Tuesday, March 29, 2011

Alhamdulillah


Satu tugasan hampir selesai. Terima kasih saya ucapkan kepadanya yang banyak bertungkus lumus membantu kumpulan saya. *mood suka dan bahagia* ... alhamdulillah. Yang tinggal hanyalah untuk menyemak kertas-kertas tersebut. Marking paper. Macam dah jadi ustazah pulak kan. Hehe. Erm walaupun tak dapat turun ke sekolah untuk bersama-sama pelajar menjawab kertas soalan tersebut, pengalaman itu sedikit sebanyak dapat dirasai melalui perkhabaran darinya. Terima kasih. =) Insya Allah, semester akan datang, mungkin dapat turun ke sekolah kot. Moga-moga dipermudahkan. Amin.

Hari ni dapat satu lagi hadiah. hepi2 =)


cantik tak ??

Suka sangat dengan benda kat atas tu. Hihi. Sekarang mood untuk menyiapkan tugasan yang belum siap. Juga persiapan untuk pembentangan pada hari Jumaat ini. Sama-sama doakan ya.



Monday, March 28, 2011

Kun Fa Yakun

Kematian itu terlalu dekat. Terlalu sayu hati ini menatap pemergiannya. Antara rela atau tidak. Baru sebentar tadi terasa memegang dan memapahnya. Sayup-sayup kedengaran di telinga ini akan nasihat dan kata-katanya. Kalimah terakhir yang diucapkannya di akhir pertemuan kami. Tidak saya sangka terlalu cepat kepulangannya. Benarlah janji Allah SWT ajal itu tidak mengira usia, tidak mengenal tuannya, tidak mengukur waktu dan tempat. Hanya dengan kalamNya, “kun fa yakun”, maka jadilah sesuatu yang dikehendakinya. Baru semalam terasa berbual dengannya, terasa terlalu dekat dengannya. Sebak hati ini menahan esak di dada. “ Tok tak dengar ni”, ujarnya ketika saya berbual dengannya menerusi telefon. Itulah kali terakhir perbualan kami. Juga pelukan terakhir saya bersamanya ketika saya pulang ke kampung. Janji Allah SWT itu pasti.

Sedar tidak sedar hampir setahun detik itu berlalu, Terlalu pantas semuanya berlaku. Allahuakbar. Kuatkanlah diri ini Ya Allah. Salam takziah juga saya ucapkan kepada sahabat saya yang kehilangan ayahanda tersayang pada hari jumaat yang lalu. Al Fatihah.

Semester ini masih berbaki dua minggu. Mudah-mudahan hari-hari yang masih bersisa dapat saya manfaatkan sebanyak mungkin.

Saturday, March 12, 2011

Luahan

Semakin bertambah hutang pengajian. Belum sempat untuk melunaskan yang lama, tambahan hutang baru di caj ke dalam akaun saya. Astaghfirullahal'azim...saya bingung. Memikirkan sesuatu yang tak mampu saya langsaikan sendiri. Benar, semuanya berlaku dengan kehendakNya, tapi...............

Saya perlu menerima segalanya seadanya. Dengan hati yang penuh dengan keterbukaan dan pengharapan. Siapkanlah diri ini Ya Allah.....



*mood kecewa dan sedih lagi bingung*

Thursday, March 10, 2011

Sibuk

Saya dalam proses untuk terus menyiapkan tugasan yang diberikan. Agak banyak juga. Alhamdulillah berlalu minggu ini dengan menghadapi test yang amat mencabar. Hihi. Juga pembentangan pertama sepanjang semester ini. Hebat tak?? Sedangkan sekarang ni dah minggu ke 10 kalau tak silap. Erm mudah-mudahan semester ini berlalu dengan jayanya. Pasti setiap semester harapan yang sama diharapkan di hati ini. Mahu menghabiskan baki semester-semester yang ada. Namun, apa yang menanti di masa hadapan tak tahu lagi. Huhu. Masa depan yang cerah atau samar-samar? Semuanya kehendak Tuhan. Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik.

Musim sekarang ni kawan-kawan pakat duk balik kampung. Saya masih di sini kerana minggu hadapan terpaksa berhadapan dengan pembentangan yang pertama kali saya akan lalui sepanjang pembelajaran di universiti ini. Huhu. Pembentangan di hadapan seratus lebih pelajar. Mahasiswa dan mahasiswi yang bakal bergelar guru dua tahun lagi. Mampukah saya?? Hanya usaha, doa dan tawakal sahaja yang mampu saya lakukan. Amin.

Saya juga ingin pulang ke kampung. Mungkin dalam masa terdekat ini. Harapannya tiada aral melintang. Insya Allah. Fikiran saya telah berada di kampung. Hanya jasad masih di sini. Masih mencari-cari bekalan ilmu untuk masa hadapan.

Allahumma yassir wala tu'asiir ya karim

Monday, March 7, 2011

Muhasabah

Berjalan dan terus berjalan ke arah masa hadapan yang masih kabur, namun perjalanan seorang hamba perlu diteruskan dalam pencarian hakiki mencari keredhaan Tuhannya. Langkah saya masih kelam di sini. Masih kaku menanti dalam penantian yang entah bila akan berakhir. Sering hati ini tidak puas dengan apa yang dimiliki, Sering bibir ini menuturkan kalam yang tidak seharusnya dituturkan. Khilafnya diri ini ya Rabbi. Masih teraba-raba dalam kegelapan semalam dan kini masih mengulangi kekhilafan yang dulunya pernah dilakukan.

Ilmu yang dipelajari seakan air yang mengalir di atas daun keladi. Mengalir dan terus mengalir tanpa sedikit pun meresap di celahan daun tersebut. Begitulah umpamanya diri ini. Semakin lama ilmu dipelajari, semakin diulang sesuatu ilmu tersebut, semakin banyak terasa kerdilnya diri ini. Semakin lemah. Bukan untuk bermadah atau bijak berbicara, tapi saya rasakan begitu.

Kalam suci yang sentiasa memberi ketenangan kepada makhluknya. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah SWT tidak akan menguji seseorang hambanya tanpa menghadirkan hikmah di sebalik setiap sesuatu kejadian. Dia juga tidak akan menguji hambaNya sekiranya Dia tahu tahap kemampuan hambaNya itu tidak mampu menanggung ujian yang akan dibebankan ke atasnya. Subhanallah. Kalam suci Nya penawar segala kedukaan yang bertandang di lubuk hati.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

(surah al Baqarah : 286)


Friday, March 4, 2011

Pelik ke ??

Menulis lagi
Erm kebelakangan ni banyak dapat tugasan yang pelik2 dari pensyarah =)

Apa yang pelik tu ek?

1. Kena post kan artikel pasal al Quran kat website
(senang citer post kt blog je kan? hihi)

2. Perlu sediakan satu video rakaman, tentang temubual ahli kumpulan dengan orang arab
(aduh,,lgi pelik,,huhu,,tapi dapat melatih kita berani untuk ber'takallam fi lughah al arabiah,,tak gitu?? =))


Ha,,tugasan satu dah submit minggu lepas,,alhamdulillah. Tugasan kedua masih belum mula buat ni. Persediaan perlu rapi. Haha

Erm minggu depan adalah minggu imtihan. Bukan imtihan akhir tapi mid test. Test Kaedah Bahasa Arab dah lepas. Yang tinggal dua lagi.

1. Isnin : Madkhal Tafsir

2. Selasa : Presentation Pengantar Syariah

3. Khamis : Pengantar Syariah

Doakan saya sahabat2 ,,