Wednesday, April 13, 2011

Nikah Khitbah

Hari ini, setelah sekalian kalinya membaca tentang nikah khitbah, menimbang balik kebaikan dan keburukannya, hati saya semakin kuat mengatakan nikah khitbah adalah anjuran terbaik untuk memelihara diri dari kemaksiatan dan perkara yang tidak baik. Nikah khitbah! Saya terbaca satu surat seorang anak kepada ayahnya di dalam blog http://syahirul.com/nikah-khitbah-surat-untuk-ibu-bapa/ . Membuka minda saya tentang nikah khitbah dan sememangnya mengiyakan pandangan penulis blog tersebut. Sudi kiranya saya berkongsi di sini warkah seorang anak itu tetapi tak boleh nak copy paste pula. Huhu. Namun, saya ada jumpa satu artikel ini. Sama-sama kita membacanya :p

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.

Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu BERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan.Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!

by Ustaz Hashim Al-Maranji via Tuan Haji Uder


Tuesday, April 12, 2011

Sarapan Pagi



Jika semua perkara yang kita mahukan tiada cabaran untuk mendapatkannya, kehidupan tidak ada ertinya lagi bagi kita. Betul tak? Kehidupan itu sesuatu yang mencabar. Hihi. Sebenarnya apa yang saya nak tulis kat bawah nanti tak ada kaitan pun dengan ayat-ayat kat atas tu. :p

Erm hari ini saya terbaca satu artikel mengenai kepentingan sarapan pagi. Hmm memang tepatla sebab saya tak sempat bersarapan hari ini. Makan tengahari pun belum. Di saat artikel ini ditulis, perut tengah menyanyi. Huhuhu.

  1. Definisi Sarapan Pagi
  2. Sarapan pagi adalah makanan yang pertama yang diambil pada pagi hari. Contoh sarapan pagi yang biasa di Malaysia ialah nasi lemak, nasi atau mee atau mihun goreng, roti canai atau bijirin. Sarapan pagi mesti dipelbagaikan setiap hari untuk mengelakkan rasa jemu. Sarapan pagi biasanya diambil sebelum sesuatu kerja dimulakan ataupun sebelum ke sekolah pada awal pagi.


  3. Kebaikan Sarapan Pagi
  4. • Mengalas perut pada pagi hari.
    • Membekalkan tenaga yang diperlukan untuk melakukan sesuatu aktiviti pada waktu pagi seperti belajar serta sebelum makanan yang seterusnya diambil.
    • Membekalkan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh.


  5. Keburukan Tidak Mengambil Sarapan Pagi

  6. • Kurang tenaga untuk melakukan sebarang aktiviti pada pagi hari.
    • Mengurangkan kecergasan di dalam kuliah pada waktu pagi.
    • Sukar menerima pengajaran oleh guru/pensyarah di dalam kelas.
    • Mudah letih dan mengantuk.


    cadangan sarapan pagi


    nasi lemak

Monday, April 11, 2011

Kecewa

Hari ini berlalu lagi dengan kekecewaan yang bersarang di hati. Kecewa. Kecewa kerana masih belum mampu melakukan yang terbaik. Dalam erti kata lain, masih gagal melakukan yang cemerlang buat diri ini. Buat kali terakhir sebelum semester ini berakhir. Erm, diri beristighfar panjang. Menyesali sikap diri yang masih sambil lewa dalam sesuatu hal. Astaghfirullahal'azim.

Bangkitlah duhai jiwa dan hati yang masih leka.

Pesanan buat diri sendiri. Kata-kata semangat buat diri agar diri tidak lemah dan berputus asa di saat genting begini. Sudah hampir kepada masa kemuncak. Diri perlu bersedia dari segala segi. Mental, emosi, fizikal dan jasmani, semua perlu bersedia. Perlu kuat. Jiwa perlu sentiasa diisi dengan makanan yang secukupnya. Pengisian rohani ya =)

Mudah-mudahan imtihan untuk semester kali ini lebih baik daripada semester yang lalu. Insya Allah.


Salam Imtihan untuk semua =)



Thursday, April 7, 2011

Meniti bahagia


Selesai sudah pembentangan untuk sesi kali ini. Alhamdulillah. Test2 yang masih berbaki adalah test Madkhal Tafsir dan Kaedah Bahasa Arab. Semoga segalanya dipermudahkan, insya Allah.

