Saturday, February 26, 2011

Perubahan


Kadangkala dalam hidup ini kita perlu melakukan sedikit perubahan, perubahan untuk lebih mempertingkatkan potensi diri ke arah hidup yang lebih bermakna. Saya cuba untuk sentiasa berfikiran positif, matang dalam menangani segala dugaan yang melanda diri, namun saya akur, saya tetap hambanya yang lemah, terkadang tewas juga dengan emosi diri yang tidak menentu. Emosi yang sering menyebabkan saya kecundang dalam mendepani ujian Tuhan. Astaghfirullahal'azim.

sering memujuk diri ini dengan mengingati lafaz
"la tahzan inna Allah ha ma'ana"


Saya yakin dan percaya dengan segala ketentuan Tuhan. Kerana segalanya punya hikmah yang tersendiri. Beberapa peristiwa yang berlaku dalam hidup saya pada hari-hari yang lalu cukup menguatkan hati saya untuk sentiasa yakin dengan setiap ketentuanNya. Ya,, satu ketetapan yang pasti. Dan saya mesti bersedia menghadapinya.


Mudah-mudahan saya mampu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik,,melaksanakan satu perubahan dalam hidup ini. Penghijrahan ke suatu destinasi ke suatu destinasi sebelum berangkat ke destinasi terakhir.



satu impian dan harapan

Punya anak-anak soleh dan solehah,, serta zaujan soleh. Menjadikan Baiti Jannati. Insya Allah. Bagi mencapai impian itu, usaha harus bermula dari sekarang untuk melengkapkan diri dengan ilmu sebanyak mungkin agar mampu melaksanakan tanggungjawab yang akan dipikul pada masa hadapan. Doakan saya. Amin....


insya Allah

Tuesday, February 15, 2011

Salah Menilai

Ermm, hari ini saya menyedari satu kesalahan yang sering dilakukan oleh diri ini. Saya silap dalam menilai seseorang. Pengajaran yang saya dapat ialah jangan menilai seseorang melalui luarannya sahaja.

Monday, February 14, 2011

Give up

Astaghfirullahal'azim,, saya seakan putus asa lagi hari ini. Setelah letih mencari, saya memilih berputus asa sebagai jawapannya. Saya tidak tahu kesudahannya. Ya Allah, aku buntu =(
Buntu dalam pencarian. Jahilnya diri ini. Kerdilnya hambaMu ini Ya Allah.

Masihkah adakah ruang dan peluang untukku???

Hanya Engkau yang punya jawapannya. Saya hanya mampu berdoa dan terus berdoa..

Permudahkanlah Ya Allah...

Friday, February 11, 2011

Ragam Iqbal

Melatih seorang anak kecil ni bukan suatu perkara yang mudah. Perlu kepada kesabaran yang tinggi. Juga kekuatan untuk menangani setiap keletah dan kerenahnya yang pelbagai. Berjauhan begini, teringat saya kepada ragam adik bongsu saya yang baru je nak berjinak-jinak dengan solat ni. kesian dia. huhu. Bukan apa, dia tak nak solat kalau 'kak ngah' tak ada. Maksudnya, jika saya tak ada kat rumah, dia takkan solat. hihi. macam-macam.

permulaan solat,,,
hari tu, dia masuk ke bilik saya,katanya,, kak ngah, macam mana nak sembahyang? terkejut kagum saya dengan pertanyaannya. Saya jawab kalau nak sembahyang, kena ambil wudhu' dulu. 'Bal dah ambil wudhu'? aju saya padanya. 'Belum'. jawabnya bersahaja. Selepas tu, dia tanya saya bilangan rakaat dalam solat. Saya jawab soalannya dengan mengajukan soalan yang sama padanya. Dia tahu bilangan rakaat dalam solat. kagum saya =)

Ermm, sekarang saya dah berada di Kuala Lumpur. bila telefon, tanya dia, 'bal dah solat?'... dia kata 'tak, kak ngah tak da'... terasa nak balik je masa tu.huhu.. bukan senang kan nak biasakan seorang kanak-kanak dengan sesuatu perkara yang sedikit asing baginya. Namun, harap-harap dia dapat buat juga tanpa saya walaupun sekadar main-main. ye la, usia kanak-kanak lagi kan. Senyum sayu...huhu

Besar dah dia sekarang. Cepatnya masa berlalu. Terasa lagi pegang dia masa baby dulu..

Thursday, January 27, 2011

27 Januari 2011 2:09 pm


Membaca kisah adik Rayyan Ariff membuatkan diri ini sentiasa kagum dengan ciptaanNya. Ya Allah, Engkau menciptakan dia satu dalam sejuta makhlukMu. Terlalu istimewa. Terlalu istimewa. Berikanlah kemudahan dan kelancaran dalam setiap urusannya.

rayyan ariff


Bingkisan Yaman :

lawatan terakhir


dirasah..

p/s : Yaman dalam kenangan

Tuesday, January 25, 2011

Padamu Aku Bersujud lirik - Afgan ( Lagu terbaru 2010 )

PadaMu Aku Bersujud

Allah S.W.T maha tahu kesusahan hambaNya. Setiap ujian yang datang pasti ada hikmah di sebaliknya. Hari ini saya mendapat satu perkhabaran lagi. Yang amat mendukacitakan jiwa ini. Namun pasrah dengan segalanya kerana saya yakin Dia pasti menjanjikan yang terbaik untuk saya pada kehidupan di masa hadapan. Insya Allah. Mendengar lagu PadaMu Ku Bersujud membuatkan air mata saya sekali lagi berguguran. Sebak memikirkan hidup ini. Dugaan datang bertimpa-timpa. Harapan yang diimpikan tidak tercapai. Di sebalik segalanya, saya bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakanNya. Alhamdulillah.

Ku menatap dalam
gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah
Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah
Reff:
Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud