Nothing to Display
Thursday, July 12, 2012
Saturday, July 7, 2012
Apa ada pada pandangan manusia?
Apa ada pada pandangan manusia? Bukan mereka yang menanggung kehidupan kita kan? Saya amat2 bersetuju dengan pandangan Dr Muhaya sebentar tadi dalam rancangan Soal Wanita di TV al Hijrah. Lengkap !! Segala persoalan saya selama ini terjawab. Namun, kata2 itu masih belum mampu membuka hati mereka. Saya hanya mampu berdoa, agar kata2 itu didengar bukan sekadar angin lalu sahaja.
Sedikit perkongsian :
1. Anak2 bukan milik kita, mereka amanah Allah kepada kita, hendaklah kita memelihara mereka sebaiknya.
2. Belajar bukan segala-galanya, terutama bagi anak perempuan, mereka ada rasa untuk berkahwin, berilah keizinan apabila mereka menyuarakan hasrat ke arah itu.
3. Apa ada pada pandangan manusia? Kerna bukan mereka yang menilai kita, tetapi Allah S.W.T
4. Kekadang ibu bapa bangga anak2 mereka ber'cople', sedang mereka tidak tahu ia hanya akan mengundang kemaksiatan di hati.
5. Pabila hasrat tidak diizinkan, hati mula tidak tenteram, belajar akan terganggu.
Konklusinya, Dr. Muhaya menegaskan, ibu bapa, berilah izin kepada anak bila mereka minta untuk berkahwin, dapat redha Allah S.W.T, redha ibu bapa & suami. Belajar pun tenang. Saya amat2 bersetuju dengan pendapatnya. Saya kagum dengan beliau kerna beliau mempunyai jiwa sebesar itu. Malah, beliau sendiri yang mencari jodoh kepada anak2 pada usia mereka yang masih muda. Masih belajar !! Allahuakbar. Mulianya jiwamu.
Friday, July 6, 2012
Harapan
Motivasi daripada penulisan seorang sahabat :
"Bila kita 'berharap' kepada manusia, seolah-olah kita memberikan 100% hati kita untuk dikecewakan. Tetapi apabila kita beri harapan kepada Allah Taala ia seumpama kita memberikan 100% keyakinan bahawa Allah akan menghiburkan kita."
Ya, saya akui, seringkali saya kecewa apabila harapan yang menggunung tinggi terhadap manusia lain tidak kesampaian. Ya, kerana mereka yang saya harapkan adalah manusia. Manusia, sejauh mana pun mereka merancang, mereka adalah manusia. Tidak mampu untuk mengatasi perancangan Allah S.W.T. Memberi harapan kepada manusia persis seperti saya membuka peluang kepada diri sendiri untuk dilukai dan dikecewakan. :( Allahurabbi. Sukarnya perjalanan hidup ini.
Saat ini ..
Saya sudah tidak punya rasa. Apabila sesuatu keinginan kita dihalang, seakan hilang sudah segala-galanya. Usah kalian berbicara dengan mengatakan itu dan ini kerna bukan kalian yang berada di tempat saya. Matlamat kini hanya padanya. Misi menuju satu. Insya Allah dengan izin Allah, semoga dipermudahkan.
Kerna Dia yang mengatur segalanya. Hanya Dia......
Subscribe to:
Posts (Atom)