitar 15 keping

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
3/4 sudu garam
150ml air panas
1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
1/2 cawan gula melaka,diparut
5-6 helai daun pandan
kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
Daun pisang digunting 2inci persegi

Selamat mencuba :)

p/s : saya suka kuih di atas,hihihi