Thursday, March 10, 2011

Sibuk

Saya dalam proses untuk terus menyiapkan tugasan yang diberikan. Agak banyak juga. Alhamdulillah berlalu minggu ini dengan menghadapi test yang amat mencabar. Hihi. Juga pembentangan pertama sepanjang semester ini. Hebat tak?? Sedangkan sekarang ni dah minggu ke 10 kalau tak silap. Erm mudah-mudahan semester ini berlalu dengan jayanya. Pasti setiap semester harapan yang sama diharapkan di hati ini. Mahu menghabiskan baki semester-semester yang ada. Namun, apa yang menanti di masa hadapan tak tahu lagi. Huhu. Masa depan yang cerah atau samar-samar? Semuanya kehendak Tuhan. Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik.

Musim sekarang ni kawan-kawan pakat duk balik kampung. Saya masih di sini kerana minggu hadapan terpaksa berhadapan dengan pembentangan yang pertama kali saya akan lalui sepanjang pembelajaran di universiti ini. Huhu. Pembentangan di hadapan seratus lebih pelajar. Mahasiswa dan mahasiswi yang bakal bergelar guru dua tahun lagi. Mampukah saya?? Hanya usaha, doa dan tawakal sahaja yang mampu saya lakukan. Amin.

Saya juga ingin pulang ke kampung. Mungkin dalam masa terdekat ini. Harapannya tiada aral melintang. Insya Allah. Fikiran saya telah berada di kampung. Hanya jasad masih di sini. Masih mencari-cari bekalan ilmu untuk masa hadapan.

Allahumma yassir wala tu'asiir ya karim

Monday, March 7, 2011

Muhasabah

Berjalan dan terus berjalan ke arah masa hadapan yang masih kabur, namun perjalanan seorang hamba perlu diteruskan dalam pencarian hakiki mencari keredhaan Tuhannya. Langkah saya masih kelam di sini. Masih kaku menanti dalam penantian yang entah bila akan berakhir. Sering hati ini tidak puas dengan apa yang dimiliki, Sering bibir ini menuturkan kalam yang tidak seharusnya dituturkan. Khilafnya diri ini ya Rabbi. Masih teraba-raba dalam kegelapan semalam dan kini masih mengulangi kekhilafan yang dulunya pernah dilakukan.

Ilmu yang dipelajari seakan air yang mengalir di atas daun keladi. Mengalir dan terus mengalir tanpa sedikit pun meresap di celahan daun tersebut. Begitulah umpamanya diri ini. Semakin lama ilmu dipelajari, semakin diulang sesuatu ilmu tersebut, semakin banyak terasa kerdilnya diri ini. Semakin lemah. Bukan untuk bermadah atau bijak berbicara, tapi saya rasakan begitu.

Kalam suci yang sentiasa memberi ketenangan kepada makhluknya. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah SWT tidak akan menguji seseorang hambanya tanpa menghadirkan hikmah di sebalik setiap sesuatu kejadian. Dia juga tidak akan menguji hambaNya sekiranya Dia tahu tahap kemampuan hambaNya itu tidak mampu menanggung ujian yang akan dibebankan ke atasnya. Subhanallah. Kalam suci Nya penawar segala kedukaan yang bertandang di lubuk hati.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

(surah al Baqarah : 286)


Friday, March 4, 2011

Pelik ke ??

Menulis lagi
Erm kebelakangan ni banyak dapat tugasan yang pelik2 dari pensyarah =)

Apa yang pelik tu ek?

1. Kena post kan artikel pasal al Quran kat website
(senang citer post kt blog je kan? hihi)

2. Perlu sediakan satu video rakaman, tentang temubual ahli kumpulan dengan orang arab
(aduh,,lgi pelik,,huhu,,tapi dapat melatih kita berani untuk ber'takallam fi lughah al arabiah,,tak gitu?? =))


Ha,,tugasan satu dah submit minggu lepas,,alhamdulillah. Tugasan kedua masih belum mula buat ni. Persediaan perlu rapi. Haha

Erm minggu depan adalah minggu imtihan. Bukan imtihan akhir tapi mid test. Test Kaedah Bahasa Arab dah lepas. Yang tinggal dua lagi.

