Tuesday, January 18, 2011

Musykilah

Ermm
Entahla apa nak jadi dengan dunia hari ini, saya pun kurang memahaminya. Makin difikirkan makin serabut kepala. Huhuhu. Di mana jalan penyelesaiannya???

Dua tahun saya menunggu, namun semua itu seakan sia-sia sahaja. Frust dan kecewa yang teramat. Biasiswa yang ditawarkan langsung tidak dibuka kepada pelajar-pelajar pengajian Islam. Di mana letaknya keadilan bagi pihak kami???

Biasiswa untuk pengajian Islam amat sukar untuk didapati kerana ia jarang ditawarkan. Kami hanya mampu menunggu tawaran dari badan kerajaan tersebut sahaja. Namun, yang mengejutkan kami senarai bidang yang ditawarkan biasiswa baru-baru ini langsung tidak menyentuh bidang pengajian Islam khususnya pendidikan Islam. Sekurang-kurangnya, tunjukkanlah keadilan dan rasional pihak anda! Musykilah Kabiirah =(

Sekadar ketidakpuasan hati


insan menunggu

No comments:

Post a Comment