Tuesday, June 7, 2011

Nothing




:: penantian itu satu penyeksaan,
namun jika difahami dengan makna tersirat,
ia mampu menguji dan mengukuhkan keimanan... ::





Monday, June 6, 2011

Utama


Utamakan yang lebih utama daripada yang utama. Utama ke ? Em mungkin juga yang kurang utama.

Erm agak2 faham tak apa yang hendak saya sampaikan? Hmmmm. Itulah hakikatnya. Mengutamakan sesuatu yang utama daripada yang kurang utama. Semestinya wajar begitu. Hati perlu menerimanya. Kan?? Tidak perlu terlalu detail untuk mengatakannya. Realitinya jelas di depan mata dan ia akan tetap begitu sampai bila2. Sampai bila2.

Hati ini terlalu sensitif. Sehinggakan barang2 yang berkaitan dengan saya pun agak sensitif. Bimbang untuk melasakkan penggunaan barang2 yang ada bukan kedekut tapi takut rosak. Saya diuji bertimpa2. Allahuakbar !


~ pasrah ~


Friday, June 3, 2011

Sepi


" Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah Telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

[(At Talaq : 2-3)


Tiada kesempatan untuk menulis. Hanya ungkapan doa mampu dilafazkan. Permudahkanlah hari2 kami Ya Allah.


Tuesday, May 31, 2011

Rezeki


Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah atas segalanya Ya Allah. Benarlah, kadang2 Dia mendatangkan pelbagai ujian kepada kita untuk menjadikan kita lebih matang menempuhi hidup. Alhamdulillah. Dia memberikan kepada kita sesuatu di luar jangkaan kita. Tanpa kita menduga. Saya hanya mampu bersyukur dengan kurniaanNya. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah :)



Friday, May 27, 2011

Sekalung Doa





Ketika kumohon kepada Allah kekuatan,
Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat


Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan,
Allah memberiku masalah untuk diselesaikan


Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan,
Allah memberiku akal untuk berfikir


Ketika kumohon kepada Allah keberanian,
Allah memberiku bahaya untuk kuatasi


Ketika kumohon Allah sebuah cinta,
Allah memberiku orang-orang bermasalah untuk kutolong


Ketika kumohon kepada Allah bantuan,
Allah memberikanku kesempatan


Aku tak pernah menerima apa yang kupinta,
tetapi aku menerima segala yang kuperlu


Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka,
tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga
tidak melihat pintu yang dibukakan bagi kita


Orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaNya.


Waktu kita lahir, kita menangis dan orang orang di sekeliling kita tersenyum, jalanilah hidup kita sehingga pada waktu kita meninggal, kita tersenyum dan orang orang di sekeliling kita menangis.


p/s: Allahurabbi


Wednesday, May 25, 2011

Yaman Dalam Kenangan

Siri 3


Sambungan daripada entri sebelumnya, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya menjejaki kaki ke Masjid Presiden di Yaman. Terlalu mewah. Itulah yang terdetik di dalam hati saya tatkala tiba di sana. Sebuah masjid yang tersergam indah di pinggir sebatang jalan raya yang sibuk. Masjid yang mempunyai pelbagai fungsi bukan hanya dijadikan tempat untuk solat sahaja. Masjid Presiden atau dikenali juga sebagai Masjid Ra'is menyediakan tempat untuk kaum wanita untuk menunaikan solat Jumaat. Cuma masjid tersebut dibahagikan kepada dua bangunan yang berlainan. Satu masjid untuk kaum lelaki dan satu lagi untuk kaum wanita. Subhanallah. Selain berperanan sebagai tempat untuk menunaikan solat, masjid ini digunakan juga sebagai pusat pengajian ilmu. Saya dan rakan2 berkesempatan meninjau dan berjalan2 di kawasan masjid tersebut.