1. Isnin : Madkhal Tafsir

2. Selasa : Presentation Pengantar Syariah

3. Khamis : Pengantar Syariah

Doakan saya sahabat2 ,,

Saturday, February 26, 2011

Perubahan


Kadangkala dalam hidup ini kita perlu melakukan sedikit perubahan, perubahan untuk lebih mempertingkatkan potensi diri ke arah hidup yang lebih bermakna. Saya cuba untuk sentiasa berfikiran positif, matang dalam menangani segala dugaan yang melanda diri, namun saya akur, saya tetap hambanya yang lemah, terkadang tewas juga dengan emosi diri yang tidak menentu. Emosi yang sering menyebabkan saya kecundang dalam mendepani ujian Tuhan. Astaghfirullahal'azim.

sering memujuk diri ini dengan mengingati lafaz
"la tahzan inna Allah ha ma'ana"


Saya yakin dan percaya dengan segala ketentuan Tuhan. Kerana segalanya punya hikmah yang tersendiri. Beberapa peristiwa yang berlaku dalam hidup saya pada hari-hari yang lalu cukup menguatkan hati saya untuk sentiasa yakin dengan setiap ketentuanNya. Ya,, satu ketetapan yang pasti. Dan saya mesti bersedia menghadapinya.


Mudah-mudahan saya mampu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik,,melaksanakan satu perubahan dalam hidup ini. Penghijrahan ke suatu destinasi ke suatu destinasi sebelum berangkat ke destinasi terakhir.



satu impian dan harapan

Punya anak-anak soleh dan solehah,, serta zaujan soleh. Menjadikan Baiti Jannati. Insya Allah. Bagi mencapai impian itu, usaha harus bermula dari sekarang untuk melengkapkan diri dengan ilmu sebanyak mungkin agar mampu melaksanakan tanggungjawab yang akan dipikul pada masa hadapan. Doakan saya. Amin....


insya Allah

Tuesday, February 15, 2011

Salah Menilai

Ermm, hari ini saya menyedari satu kesalahan yang sering dilakukan oleh diri ini. Saya silap dalam menilai seseorang. Pengajaran yang saya dapat ialah jangan menilai seseorang melalui luarannya sahaja.

Monday, February 14, 2011

Give up

Astaghfirullahal'azim,, saya seakan putus asa lagi hari ini. Setelah letih mencari, saya memilih berputus asa sebagai jawapannya. Saya tidak tahu kesudahannya. Ya Allah, aku buntu =(
Buntu dalam pencarian. Jahilnya diri ini. Kerdilnya hambaMu ini Ya Allah.

Masihkah adakah ruang dan peluang untukku???

Hanya Engkau yang punya jawapannya. Saya hanya mampu berdoa dan terus berdoa..

Permudahkanlah Ya Allah...

Friday, February 11, 2011

Ragam Iqbal

Melatih seorang anak kecil ni bukan suatu perkara yang mudah. Perlu kepada kesabaran yang tinggi. Juga kekuatan untuk menangani setiap keletah dan kerenahnya yang pelbagai. Berjauhan begini, teringat saya kepada ragam adik bongsu saya yang baru je nak berjinak-jinak dengan solat ni. kesian dia. huhu. Bukan apa, dia tak nak solat kalau 'kak ngah' tak ada. Maksudnya, jika saya tak ada kat rumah, dia takkan solat. hihi. macam-macam.

permulaan solat,,,
hari tu, dia masuk ke bilik saya,katanya,, kak ngah, macam mana nak sembahyang? terkejut kagum saya dengan pertanyaannya. Saya jawab kalau nak sembahyang, kena ambil wudhu' dulu. 'Bal dah ambil wudhu'? aju saya padanya. 'Belum'. jawabnya bersahaja. Selepas tu, dia tanya saya bilangan rakaat dalam solat. Saya jawab soalannya dengan mengajukan soalan yang sama padanya. Dia tahu bilangan rakaat dalam solat. kagum saya =)

Ermm, sekarang saya dah berada di Kuala Lumpur. bila telefon, tanya dia, 'bal dah solat?'... dia kata 'tak, kak ngah tak da'... terasa nak balik je masa tu.huhu.. bukan senang kan nak biasakan seorang kanak-kanak dengan sesuatu perkara yang sedikit asing baginya. Namun, harap-harap dia dapat buat juga tanpa saya walaupun sekadar main-main. ye la, usia kanak-kanak lagi kan. Senyum sayu...huhu

Besar dah dia sekarang. Cepatnya masa berlalu. Terasa lagi pegang dia masa baby dulu..