Saturday, June 23, 2012

Impian

Saya pasti semua insan mempunyai impiannya yang tersendiri. Saya juga punya impian. Impian saya mungkin akan tercapai mungkin juga tidak. Berkahwin di usia muda, ketika masih di alam pengajian. Salahkah?? Hmm kebanyakan kawan2 saya menamatkan zaman bujang mereka di alam pengajian. Alhamdulillah sehingga hari ini mereka berjaya dalam pelajaran dan cemerlang dalam segala aspek. 

Reason/alasan kenapa saya ingin berkahwin awal , Persoalan ini lah yang seringkali diajukan setiap kali berbicara mengenai pernikahan di awal usia. Tiada lain yang mampu saya katakan, ia adalah satu impian. Tidak salah punya impian seperti itu kan? Membina sebuah keluarga di usia muda belia memerlukan komitmen dan pengorbanan yang besar. Dan sokongan keluarga yang jitu.

Saya punya impian itu. Jika berkahwin di usia awal, saya ada seseorang yang boleh saya mengadu segala masalah padanya. Jika berkahwin di usia awal, saya ada seseorang yang sentiasa ada di sisi menjadi peneman ke mana sahaja saya melangkah di saat ibu bapa berada di kejauhan. Jika berkahwin di usia awal, saya ada seseorang yang dapat membimbing saya ke arah jalan yang betul. Jika berkahwin di usia awal, saya ada seseorang yang akan menegur segala kesilapan saya. Jika berkahwin di usia awal, kami dapat mengatur belanjawan kami. Jika berkahwin di usia awal, kami dapat membina sebuah keluarga dengan izinNya. 

Namun, segala-galanya dalam perancangan Allah s.w.t. Nasihat seorang teman, bukan ibu bapa yang tak bagi kahwin, Allah s.w.t yang masih belum memberi keizinan. Ya, saya silap tentang itu. Hanya harapan dan doa yang mampu saya lakukan.

Masih adakah harapan untuk tahun ini??


Allahumma yassir kullu amrina ...



Thursday, June 14, 2012

Bicara itu

Berbicara mengenai pernikahan di petang hari. Hm rupanya betol agakan saya selama ini. Cincin yang dipakai di jarinya adalah cincin risik. Dia telah dirisik. Pertemuan di alam maya membawa ke alam pertunangan. Mudah sungguh urusannya. Rezeki orang. Saya tidak sempat melaluinya kerana detik itu takkan berulang untuk kali kedua. Sedih jugak bila memikirkan ...

Berjuang untuk 3 paper lagi sebelum menyambung bisnes yang tergendala. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. Amin. 22 Jun, seorang lagi sahabat saya akan melangsungkan pernikahan. Bakal zaujnya lebih muda daripadanya namun bak kata pepatah, jodoh tak mengenal usia kan? Ok!

sweet couple



Coretan Petang
Insan Kebosanan


Friday, June 8, 2012

Adakah duit adalah segala-galanya??



Sukarnya untuk menghalalkan sebuah ikatan. Terduduk saya mendengar perkhabaran itu. Adakah duit adalah segala-galanya?? Saya tidak punya jawapan untuk persoalan itu. Saya masih naïf dalam kehidupan. Kehidupan ini, hidup hanya sementara cuma. Mengapa tidak dipermudahkan urusan yang boleh dipermudahkan? Sungguh, saya tidak faham dengan realiti dunia hari ini. Duit hanyalah harta dunia. Tidak dapat dibawa bersama ke alam barzakh nanti. Kerana ketiadaan duit, segalanya sukar. Hmm.

Masih memujuk hati yang semakin sesak dengan karenah dunia. Empat tahun telah berlalu. Jangka masa yang agak panjang untuk sebuah perhubungan. Kekadang tanpa saya sedari saya seakan mempertikaikan takdir Allah yang telah ditetapkan ke atas diri ini. Astaghfirullahal'azim. Tiada upaya dan kata yang mampu dilafazkan. Saya kagum dengan ibu bapa yang berjiwa besar yang sanggup melepaskan anak2 mereka untuk berdikari kerana dunia ini tempat musafir. Rezeki ada di mana-mana. Kan ?

Saya tertekan dengan keadaan ini ... Mengapa sulit sekali untuk melepaskan kami ??? 

* Hilang segala harapan .. hanya pergantungan segalanya pada Allah


Saturday, June 2, 2012

Cuti Sekolah vs Walimatul Urus vs Study Week


Cuti sekolah yang dipenuhi dengan undangan walimatul urus. Alhamdulillah. Ramai kawan2 yang akan berumahtangga musim cuti ni. Tak kira yang masih belajar atau yang telah bekerja. Rezeki mereka. Tiba2 teringat sebuah hadith :

“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi)

Namun, hadith ini mungkin tidak mampu melembutkan hati2 insan yang kami sayang untuk setakat ini. Hmm. Sekarang manusia melihat kepada releven atau tidak sesuatu perkara itu. Mampu atau tidak untuk melaluinya? Seakan2 tidak berpegang kepada janji Allah s.w.t. No comment.

Study week juga telah bermula. Tapi anehnya, buku pun belum sempat dibelek2. Hehe. Terkesan sungguh agaknya. Ada juga sahabat dan senior2 yang mengambil kesempatan cuti study ini untuk melangsungkan pernikahan. Kerna ia bertepatan juga dengan cuti sekolah. Mudah agaknya.

Permudahkanlah urusan kami Ya Allah ...