



Anak : Ada.
Abah : Ada berapa ?
Anak : Ada RM 17.
Abah : Ha? Dalam bank berapa? Kenapa tak beritahu ? (nada terkejut)
Anak : Erm, tak ada apa. Tak guna duit lagi sekarang.
Abah : - senyap –
dinar
Pabila berbicara dengan abah, baru tersedar bahawasanya saya dalam keadaan kekeringan. Namun hati sentiasa tenang. Lapang. Disebabkan saya yakin Allah itu sentiasa ada. RezekiNya ada di mana-mana. Sentiasa yakin dengan kewujudanNya. Hati tenang setenang-tenangnya. Alhamdulillah, jiwa mengucap syukur tidak terhingga. Saya tidak tahu dari mana datangnya ketenangan itu. Satu yang pasti, saya tenang menghadapinya. Mungkin pengalaman lalu banyak mendidik saya. Subhanallah, aturanMu terlalu bernilai buatku. Baru tadi berbicara dengan teman sebilik. Dia bertanya , “ Erm pernah tak rasa tenang je walaupun tak ada duit?” Saya hanya mampu tersenyum kerana tika ini saya sendiri sedang mengalaminya. :(
dinar
ARFA SAFIYYAH | |
A | Amanah |
R | Ramah |
F | Fleksibel |
A | Alim |
S | Suci |
A | Abadi |
F | Fleksibel |
I | Ikhlas |
Y | Yakin |
Y | Yakin |
A | Asli |
H | Harum |
Apa ada pada nama? |
Merenung masa hadapan. Merenung impian yang tidak tercapai. Bukan sekali ini sahaja, tapi entah kali ke berapa. Saya akur. Menenangkan diri dengan kalam Mu Ya Allah. Hati beransur tenang. Andaian saya bukan waktunya lagi. Mungkin. Tidak sabar untuk menghabiskan hari-hari terakhir di sini. Membuat persiapan untuk walimah yang akan diadakan beberapa bulan lagi. Saya insan terpilih. Menjadi insan pilihanMu untuk diduga. Saya akur. Kuatkanlah diri ini menghadapinya. Saya mendapat perkhabaran gembira hari ini. Beberapa hari lepas, junior saya telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihannya, pelajar perubatan di UIA. Alhamdulillah. Barakallahulakuma =)
mabruk 'alaikuma
Setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza mengenai nikah awal kan? Setiap orang mempunyai pegangan mereka yang tersendiri. Jadi kita perlu menghormatinya. Bagi sesetengah orang, pernikahan merupakan sumber motivasi diri. Erm, pernikahan di awal usia seawal usia 19 atau 20 menjadikan seseorang itu lebih matang dari usia sebenar. Itu dari pemerhatian saya. :p Ibu bapa yang berfikiran terbuka juga memainkan peranan dalam menggalakkan anak-anak mereka bernikah di usia muda bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.
Hari ini saya menulis. Menulis sesuatu tanpa ada matlamat sebenar. Hanya sekadar berkongsi pandangan dan rasa. Jiwa lesu memikirnya. Tiada hak saya untuk membantah. Saya hanya insan biasa. Berkongsi rasa hanya di alam maya ini. Tidak mampu menuturkan kata. Saya sedar kita hanya mampu merancang. Saya perlu belajar. Belajar untuk melupakannya. Melupakan semua yang ada dalam fikiran saya untuk ketika ini. Pabila berseorangan, hati mula melayan perasan yang sedikit berkecamuk. Lantas kalam suci menjadi penenang. Sabarlah duhai hati. Janji Allah itu ada. Tapi belum tiba waktunya.
Sebenarnya saya benci perasaan itu. Hati ini semakin lesu. Tawar. Tiada rasa. Belajarlah....
Sarapan pagi adalah makanan yang pertama yang diambil pada pagi hari. Contoh sarapan pagi yang biasa di Malaysia ialah nasi lemak, nasi atau mee atau mihun goreng, roti canai atau bijirin. Sarapan pagi mesti dipelbagaikan setiap hari untuk mengelakkan rasa jemu. Sarapan pagi biasanya diambil sebelum sesuatu kerja dimulakan ataupun sebelum ke sekolah pada awal pagi.
Hari ini berlalu lagi dengan kekecewaan yang bersarang di hati. Kecewa. Kecewa kerana masih belum mampu melakukan yang terbaik. Dalam erti kata lain, masih gagal melakukan yang cemerlang buat diri ini. Buat kali terakhir sebelum semester ini berakhir. Erm, diri beristighfar panjang. Menyesali sikap diri yang masih sambil lewa dalam sesuatu hal. Astaghfirullahal'azim.
Bangkitlah duhai jiwa dan hati yang masih leka.
Pesanan buat diri sendiri. Kata-kata semangat buat diri agar diri tidak lemah dan berputus asa di saat genting begini. Sudah hampir kepada masa kemuncak. Diri perlu bersedia dari segala segi. Mental, emosi, fizikal dan jasmani, semua perlu bersedia. Perlu kuat. Jiwa perlu sentiasa diisi dengan makanan yang secukupnya. Pengisian rohani ya =)
Mudah-mudahan imtihan untuk semester kali ini lebih baik daripada semester yang lalu. Insya Allah.
Salam Imtihan untuk semua =)
Erm hari ini saya menghadiri Seminar E-Halal di Dewan Perdana 1, Universiti Malaya. Kehadiran peserta amat tidak memberangsangkan. Malunya kepada penceramah. Penceramah merupakan Pengasas kepada laman web Islam terkemuka di negara ini iaitu I LUV ISLAM. Muda lagi orangnya. Kagum dengan kesungguhannya menyebarkan dakwah menerusi alam maya ini.
Setelah itu, saya dan rakan-rakan sempat singgah di booth2 coklat yang terdapat di Kompleks Perdana Siswa (KPS). Pelbagai jenis coklat yang dijual di situ. Semuanya merupakan pembuat coklat Malaysia. Senang cerita, Made of Malaysia. :)
coklat cawan
coklat yang terdapat di KPS
Untuk maklumat lanjut tentang coklat ini, sila layari blog di bawah ini. Siap boleh buat tempahan lagi :) . Senangla nanti nak buat tempahan. Khidmat penghantaran juga disediakan. Bagi saya, harganya juga berbaloi.
http://lina-chococlassic.blogspot.com/
* terlalu berkira untuk membeli sesuatu, ekoran bajet makin kurang :( huhuhu *