Saturday, February 26, 2011

Perubahan


Kadangkala dalam hidup ini kita perlu melakukan sedikit perubahan, perubahan untuk lebih mempertingkatkan potensi diri ke arah hidup yang lebih bermakna. Saya cuba untuk sentiasa berfikiran positif, matang dalam menangani segala dugaan yang melanda diri, namun saya akur, saya tetap hambanya yang lemah, terkadang tewas juga dengan emosi diri yang tidak menentu. Emosi yang sering menyebabkan saya kecundang dalam mendepani ujian Tuhan. Astaghfirullahal'azim.

sering memujuk diri ini dengan mengingati lafaz
"la tahzan inna Allah ha ma'ana"


Saya yakin dan percaya dengan segala ketentuan Tuhan. Kerana segalanya punya hikmah yang tersendiri. Beberapa peristiwa yang berlaku dalam hidup saya pada hari-hari yang lalu cukup menguatkan hati saya untuk sentiasa yakin dengan setiap ketentuanNya. Ya,, satu ketetapan yang pasti. Dan saya mesti bersedia menghadapinya.


Mudah-mudahan saya mampu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik,,melaksanakan satu perubahan dalam hidup ini. Penghijrahan ke suatu destinasi ke suatu destinasi sebelum berangkat ke destinasi terakhir.



satu impian dan harapan

Punya anak-anak soleh dan solehah,, serta zaujan soleh. Menjadikan Baiti Jannati. Insya Allah. Bagi mencapai impian itu, usaha harus bermula dari sekarang untuk melengkapkan diri dengan ilmu sebanyak mungkin agar mampu melaksanakan tanggungjawab yang akan dipikul pada masa hadapan. Doakan saya. Amin....


insya Allah

No comments:

Post a Comment