Telah lama perkara ini berputar di fikiran saya. "Imaginasi selalu mengatasi realiti sebenar dalam kehidupan kita"... Kawan2 setuju tak dengan pandangan saya?? Selalunya kita berimaginasi sesuatu yang jauh dari realiti kehidupan hakiki. Benarkah begitu?? Erm, ada yang benar, ada yang tidak. Saya selalu berimaginasi. =)

Hari ini, saya mungkin telah membuatkan hati seseorang terasa. Saya hanya insan biasa. Tidak mampu menyenangkan hati orang di sekeliling saya. Tidak pandai untuk menyelami isi hati insan2 yang terdekat dalam kehidupan saya. Erm, kadang2 kehidupan itu sukar untuk ditafsir. Tak selamanya indah. Terkadang banyak duka dari bahagia. Namun, untuk kesekalian kalinya, hati saya bahagia. Terlalu bahagia. Terima kasih =)

Maafkan segala salah dan silap saya. Keterlanjuran kata dan bahasa harap dimaafkan.


p/s: keresahan yang sentiasa mendampingi jiwa penulis


MPH 07042011

Saya sertakan di sini lirik lagu Maher Zain, For The Rest of My Life. Amat meminati lirik lagu nya dan saya mengharapkan kehidupan yang lebih bermakna selepas ini akan tiba. Terlalu mengharapkannya. =)

For The Rest Of My Life

Album : thank you ALLAH
Munsyid : maher zain
http://liriknasyid.com


For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and
We made show we were seen in the most exclusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And blink will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

insya Allah

Sunday, April 3, 2011

Coklat



Menegur itu perlu berhikmah. Bukan hanya tahu menghentam dan lancang berbicara. Mengatakan itu salah, ini salah atau hanya itu yang betul. Teguran yang berhikmah dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada pihak yang ditegur. Insya Allah. Akan berubah ke arah yang lebih positif =) . Percaya atau tidak? Sama-sama kita praktikkan.

Erm hari ini saya menghadiri Seminar E-Halal di Dewan Perdana 1, Universiti Malaya. Kehadiran peserta amat tidak memberangsangkan. Malunya kepada penceramah. Penceramah merupakan Pengasas kepada laman web Islam terkemuka di negara ini iaitu I LUV ISLAM. Muda lagi orangnya. Kagum dengan kesungguhannya menyebarkan dakwah menerusi alam maya ini.

Setelah itu, saya dan rakan-rakan sempat singgah di booth2 coklat yang terdapat di Kompleks Perdana Siswa (KPS). Pelbagai jenis coklat yang dijual di situ. Semuanya merupakan pembuat coklat Malaysia. Senang cerita, Made of Malaysia. :)


coklat cawan


coklat yang terdapat di KPS

Untuk maklumat lanjut tentang coklat ini, sila layari blog di bawah ini. Siap boleh buat tempahan lagi :) . Senangla nanti nak buat tempahan. Khidmat penghantaran juga disediakan. Bagi saya, harganya juga berbaloi.

http://lina-chococlassic.blogspot.com/


* terlalu berkira untuk membeli sesuatu, ekoran bajet makin kurang :( huhuhu *


Friday, April 1, 2011

Larian BH


Tidak belajar untuk push diri agar mendapatkan lebih daripada apa yang diri ini mampu. Lemahnya diri ini. Huhu. Penganjur utama Larian Amal pada hari ini adalah Berita Harian sempena Karnival Taha di Universiti Malaya. Fuh,,penat berlari keliling UM. Lastly saya hanya mampu keliling separuh sahaja daripada kawasan yang sepatutnya. Teruk kan. Kaki terasa berat untuk melangkah. Menandakan diri ini terlalu letih dan tidak mampu untuk meneruskan larian lagi. Padahal tak berlari sangat pun. :)

Al Maklumla, saya bukan jenis yang suka berjogging. Turun riadah jauh sekali. Belajar dan hanya tahu belajar. Sempit kan dunia saya?? Erm diri perlu berubah tapi perlu ada permulaannya. Kat mana saya nak mula ni ek?

Bermula hari ini 2hb April-5hb April, bertempat di Kompleks Perdana Siswa (KPS) akan diadakan Pameran Coklat (entah betul tak nama program tu,,hihi,,ingat-ingat lupa dah :)) dan juga Seminar Halal. Semuanya di bawah pihak Tabung Haji. Saya dah daftar menjadi ahli Kelab Taha beberapa hari yang lalu. Erm banyak jugak keistimewaannya. Contohnya, masuk larian hari ini dapat baju sehelai. Berbaloi la tu ;) .

Kena push diri ini agar kerja lebih sikit. Nak siapkan essay bi yang masih tertunggak. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar. Amin.



* sedang menanti hari selasa,rabu dan khamis ini,,tak sabar rasanya, cam burung kat atas tu, ada apa ek?? *
(^__^)




Selesai Sudah


Alhamdulillah, permulaan kalam untuk hari ini

*Alhamdulillah,, selesai sudah*

Kat atas tu status saya di FB. Erm, alhamdulillah selesai sudah menyemak kertas peperiksaan yang diedarkan di sekolah baru-baru ini. Macam-macam gaya penulisan yang saya jumpa. *Menarik* . Baru dapat rasa pengalaman menjadi seorang ustazah. Hihi. Pelajar Tingkatan Dua, kira okay lagi la kan. Meh kita tengok cara diorang jawab =) .

kire okay la kan diorang jawab



ha, yang nih kosong terus,,mungkin pelajar ni tak bersedia kot =)




ni rujukan utama saya,hihi


Erm ada lagi yang belum selesai. QUEST. QUEST.QUEST....hrmm,,saya tak pandai lagi nak gunakan perisian tu walaupun dah beberapa kali diajar. Macam mana ni? ada sapa2 boleh tolong tak? =)