Keseorangan malam ini. Terasa ingin menulis di kanvas yang makin sepi ini setelah berhempas pulas mengemas barang2 untuk Latihan Mengajar. Penat, letih, semput, semuanya ada. Berjalan kaki di Majid Jamek dan Jalan TAR dalam keadaan yang panas terik, dengan membawa barang2 yang agak berat (tersangat berat sebenarnya) amat2 menguji kesabaran saya. Huhu. Perkara itu sudah menjadi lumrah hidup saya sejak dari tahun 3 lagi di alam pengajian. Menambah sumber pendapatan semasa alam pengajian. Berbisnes kecil-kecilan. Setiap minggu (kadang2 3 kali seminggu), saya akan restok barang2 jualan. Alhamdulillah, Allah sentiasa cukupkan rezeki pada hambaNya yang berusaha :) Untuk senang, tidak senang untuk mendapatkannya. Perlu ada pengorbanan.
Hee, akhirnya masa untuk LM tiba juga kan ? 4 tahun menanti dengan penuh debaran. Tiba2 bila dah tiba masa, macam tak rasa apa-apa pulak. Pelik. Toink-toink :)
Sudah selesai menemui penyelia kami, sedikit bersemangat saya rasakan. Cuma satu yang saya pegang, "Jadi diri sendiri ! Kamu mengajar bukan masa LM sahaja, tapi 10, 20, 30 tahun akan datang ... ". Nice ! Baiklah ustaz. Insya Allah kami akan buat yang termampu :)
Doakan kami !
No comments:
Post a Comment