Juga saya sempat menunaikan solat fardhu zuhur di situ. Alhamdulillah. Sekali seumur hidup. Saya berkenalan dengan 'Affah, seorang warga Yaman mungkin. Beliau berniqob dan berpakaian serba hitam. Beliau membantu kami memperkenalkan masjid tersebut. Rupa2 nya, di dalam bangunan masjid yang tersergam indah itu, terdapat pejabat2 yang dijadikan sebagai pusat pentadbiran masjid tersebut. Menguruskan hal ehwal masjid saya kira. Masjid Presiden mempunyai beberapa aras yang saya kurang pasti berapa. Cuma yang pasti, ia tinggi. :P Juga dilengkapi dengan lif. Canggih! Sedangkan apabila saya melihat suasana Yaman, dapat dilihat kedha'ifannya di mana2. Bukan itu sahaja, lampu2 yang menyinari di dalam masjid itu amat mengkagumkan saya. Mewah. Boleh dikatakan first class. Hebat !

Saya kongsikan sebuah video di bawah ini. Selamat menonton.



maaf, video kurang jelas, sumbernya dr nset :P



bersambung di lain entri :)


Tuesday, May 24, 2011

R.E.M.A.J.A


Melalui Halaqah Sentuhan Qalbu yang bertajuk " Namaku Remaja " , saya ingin berkongsi satu kisah yang boleh kita jadikan iktibar yang terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w mengenai remaja.

Tsa’labah merupakan seorang remaja berumur 17 tahun, beliau memeluk Islam di zaman Rasulullah, Tsalabah, nabi telah memerintahkan Tsa’balah untuk mencari barang, Tsa’labah kemudiannya memulakan perjalanannya. Beliau melalui sebuah rumah, kebetulan pintu rumah itu terbuka, dan tirai yang menutupi bilik air terbuka ditiup angin, tiba2 Tsa’labah ternampak seorang wanita sedang mandi, lalu beliau berkata a’auzubillah,terkejut..beliau lari tanpa teringat langsung barang yang diperintahkan oleh Rasulullah..beliau takut jika Jibril menyampaikan berita beliau ternampak wanita yang sedang mandi itu kepada pengetahuan Rasulullah s.a.w. Dia lari bertempiaran sehingga sampai ke sebuah gua. Dia menangis kerana terlalu takut. Dia menetap di situ beberapa hari sehingga sahabat Rasulullah menemui beliau di gua tersebut.

Dengan wajah yang lesu dan cemas, Tsa’labah mengajukan persoalan kepada sahabat rasulullah adakah wahyu telah diturunkan mengenai ku. Tanpa menjawab, sahabat Rasulullah membawanya menemui Rasulullah. Tsa’labah begitu takut untuk menemui Rasulullah sedangkan perbuatan itu tidak ia lakukan dengan sengaja. Dia sanggup tidak makan dan minum beberapa hari semata-mata kerana perbuatan yang tidak disengajakannya. Subhanallah. Masih ada lagikah remaja seperti itu pada hari ini? Seusai bertemu Rasulullah, baginda meletakkan kepala baginda di atas ribanya tetapi Tsa’labah menolaknya kerana beliau menganggap dirinya kotor dan jijik bagi Rasulullah. Tsa’labah berasa menyesal seumur hidupnya dan akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir. Pada hari kematiannya, Rasulullah hadir ke tempat pengebumiannya. Pada masa itu, para sahabat terlalu ramai. Apabila Rasulullah tiba, para sahabat membuka laluan bagi Rasulullah. Rasulullah berjalan seakan2 laluan yang diberi oleh sahabat masih sempit. Para sahabat merasa pelik lalu bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, kenapa engkau berjalan sebegitu Ya Rasulullah? Rasulullah bersabda : “ Terlalu ramai malaikat di kawasan tersebut, mengerumuni jenazah Tsa’labah”. Subhanallah.

Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar dari kisah tersebut. Amin 3x Ya Rabbal 'alamin.