Thursday, January 27, 2011

27 Januari 2011 2:09 pm


Membaca kisah adik Rayyan Ariff membuatkan diri ini sentiasa kagum dengan ciptaanNya. Ya Allah, Engkau menciptakan dia satu dalam sejuta makhlukMu. Terlalu istimewa. Terlalu istimewa. Berikanlah kemudahan dan kelancaran dalam setiap urusannya.

rayyan ariff


Bingkisan Yaman :

lawatan terakhir


dirasah..

p/s : Yaman dalam kenangan

Tuesday, January 25, 2011

Padamu Aku Bersujud lirik - Afgan ( Lagu terbaru 2010 )

PadaMu Aku Bersujud

Allah S.W.T maha tahu kesusahan hambaNya. Setiap ujian yang datang pasti ada hikmah di sebaliknya. Hari ini saya mendapat satu perkhabaran lagi. Yang amat mendukacitakan jiwa ini. Namun pasrah dengan segalanya kerana saya yakin Dia pasti menjanjikan yang terbaik untuk saya pada kehidupan di masa hadapan. Insya Allah. Mendengar lagu PadaMu Ku Bersujud membuatkan air mata saya sekali lagi berguguran. Sebak memikirkan hidup ini. Dugaan datang bertimpa-timpa. Harapan yang diimpikan tidak tercapai. Di sebalik segalanya, saya bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakanNya. Alhamdulillah.

Ku menatap dalam
gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah
Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah
Reff:
Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud


Saturday, January 22, 2011

Penulisan


Dalam proses menulis,,,
Doakan saya sahabat2........
Mudah-mudahan ada hasilnya untuk tahun ini
InSya Allah


dan persiapan ke arah ini,,,,
boleh ke ????
(",)

Friday, January 21, 2011

Rayyan Ariff

Lambat rasanya menunggu hari esok,,,huhuhu. Tak sabar rasa untuk pulang ke kampung. Permudahkanlah perjalananku ya Allah pergi dan pulang. Fikiran saya telah berada di kampung, hanya jasad masih di sini, hehehe.

Beberapa hari lalu, saya terbaca sebuah blog yang amat meruntun hati sanubari saya. Ya Allah, amat besar dugaanMu kepada keluarga tersebut. Kuatkanlah kedua ibu bapanya menghadapi segalanya.


Rayyan Ariff, seorang anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Rayyan Ariff, seorang anak yang dilahirkan hampir tanpa sel otak, peluang hidupnya hanya 3%, yang jika masih dalam kandungan, peratus untuk hidup hanya 3 %. Betapa agungNya kekuasaanMu yan Tuhan.

Berikanlah dirinya kekuatan Ya Allah,,,


Wednesday, January 19, 2011

Degupan Pertama

Ilmu yang baru saya perolehi untuk masa hadapan, insya Allah. Jika diberikan peluang oleh Allah suatu hari nanti, jika kita merasa degupan pertama janin dalam kandungan, bacakanlah kepadanya surah al-Ikhlas. Tempoh itu merupakan tempoh peniupan roh ke dalam janin dan pada saat inilah janin akan mula berinteraksi dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Bacakanlah surah al Ikhlas kepadanya agar itulah merupakan alunan pertama yang didengarinya. Subhanallah, kalimah tauhid. Mudah-mudahan saya dapat melalui saat itu. Insya Allah. Permudahkanlah segalanya Ya Tuhanku

Tuesday, January 18, 2011

Musykilah

Ermm
Entahla apa nak jadi dengan dunia hari ini, saya pun kurang memahaminya. Makin difikirkan makin serabut kepala. Huhuhu. Di mana jalan penyelesaiannya???

Dua tahun saya menunggu, namun semua itu seakan sia-sia sahaja. Frust dan kecewa yang teramat. Biasiswa yang ditawarkan langsung tidak dibuka kepada pelajar-pelajar pengajian Islam. Di mana letaknya keadilan bagi pihak kami???

Biasiswa untuk pengajian Islam amat sukar untuk didapati kerana ia jarang ditawarkan. Kami hanya mampu menunggu tawaran dari badan kerajaan tersebut sahaja. Namun, yang mengejutkan kami senarai bidang yang ditawarkan biasiswa baru-baru ini langsung tidak menyentuh bidang pengajian Islam khususnya pendidikan Islam. Sekurang-kurangnya, tunjukkanlah keadilan dan rasional pihak anda! Musykilah Kabiirah =(

Sekadar ketidakpuasan hati


insan menunggu

Saturday, January 15, 2011

Memori Yaman, Sana'a


Siri 1

Saya sertakan beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama :

universiti sains dan teknologi , sana'aa


hidangan tengahari pertama di bumi yaman


عصر منجو (mango juice)
p/s : pekat betol jus ni, manis


قاديمة


ساكن إيمان
tempat penginapan kami, agak mewah


pemandangan terindah



dar al hajar
p/s : penat juga kami mendakinya

kedutaan Malaysia di Yaman

p/s : insya Allah gambar seterusnya akan diupload di lain masa =)


Azam Baru

Alhamdulillah hampir seminggu saya telah pulang ke tanah air. Sedih kerana belum berpeluang untuk pulang ke kampung. KNI KK5 telah selamat dijayakan pada minggu ini. Insya Allah dua minggu je lagi cuti. Tak sabarnya..

Hari ini saya beli satu tabung. Tabung Aqsa Palestin. Niat saya untuk menabung. Harap-harap tercapaila. Huhu. Insya Allah. Harapnya tabungan itu dapat saya gunakan untuk kehidupan akan datang. Amin. Bak kata pepatah Melayu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. =)

Cuti raya Cina nanti mesti sibuk dengan persiapan pertunangan dan pernikahan. Opss, bukan saya, tapi kakak sulung saya. Hehe. Semoga semuanya berjalan lancar dengan kehendakNya. Tahniah Along.


p/s: KNI tu karnival nur islami, program tahunan kolej kediaman kelima

Tuesday, January 4, 2011

Penantian

4 Januari 2010

(Isnin)

Beberapa hari yang lalu. Saya menerima suatu khabar gembira dari tanah air. Kakak saya telah dirisik dan akan melangsungkan akad nikah pada bulan Jun tahun ini. Allahuakbar, maha besar kuasa Mu ya Tuhan. Terharu ada. Gembira apatah lagi. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Barakallahulakuma. Erm, sedang menanti result imtihan yang lalu. Juga tidak sabar untuk pulang ke Malaysia terutamanya pulang ke rumah. Huhu. Lambatnya. Permudahkanlah dan percepatkanlah kepulangan ku.. huhu