Saturday, April 30, 2011

Pesta Buku



Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan juga untuk menghadirkan diri ke Pesta Buku pada kali ini. Menarik tapi terlalu sesak dengan lautan manusia. Huhu. Pelbagai buku dijual di sini dan harganya amat berpatutan.








Sempat juga saya mencari novel di bawah ni. Tinggal satu je. Hihi. :p

sesuci kasih seorang isteri


Memang berbaloi. Hihi. Saya dapat potongan 20% . Itu sahaja laporan ringkas saya untuk hari ini. Sekian.

Tuesday, April 26, 2011

Angan-angan





Alhamdulillah,
Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar
Saya hanya mampu berserah
Tidak perlu berangan-angan tinggi
Bukan saya yang menentu segala
Saya naif dalam menilai
... ( ^ - ^ ) ...





Monday, April 25, 2011

Takdir







... takdir mengatur segalanya ...
saya hanya mampu berserah dan bertawakal
hanya padaNya







Saturday, April 23, 2011

Doa Hamba


........::: Rabbi Yassir Wala Tu'assir Ya Karim :::........


Ya Allah,

Sesungguhnya
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui

Apa yang ada di jiwa kami

Engkau permudahkanlah

Segala urusan kami

Dalam mencari redhaMu


...::: Allahumma yassir kullu amrina...ilaika nad'u wa ilaika nastai'e :::...



‎"...cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal..."
(At-Taubah:129)


Aminnn Ya Rabb

Friday, April 22, 2011

Pasrah


Erm hari ini saya dapat dua berita. Kedua-duanya di luar jangkaan saya. Apa pun tahniah saya ucapkan kepada sahabat yang akan melangsungkan pernikahan Mei ini. Barakallahulakuma.


jemputan walimah


Kian sayu hati ini. Dada semakin sesak. Sesungguhnya rezeki hanya datang dariNya. Kita perlu berusaha ke arah itu. Saya sedar saya hanya insan biasa. Di sebabkan itu, saya punya naluri ke arah itu. Bukan salah saya kan kalau saya selalu memikirkannya?? Namun, bukan masanya lagi. Saya sentiasa mengingatkan diri agar tidak berfikir tentangnya. Tapi hati ini degillll. Geram sungguh. Huh! Tidak perlu menyibukkan diri berfikir tentangnya. Saya sedar saya tidak mampu mengatur segalanya. Pasrahkanlah diri ini menghadapi segalanya Ya Allah. Allahuakbar.


insan pasrah

Wednesday, April 20, 2011

Kisah Anak dan Abahnya


Abah : Ada duit poket tak lagi ?

Anak : Ada.

Abah : Ada berapa ?

Anak : Ada RM 17.

Abah : Ha? Dalam bank berapa? Kenapa tak beritahu ? (nada terkejut)

Anak : Erm, tak ada apa. Tak guna duit lagi sekarang.

Abah : - senyap –

dinar


Pabila berbicara dengan abah, baru tersedar bahawasanya saya dalam keadaan kekeringan. Namun hati sentiasa tenang. Lapang. Disebabkan saya yakin Allah itu sentiasa ada. RezekiNya ada di mana-mana. Sentiasa yakin dengan kewujudanNya. Hati tenang setenang-tenangnya. Alhamdulillah, jiwa mengucap syukur tidak terhingga. Saya tidak tahu dari mana datangnya ketenangan itu. Satu yang pasti, saya tenang menghadapinya. Mungkin pengalaman lalu banyak mendidik saya. Subhanallah, aturanMu terlalu bernilai buatku. Baru tadi berbicara dengan teman sebilik. Dia bertanya , “ Erm pernah tak rasa tenang je walaupun tak ada duit?” Saya hanya mampu tersenyum kerana tika ini saya sendiri sedang mengalaminya. :(


dinar


Tuesday, April 19, 2011

Ketenangan Abadi


0954 am

Hati tenang seusai sujud kepadaNya. Alhamdulillah. Tidak sabar untuk menghadapi imtihan walaupun persediaan belum selesai sepenuhnya. :p Tidak sabar juga untuk melangkah pulang ke kampung halaman pertengahan Mei ini. Semuanya tidak sabar untuk saya lakukan. Tak sabar juga untuk melangkah ke "alam baru". Opss, mungkinkah hal itu terjadi dalam masa terdekat ini ?? Orang yang berkenaan sila jawab ya. Biasanya jawapan yang diterima dan sudah sedia terformat ialah "tunggu giliran, kalau jodoh tak ke mana". Sedikit keluhan timbul di pelusuk hati yang paling dalam. Apa pun redha dan pasrah je la :p



...kerana semua yang berlaku hanya dengan keizinan dari Nya. Wallahu'alam...


oleh:
insan yang setia menanti,