Saturday, January 15, 2011

Azam Baru

Alhamdulillah hampir seminggu saya telah pulang ke tanah air. Sedih kerana belum berpeluang untuk pulang ke kampung. KNI KK5 telah selamat dijayakan pada minggu ini. Insya Allah dua minggu je lagi cuti. Tak sabarnya..

Hari ini saya beli satu tabung. Tabung Aqsa Palestin. Niat saya untuk menabung. Harap-harap tercapaila. Huhu. Insya Allah. Harapnya tabungan itu dapat saya gunakan untuk kehidupan akan datang. Amin. Bak kata pepatah Melayu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. =)

Cuti raya Cina nanti mesti sibuk dengan persiapan pertunangan dan pernikahan. Opss, bukan saya, tapi kakak sulung saya. Hehe. Semoga semuanya berjalan lancar dengan kehendakNya. Tahniah Along.


p/s: KNI tu karnival nur islami, program tahunan kolej kediaman kelima

No comments:

Post a Comment