Saya merasakan masa makin suntuk. Terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang singkat ini. Dalam keadaan kesihatan abah yang uzur, perasaan bimbang seringkali menerjah. Hati sering resah. Segalanya mungkin berlaku. Lindungilah seluruh ahli keluarga kami dan panjangkanlah usia abah dan ma dalam kebaikan dan keberkatan. Allahu amin.
Berbaki seminggu sahaja lagi untuk menghadapi LM, latihan mengajar di SMK Bandar Baru Ampang. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami berdua. Sungguh, kita akan diuji dengan perkara yang tidak kita jangkakan sama sekali. Hanya sebulan lebih lagi untuk bertukar status. Semoga Allah cukupkan kami dengan apa adanya. Allahu Musta'an.
Ada satu kisah yang ingin saya ceritakan. Tentang perjalanan hidup saya. Belum masanya lagi untuk bercerita. Huhu. Bersambung di lain entri ye.
No comments:
Post a Comment